Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Artis Juga Perlukan Pengawal Peribadi - Hafreez Adam Komen Isu Kamal Adli Diserang Di Singapura 

Jelas pemilik nama sebenar, Hafreez Adam Aizat Zahalan, tidak salah jika individu yang menjadi figura umum itu memasang bodyguard demi keselamatan masing-masing di tempat yang terbuka.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 2:00PM

Dari kiri Syainie Shuhaimi, Hafreez Adam (tengah) dan Alyssa Azmi. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Hafreez Adam mengakui isu keselamatan sepatutnya menjadi aspek paling penting yang perlu dititik beratkan oleh seseorang figura umum.

Menurut Hafreez, figura umum di luar negara sudah biasa mempraktikkan perkara ini (mengupah pengawal peribadi),  namun tidak di negara ini. 

“Bagi saya, keselamatan itu aspek yang penting, lebih-lebih lagi apabila kita sudah dikenali ramai. Aspek keselamatan kurang ditekankan di negara ini. 

“Mungkin ada segelintir pelakon kita bimbang kalau mengupah pengawal peribadi, nanti  di anggap melampau atau takut dikatakan ‘show off’ pula.  Tetapi, itulah mentaliti yang harus kita buang.

“Kita tak boleh kawal situasi dan orang. Ambil iktibar daripada apa yang berlaku terhadap kes yang menimpa Kamal Adli sewaktu berada di negara jiran baru-baru ini. Keselamatan itu amat  penting,” katanya.

Hafreez berkata demikian ketika ditemui media pada majlis pelancaran sidang media drama audio ‘Malam Pengantin’ di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelas pemilik nama sebenar, Hafreez Adam Aizat Zahalan, tidak salah jika individu yang menjadi figura umum itu memasang bodyguard demi keselamatan masing-masing khususnya apabila berada di tempat yang terbuka.

“Bagi pendapat saya ya, saya tidak rujuk mana-mana pihak, bagus kalau golongan selebriti kita menggunakan sekurang-kurangnya satu bodyguard ketika mereka menghadiri event-event besar atau tempat terbuka bagi keselamatan diri mereka,” ujarnya.

Ketika disoal berkenaan, adakah insiden yang melanda Kamal Adli yang dipukul individu tidak dikenali di negara jiran ketika terlibat dengan acara festival beli-belah secara terbuka itu mengundang ketakutannya, Hafreez lantas mengiyakan.

“Memang takut juga, malah perkara itu boleh menjadi trauma kepada saya. Saya akan menjadi takut nak jumpa orang khususnya di tempat-tempat terbuka. 

“Secara amnya, saya rasa bukan hanya saya, mana-mana pihak pun akan menjadi takut, memang scary dan lebih risau jugalah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 33 tahun itu bakal menjayakan watak Bahrin dalam drama audio ‘Malam Pengantin’ yang akan mula bersiaran  audio siar atau podcast  bermula 29 Mac menerusi aplikasi SYOK.

Hafreez mengakui menjayakan drama audio sebanyak  lima episod  yang membawa kisah berkenaan cinta dan pengorbanan adalah pengalaman pertamanya. 

“Sejujurnya, ini kali pertama saya bekerjasama dalam sebuah naskah drama audio yang sememangnya jauh berbeza dan susah daripada kita melakonkan watak drama televisyen. 

“Perbezaannya memang jauh. Contohnya, jika menjayakan sebuah babak drama televisyen, ada kalanya ia tidak berdialog dan kita hanya perlu memberi reaksi sedih atau menangis, tapi   penonton boleh faham bahawa babak itu sedih.

“Namun, bayangkan ini drama audio dan hanya suara kita sahaja yang bakal didengari oleh penonton, dan kita kena menunjukan emosi  sedih kita dengan hanya menggunakan suara kita agar penonton di luar sana turut sama merasai kesedihan kita. Ia memang mencabar ya,” akuinya.

Hafreez berkata lagi, dia cuba memberanikan diri keluar dari zon selesanya dengan menjayakan sesuatu yang baharu seperti drama audio ini.

Dalam pada itu, Hafreez memberitahu, proses rakaman suara  bagi ‘Malam Pengantin’ 5 episod hanya memakan masa dua selama dua jam  sahaja.

“Ketika saya terima skrip drama audio ‘Malam Pengantin’ ini, jadual  saya agak padat dengan telemovie dan drama yang saya sedang jayakan. 

“Namun, apabila saya terima jadual drama audio ini agak terkejut jugalah, sebab rakamannya  hanya mengambil sehari, dan  lebih mengejutkan ia mampu disiapkan lebih kurang dua jam. Ia memang cepat,” jelasnya. 

Selain Hafreez, drama audio ‘Malam Pengantin’ turut dibarisi Syainie Shuhaimi, Alyssa Azmi, Rosie Haslinda dan Syazwan Shuhaimi. 

Drama audio ‘Malam Pengantin’ hasil karya Datuk Hajah Habsah Hassan bakal disiar meneri SYOK bermula 29 Mac pada jam 10 pagi. – Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Karya Habsah Hassan Diangkat Dalam Drama Audio ‘Malam Pengantin’ 

2

TARA 1 tahun yang lalu

Saya Buktikan Orang Sabah Boleh Pergi Jauh - Tracie Juara Dewi Remaja 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 3 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 7 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN