web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tak Salah Sebut Nama - Fikry Dikecam Hebat Bila Disangka Silap Umum Pemenang Dewi Remaja

Ketika kejadian, Fikry sepatutnya mengumumkan nama pemenang tempat ketiga iaitu Kimberly Chuah dengan nama singkatan Kim dan ramai beranggapan ia adalah Bee. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 8:00PM

Fikry Ibrahim - Gambar Astro

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara Fikry Ibrahim mendapat kecaman hebat di media sosial kerana dikatakan salah menyebut nama pemenang ketika  mengendalikan pentas akhir pencarian Dewi Remaja 2022.

Ketika kejadian, Fikry sepatutnya mengumumkan nama pemenang tempat ketiga iaitu Kimberly Chuah. 

Namun begitu, Fikry hanya menyebut nama singkatan ‘Kim’, menyebabkan ramai beranggapan Fikry telah menyebut nama peserta lain iaitu Bee yang juga merupakan Top 4 Dewi Remaja 2022.

Bee yang menyangka namanya disebut terus melangkah ke hadapan untuk mengambil hadiah menyebabkan acara pengumuman pencarian Dewi Remaja 2022 itu menjadi sedikit kucar-kacir.

“Saya tak salah sebut, saya rasa tak buat salah apa-apa.  Mungkin saya silap sebab tak sebut nama penuh, itu sahaja. Penonton yang dengar secara live dan di rumah, barangkali mendengarnya dalam keadaan  berbeza. 

“Nak menyalahkan itu senang. Di dalam kertas yang saya pegang, memang tulis Kim. Yalah mungkin sebagai hos, saya kena sebut nama penuhnya. 

“Saya anggap ini ada ruang untuk diperbaiki, mudah-mudahan saya akan jadi lebih baik selepas ini,” katanya ketika ditemui Getaran selepas pertandingan. 

Pemenang utama Dewi Remaja 2022 (dari kiri) Bee Aishah, Tracie Sinidol dan Kimberly Chuah. - Gambar Astro
Pemenang utama Dewi Remaja 2022 (dari kiri) Bee Aishah, Tracie Sinidol dan Kimberly Chuah. - Gambar Astro

Bukan itu sahaja, Fikry turut dihentam oleh warganet kerana tidak memberikan ruang buat pemenang Dewi Remaja, Tracie Sinidol memberikan ucapan. 

“Untuk kritikan yang kata saya tidak memberi juara Dewi Remaja berucap, itu di luar bidang  kuasa saya. 

“Memang sepatutnya ada slot tapi sebab kekurangan masa, saya hanya ikut arahan.  Saya akui kekurangan itu dan saya dah cuba sebaik mungkin.

“Komen-komen yang diberikan, saya abaikan sebab mereka tak bayar gaji saya,” kata Fikry lagi.

Terdahulu, pentas akhir untuk mencari seorang penerus legasi Dewi Remaja 2022 diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. 

Tracie Sinidol, dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja diikuti Bee Aishah di tempat kedua. Kimberly dan Alyssa Ahmad Azmi masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat. – Getaran, 4 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bil Elektrik Tak Masuk Akal, TNB, Apa Sudah Jadi? — Netizen

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh