web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Myra Natasya Teruja Menyambut Syawal Dengan Bapanya, Halim Othman

Pada Ramadan ini juga, Myra berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga di sebelah ayahnya itu buat kali pertama.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 4:35PM

Gambar: Instagram @myra.natasyaa

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas personaliti Dewi Remaja 2019, Myra Natasha Abdullah, 27, sama sekali tidak menyangka bahawa pendedahan yang dibuatnya bahawa dia adalah anak kandung kepada personaliti TV dan penyampai radio, Halim Othman akan menjadi begitu trending dan viral di media sosial. 

“Saya tidak punya sebarang niat untuk jadi viral atau trending dengan kisah sebegini. Niat saya hanyalah untuk berkongsi kisah tentang identiti sebenar diri saya. Tapi, tidak sangka pula ia akan jadi cerita yang cukup hangat diperkatakan. 

“Sejak kisah mengenai identiti saya keluar di media dan YouTube, macam-macam DM yang saya terima daripada orang ramai menerusi akaun Instagram saya. Mereka cukup baik hati dan banyak memberikan kata-kata semangat serta komen yang berbaur positif untuk saya.

“Tapi, apa yang penting sekali, di sebalik pendedahan yang saya lakukan itu, saya dapat menikmati erti bebas dan dapat menjadi diri sendiri tanpa berselindung tentang rahsia dan identiti diri yang saya simpan selama 27 tahun," katanya kepada Getaran. 

Memiliki acuan wajah yang sama dengan ayahnya, Myra yang cukup ramah dan sentiasa murah dengan senyuman ini turut mengakui bahawa sambutan Ramadan dan raya pada tahun ini memberikan seribu erti dan makna buat dirinya. 

Gambar: Ellyna Ali (Diambil Menggunakan Poco)
Gambar: Ellyna Ali (Diambil Menggunakan Poco)

“Tahun ini saya dapat berbuka puasa dengan ayah saya bersama-sama. Kami juga dapat pergi ke bazar Ramadan bersama-sama. 

“Bahkan, saya dapat berbuka puasa dengan keluarga di sebelah ayah untuk kali pertama serta berpeluang berjumpa dengan sebahagian daripada keluarga ayah yang tidak pernah saya kenal sebelum ini. 

“Itu yang sangat-sangat saya syukuri dan ia turut menjadikan hubungan kami sebagai anak dan bapa menjadi lebih akrab lagi. 

“Memang itu jugalah yang saya harapkan selama 27 tahun ini dan satu lagi saya juga amat bangga kerana dia juga mampu jalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan lebih mudah dan lancar lagi," katanya. 

Myra yang fasih menulis, membaca dan berbahasa Mandarin juga sangat teruja serta tidak sabar menanti kedatangan Syawal kerana mahu menyambutnya bersama keluarga di sebelah bapanya. 

“Kedua-dua ibu bapa saya berasal dari Terengganu dan saya juga adalah anak kelahiran Terengganu. Selama ini, saya hanya menyambut raya di sebelah keluarga ibu di Besut, Terengganu. 

“Tapi kali ini, saya berpeluang untuk beraya bersama keluarga di sebelah ayah pula. Saya memang sangat teruja dan tidak sabar untuk menyambut Syawal pada tahun ini," katanya. 

Biarpun dirinya sedang menjadi tumpuan media dan netizen, namun Myra masih tetap berpijak di bumi yang nyata untuk memberikan tumpuan terhadap kerjaya lakonan serta pengacaraan.

Buat masa ini Myra sedang sibuk menjayakan drama ‘Dilema Sebuah Anugerah’ arahan Opie Zami bersama barisan pelakon lain seperti Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Raja Azmi dan Khairil Anwar. 

“Saya juga akan menjalankan penggambaran dengan produksi lain selepas ini dan jadual saya sudah pun penuh sehingga Ogos ini," katanya. 

Namun, dia menyangkal bahawa semua kerja itu diperolehi hasil daripada kisahnya yang viral dan trending sebagai kandung Halim Othman. 

“Selepas saya tersingkir daripada Dewi Remaja, saya tidak duduk diam dan berputus asa begitu sahaja. Saya tetap teruskan impian saya untuk menceburi bidang ini dengan menghadiri pelbagai ujian bakat, sama ada dalam pengacaraan mahupun lakonan. 

“Alhamdulillah, hasil daripada usaha dan kerja keras sendiri, saya berpeluang untuk mendapat job. Jadi, segala job yang saya perolehi sekarang ini sebenarnya adalah hasil daripada segala hubungan dan rangkaian kerja yang telah saya bina selama ini," katanya lagi. 

Drama 24 episod lakonannya iaitu 'Republik Gombak' yang bergenre komedi keluarga sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang, manakala program travelog sebanyak 13 episod berjudul 'Hello Sunset' bersiaran di TV Okey. - Getaran, 26 April 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Kisah Seorang Bapa: Inspirasi Dan Legasi

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.