web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Buktikan Orang Sabah Boleh Pergi Jauh - Tracie Juara Dewi Remaja 2022

Kemenangan Tracie Sinodol juga meletakkannya sebagai Dewi Remaja pertama yang berasal dari Sabah.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 2:09PM

Tracie Sinodol diapit Bee Aishah (kiri) dan Kimberly Chuah (kanan) - Gambar ihsan Astro

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rezeki memihak kepada peserta asal Sabah, Tracie Sinidol apabila dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2022 semalam. 

Tracie telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi. 

Bukan itu sahaja, dia juga turut menerima mahkota lambang kemenangannya yang disarungkan oleh pemenang Dewi Remaja 2019, Shaza Bae.

“Sukar dijelaskan perasaan saya, saya cuba untuk tidak nangis di atas pentas tadi. Saya tahan. 

“Sejujurnya, saya tidak meletakkan apa-apa jangkaan untuk menang malam ini. Malam ini niat saya memang hanya untuk enjoy sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media selepas acara.

Kemenangan Tracie juga meletakkannya sebagai Dewi Remaja pertama yang berasal dari Sabah. 

“Sebenarnya masyarakat Sabah kaya dengan bakat. Saya mahu buktikan orang Sabah boleh pergi jauh asalkan kita berani keluar dari kotak selesa. 

“Kita perlu berdepan cabaran kerana ini adalah kehidupan kita sendiri. Jika ada impian, go for it dan kejar peluang,” tambahnya.

Tempat kedua Dewi Remaja dimenangi Bee Aishah manakala tempat ketiga pula menjadi milik Kimberly Chuah, diikuti Alyssa Azmi di tempat keempat.

Terdahulu, kesemua sepuluh finalis diuji menerusi segmen pertama yang mana mereka perlu menghuraikan perkataan yang diberi secara rawak.

Pada pusingan kedua, keempat finalis diberi soalan kritis secara spontan daripada barisan juri.

Kesemua finalis diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Aznil Nawawi, Izara Aishah dan Didie Alias. 

Tahniah buat Tracie, juara Dewi Remaja 2022 serta pemenang-pemenang lain. Yang tidak menang, usah berputus asa. - Getaran, 4 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Artis Juga Perlukan Pengawal Peribadi - Hafreez Adam Komen Isu Kamal Adli Diserang Di Singapura 

2

TARA 3 tahun yang lalu

Saya Tak Salah Sebut Nama - Fikry Dikecam Hebat Bila Disangka Silap Umum Pemenang Dewi Remaja

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Myra Natasya Teruja Menyambut Syawal Dengan Bapanya, Halim Othman

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Drama Bersiri ‘Ulya & Dini’ Angkat Isu ‘Body Shaming’

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas