Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Minggu ini, kami akan kongsikan 5 tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 8:00PM

Gambar dari Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Eurovision Song Contest: The Story of Fire Saga (Netflix)

Eurovision Song Contest: The Story of Fire Saga ialah sebuah filem komedi romantis arahan David Dobkin dan dibintangi oleh Will Ferrell, Rachel McAdams, Demi Lovato dan Pierce Brosnan. 

Filem ini mengikuti kisah penyanyi dari Iceland, Lars Ericksong (Will Ferrell) dan Sigrit Ericksdóttir semasa mereka diberi peluang untuk mewakili negara mereka di pentas Eurovision.

Sebelum layak untuk terpilih mewakili Iceland, Lars dan Sigrit melalui kugiran mereka, Fire Saga perlu bertanding di pentas Söngvakeppnin terlebih dahulu. 

Malangnya, bot yang membawa semua finalis pada malam itu karam, membuatkan semua finalis meninggal dunia. 

Kebetulan, Lars dan Sigrit tidak menaiki bot tersebut, menjadikan mereka satu-satunya finalis yang terselamat dan seterusnya diistiharkan menang tanpa bertanding. 

Akhirnya, Lars dan Sigrit mencapai cita-cita sejak kecil mereka untuk bertanding di pentas nyanyian terbesar benua Eropah itu mewakili Iceland.

Namun mampukah mereka membawa pulang trofi kemenangan? Apakah konflik yang bakal terjadi antara Lars dan Sigrit sepanjang perjalanan mereka mengejar kemasyhuran?

Sama-sama kita saksikan di Netflix! – Zaidi Che

Escape Room: Tournament of Champions (Netflix)

Sebuah filem aksi seram berkisahkan tentang pengumpulan ahli-ahli juara di dalam sebuah permainan yang digelar Escape Room. 

Permainan ini memerlukan kepintaran untuk terus hidup. Setiap peserta harus menyelesaikan setiap misi rumit yang diberikan. 

Berikutan daripada prekuel siri pertama, permainan ini telah dijuarai oleh dua pemenang iaitu Zoey Davis (lakonan taylor Russell) and Ben Miller (lakonan Logan Miller). Pada kali ini mereka berjuang bermati-matian dengan tugasan yang lebih mencabar, bermain minda dan mengerikan. 

Namun objektif utama mereka adalah untuk menghapuskan terus organisasi yang mencipta permainan maut ini selama-lamanya. Filem yang diarahkan Adam Robitel dan ditulis oleh Will Honley, Maria Melnik, Daniel Tuch, serta Oren Uziel ini ditayangkan pada 2019. Kini ia boleh ditonton menerusi saluran Netflix. – Izwan Ramlan

Incantation (Netflix)

Filem dari Taiwan ini sohor di media sosial sehingga mengundang banyak reaksi daripada mereka yang telah menontonnya. Peminat filem seram dan misteri ramai yang memuji, tidak kurang juga ramai yang mengeji. Ada yang menganggap tahap keseramannya tidaklah seberapa. Malah, ada yang juga yang menganggap diri telah kena ‘scam’. Ha..sampai begitu sekali!

Sebenarnya susah hendak mengukur tahap keseraman sesebuah filem kerana lain orang, lain ekspektasinya. Jadi, adalah lebih baik anda tonton sendiri. Salah satu faktor yang mendorong ramai orang menonton filem yang dinobatkan sebagai filem seram Taiwan dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa ini ialah kerana ia diinpirasikan daripada kisah benar yang berlaku di Kaohshiung, Taiwan pada 2015.

Perlu diingatkan, untuk memahami jalan filem ini, anda perlu fokus, jangan percepatkan walaupun terasa adegan ini terlalu menakutkan. Sebab apa? Sebab plot cerita diselang-selikan dengan babak‘throwback’. Hendak tahu bagaimana teraju utama mendapat sumpahan, ikuti plot demi plot.

Satu lagi fakta yang anda harus tahu ialah, filem seram ini punya bacaaan mantera yang memancing penonton untuk membacanya bersama. Jangan menggelabah apabila anda mengetahui sebabnya di penghujung filem. Pengarah filem ini bukan ‘scammer’, dan dia memberi jaminan Incantation selamat untuk ditonton.- Rahayu MN

Doom Patrol (HBO Go)

Jika and peminat siri berkonsep adiwira seperti Avengers, Justice League dan sebagainya, Doom Patrol mungkin akan anda sukai. Pasukan yang bernama Doom Patrol ini merupakan sekumpulan adiwira dari dunia komik DC dan dianggotai beberapa ahli dengan kuasa luar biasa yang cuba membantu mengekalkan keamanan dunia. 

Dianggotai Jane, Elasti-Girl atau Rita Farr,Cyborg, Negative Man, Robot Man dan Chief serta beberapa watak lain, siri ini diterajui bintang-bintang tersohor Hollywood seperti  Matt Bomer, Brendan Fraser Timothy Dalton dan ramai lagi.

Milly & Mamet: Ini Bukan Cinta & Rangga (Netflix)

Filem Ada Apa Dengan Cinta? memang pernah mencetuskan kegilaan di Malaysia waktu ia ditayangkan di pawagam pada 2002 dan kemudian diikuti dengan filem Ada Apa Dengan Cinta 2 pada 2016. 

Namun, ada lagi sebuah lanjutan filem daripada Ada Apa Dengan Cinta? yang harus dan wajib ditonton penggemar filem ini iaitu Milly & Mamet (2018) di Netlix. 

Filem yang diarahkan Ernest Prakasa ini memfokuskan kehidupan Milly dan Mamet setelah mereka mendirikan rumahtangga serta mempunyai anak. 

Dalam Ada Apa Dengan Cinta?, Milly adalah salah seorang daripada rakan karib Cinta, manakala Mamet  yang juga rakan sekolah mereka amat  menggilai Milly ketika itu. 

Dalam Ada Apa Dengan Cinta 2 pula, Milly dan Mamet akhirnya berjodoh dan memiliki dan mereka digambarkna sebagai pasangan cukup ideal. 

Tetapi di dalam Milly & Mamet, kehidupan rumahtangga mereka nampaknya semakin bergelora apabila Milly telah menjadi suri rumahtangga sepenuh untuk menjaga anak dan Mamet pula terpaksa melupakan minat dan kecintaaanya sebagai Chef kerana menjaga perusahaan bapa mertuanya.- Ellyna Ali – Getaran, 16 Julai 2022.


 

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

3

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi