Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Figura Wira Tempatan Sorot Sejarah Penting Negara

Mohamad Afiq Faiz Mohamad Amin juga mampu mereka cipta sendiri figura berskala 1:6 (ketinggian 30 sentimeter) daripada saiz manusia sebenar.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 6:00PM

Afiq menjadikan figura pakaian seragam tempatan sebagai koleksi peribadinya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengumpul figura lazimnya memilih adiwira atau pelbagai siri animasi dari luar negara sebagai koleksi, namun berbeza dengan Mohamad Afiq Faiz Mohamad Amin yang menjadikan figura pakaian seragam tempatan seperti polis, tentera dan pramugari sebagai koleksi peribadinya.

Bukan itu sahaja, pemuda berusia 33 tahun dari Gombak, Selangor itu juga mampu mereka cipta sendiri figura berskala 1:6 (ketinggian 30 sentimeter) daripada saiz manusia sebenar, iaitu kemahiran yang jarang dimiliki anak tempatan kerana ia memerlukan kreativiti, ketelitian dan kesabaran bagi menghasilkan figura menyerupai kostum sebenar.

Bercerita kepada Bernama baru-baru ini, pegawai psikologi di Kementerian Kerja Raya itu berkata minatnya bermula apabila melihat tidak ada pengumpul atau pereka figura tempatan yang mengetengahkan wira tempatan berbanding figura import.

Afiq memiliki 24 buah figura beridentitikan wira tempatan dalam koleksinya. - Gambar Bernama
Afiq memiliki 24 buah figura beridentitikan wira tempatan dalam koleksinya. - Gambar Bernama

“Sudah 15 tahun saya berkecimpung dengan hobi ini dan biasanya pengumpul figura tempatan obses dengan watak yang diinspirasikan daripada animasi dan filem luar negara seperti keluaran Hottoys dari Hong Kong yang mengeluarkan figura Marvel dan DC Comic seperti Spiderman, Ironman dan Hulk.

“Tapi, figura yang berkaitan peristiwa dan sejarah negara tidak ada orang yang mahir membuatnya, mungkin kerana tidak ada yang membuat kajian dan memerlukan masa bagi mendapatkan bahan untuk menghasilkan sesuatu figura tempatan yang sempurna,” katanya.

Sehingga kini, Mohamad Afiq Faiz memiliki koleksi figura peribadi beridentitikan wira tempatan sebanyak 24 buah dan lebih 120 buah lagi dari luar negara.

Antara koleksi figura tempatannya ialah uniform polis wanita ketika memerangi komunis, Home Guard (1948-1960), uniform askar Melayu melawan askar Jepun di Bukit Chandu (1942), uniform polis ketika melawan komunis di Bukit Kepong (1950), uniform anggota Unit Tindakan Khas (UTK), uniform anggota elit Pasukan Khas Laut (Paskal) dan uniform pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALBATT).

Figura lain dalam koleksinya ialah imej yang menjadi kebanggaan negara seperti uniform pramugari Malaysia Airlines dan AirAsia serta kostum peristiwa semasa seperti pakaian perlindungan diri (PPE) yang dipakai petugas barisan hadapan melawan virus COVID-19.

Kesemua figura tempatan itu kini dipamerkan di ruang pejabat Kementerian Kerja Raya, di sini bagi memeriahkan semangat patriotisme bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2022 peringkat kementerian itu.

Berkongsi lanjut, Mohamad Afiq Faiz berkata minat mendalam terhadap sejarah negara mendorong beliau mereka cipta figura tempatan selain mahu berkongsi minatnya kepada orang ramai melalui ‘penceritaan’ di sebalik setiap figura. 

Minat Afiq yang mendalam terhadap sejarah negara mendorong beliau mereka cipta figura tempatan. - Gambar Bernama
Minat Afiq yang mendalam terhadap sejarah negara mendorong beliau mereka cipta figura tempatan. - Gambar Bernama

“Ibu saya bekas pegawai Arkib Negara dan kehidupan saya banyak dihabiskan di muzium yang terdedah dengan bacaan mengenai sejarah melalui buku dan dokumen lama. Lama-kelamaan timbul minat sehingga saya terfikir untuk berbuat sesuatu yang boleh menarik minat masyarakat kepada sejarah dalam bentuk figura uniform wira tempatan,” katanya.

Bapa kepada seorang anak itu juga berkata pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya bagi menyiapkan sesuatu figura tempatan antaranya kajian di muzium, tempahan secara dalam talian untuk aksesori pakaian dan ubah suai daripada barang kitar semula seperti kertas, kain dan aluminium untuk dijadikan kostum figura.

“Selain itu, aspek pewarnaan juga mencabar, contohnya uniform polis dahulu kala, maklumat yang ada hanya (foto warna) hitam putih, jadi untuk mengetahui warna asal saya meminta bantuan kawan untuk menukar warna dengan menggunakan teknologi film colorization.

“Ada juga sumber yang saya tidak dapat buat di sini kerana tiada kepakaran, terpaksa menempahnya dari Perancis iaitu senjata jenis Sten Gun yang diguna polis semasa pertempuran di Bukit Kepong,” katanya dan menambah badan figura pula adalah ready made yang diperbuat daripada getah silikon dan plastik.

Kesemua figura Afiq dipamerkan di ruang pejabat Kementerian Kerja Raya bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2022 peringkat kementerian itu. - Gambar Bernama
Kesemua figura Afiq dipamerkan di ruang pejabat Kementerian Kerja Raya bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2022 peringkat kementerian itu. - Gambar Bernama

Walaupun telah menghabiskan ribuan ringgit dan pernah menerima tawaran daripada individu tertentu untuk membeli figura tempatan yang dihasilkan, Mohamad Afiq Faiz belum berhasrat menjualnya setakat ini.

“Saya buat figura tempatan ini kerana minat dan mahu mendidik orang ramai untuk mengetahui sejarah negara melalui pakaian seragam, contohnya figura pasukan MALBATT menceritakan penglibatan tentera kita dalam misi pengaman di Lubnan, Paskal pula refleksi peristiwa kejayaan anggota itu menyelamatkan 23 kru kapal MV Bunga Laurel daripada serangan lanun Somalia.

“Jadi, sekiranya ada mana-mana individu yang ingin mengadakan pameran berkaitan sejarah, saya sedia membawanya untuk dipamerkan sebagai satu daripada daya tarikan dan pembelajaran yang lebih interaktif,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Suami Ugut, Dera Isteri Dengan Lilin Dicekup Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Saman, Jalan di LTU Raub Akan Ditutup - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Kesan Lelaki Pukul Pemandu E-Panggilan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah