web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Drama Bersiri ‘Ulya & Dini’ Angkat Isu ‘Body Shaming’

Drama terbaharu lakonan Shaza Bae dan Hun Haqeem angkat isu semasa tentang ‘body shaming’, buli siber serta kuasa pempengaruh dalam kalangan masyarakat.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 4:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama bersiri terbaharu di saluran Astro Ria iaitu 'Ulya & Dini' terbitan Global Station Sdn Bhd memaparkan kisah sosial berkaitan isu ‘body shaming’ serta buli siber yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda.

Dua pelakon muda yang semakin meningkat naik iaitu Shaza Bae dan Hun Haqeem diangkat sebagai tunjang utama drama ini membawakan watak Ulya dan Dini. 

Shaza Bae dan Hun Haqeem teraju utama drama ini.
Shaza Bae dan Hun Haqeem teraju utama drama ini.

Drama arahan Tam Suhaimi ini mengisahkan Ulya yang pada suatu ketika berbadan besar dan kerap dibuli rakan-rakannya terutama Lin dan Dini.

Namun, hidup Ulya berubah apabila menyambung pengajian di Amerika Syarikat. Dia berjaya menurunkan berat badan lantas menjadikannya pempengaruh (influencer) gaya hidup sihat terkemuka di platform media sosial. 

Ulya bagaimanapun terpaksa kembali ke tanah air untuk menguruskan penjualan rumah ibunya. Dia kemudian bersua dengan pembuli lamanya, Lin dan Dini. Ketika konflik memuncak di antara kedua-dua wanita tersebut, bibit- bibit percintaan di antara Ulya dan Dini pun berputik.

Menurut pengurus saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, drama ini sangat relevan dengan keadaan masyarakat kita sekarang.

“Isu-isu sosial semasa seperti body shaming dan buli siber ini lebih banyak berlaku pada zaman sekarang kerana tekanan sosial dalam kalangan teman-teman mahupun keluarga. Naratif drama ini mengetengahkan tekanan yang dihadapi terutamanya dalam kalangan wanita

“Ulya merupakan tunggak utama dalam penceritaan kami. Wataknya melalui pengalaman dibuli sehingga trauma. Walaupun patah semangat pada awalnya, Ulya bangkit untuk mengatasi pengalaman pedih tersebut dengan menempa nama sebagai pempengaruh gaya hidup tersohor. 

“Selain itu, drama ini turut menerapkan betapa perlunya sikap bertanggungjawab dalam kalangan pengguna media sosial untuk membanteras buli siber yang boleh memudaratkan mangsa.

"Drama ini tidak bersandarkan kisah cinta semata-mata tetapi menggambarkan situasi sebenar yang dihadapi masyarakat kita termasuk isu keluarga dan dilema sosial. Kami berharap penonton dapat menghayati jalan cerita ini sekali gus memahami emosi golongan yang terkesan,” katanya.

Tam Suhaimi
Tam Suhaimi

Bagi sutradara Tam Suhaimi pula, drama arahannya ini mempunyai mesej penting untuk disampaikan kepada masyarakat.

“Masalah kesihatan mental sering mengundang persepsi negatif masyarakat walaupun kita tahu bahawa setiap tindakan akan ada kesan dan akibat serta sebab kenapa kita bertindak sedemikian.

"Kami ingin menunjukkan sisi dunia ini kepada masyarakat menerusi 'Ulya & Dini' yang menceritakan tentang masalah-masalah seperti ‘body shaming’ dan buli siber, selain memasukkan elemen-elemen percintaan.

"Bukan itu sahaja, kami juga ingin menggambarkan pemerkasaan wanita (women empowerment) sebagai sebahagian daripada jalan ceritanya yang mampu mengelak daripada menjadi sebuah drama cinta yang tipikal dengan dialog berbunga-bunga.

"Kami berharap drama ini mampu mendidik masyarakat kita untuk sentiasa menghormati antara satu sama lain serta memberi peringatan kepada kita bahawa setiap tindakan yang dilakukan akan memberi kesan. Kami juga berharap agar penonton terhibur dengan penceritaan kali ini,” ujarnya.

Drama ini turut didukung barisan pelakon hebat seperti Afiq Muiz, Fara Nadiah, Catriona Ross, Syazlin Zainal, Che Kem dan Noralbaniah.

Jangan lupa menonton drama ini setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula semalam, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. - Getaran, 15 Februari 2022

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Buli Siber: Perlu Hukuman Lebih Keras, Bela Nasib Mangsa Dan Keluarga – Saraswati

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Didakwa Terbabit Kes Buli Siber Pempengaruh Esha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SKKM Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Perangi Buli Siber

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muat Naik Video Berkaitan Esha, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap 3 Individu

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.