Berita Terkini

12 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


4 Penginapan Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu Di Kundasang

Ramai mengenali destinasi percutian popular ini di Sabah, namun kurang tahu penginapan yang terbaik. Di sini kami cadangkan empat yang menarik.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 2:01PM

Kundasang - Gambar oleh Rahayu Mat Nah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda terbang ke Kota Kinabalu, Sabah, janganlah lepaskan peluang untuk ke destinasi percutian tanah tinggi popular, Kundasang. 

Lokasi yang mendapat julukan sebagai New Zealand Malaysia ini mengambil masa kira-kira 3 jam pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Bercuti ke tanah tinggi ini, bermakna anda akan dihidangkan dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah.

Lebih mengasyikkan, cuacanya yang dingin terutama di malam hari membuatkan diri terasa seperti benar-benar berada di New Zealand. Persekitaran yang tenang mendamaikan tambah memikat jiwa terutama di kalangan warga kota yang sentiasa dihambat dengan kesesakan. Bagi yang sudah beberapa kali ke sini, anda pasti sudah tahu apa tarikan yang menanti. Mencari penginapan juga tidak menjadi isu. 

Namun, bagi yang belum pernah menjejakkan kaki, sedikit panduan dan tip amatlah diperlukan supaya percutian yang dirancang meninggalkan memori manis untuk dikenang. Berikut adalah senarai lokasi penginapan yang menghidangkan pemandangan gunung terbaik.

 

1) Hounon Ridge Farm Stay

Homestay ini terletak lebih kurang setengah jam dari pekan Kundasang. Bayangkan, setiap kali anda membuka mata di pagi hari, anda dapat menyaksikan keindahan Gunung Kinabalu dengan jelas sekali.

Gambar laman web Hounon Ridge Farm Stay
Gambar laman web Hounon Ridge Farm Stay

Kedinginan malam membuai mimpi lena. Menghirup secawan kopi panas di lokasi percutian tanah tinggi ini satu nikmat yang bukan kepalang.

Persekitaran Houson Ridge ini dipenuhi dengan rumput menghijau, bagaikan berada di padang ragut di luar negara. Biarpun terdapat beberapa bilik penginapan di bangunan utama, tetapi rata-rata pengunjung memilih untuk bermalam di dalam khemah untuk pengalaman lebih menyeronokkan.

Gambar laman web Hounon Ridge Farm Stay
Gambar laman web Hounon Ridge Farm Stay

Boleh bawa sendiri khemah atau menyewanya daripada pihak pengurusan. Tetapi, perlu buat tempahan awal kerana ia menjadi rebutan ramai.

Terdapat kemudahan lapangan untuk mengadakan barbeku dan juga sebuah kafe untuk anda menjamu selera di sini. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh ke Facebook Hounon Ridge Farmstay sendiri.

 

2) Kinabalu Pine Resort

Resort yang terletak di kaki Gunung Kinabalu ini merupakan penginapan yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan dikendalikan secara persendirian.

Gambar laman web Kinabalu Pine Resort
Gambar laman web Kinabalu Pine Resort

Semua kabin mempunyai beranda terbuka luas menghadap gunung. Dek itulah, rata-rata mereka yang pernah bermalam di sini memberi ulasan yang cukup memberangsangkan.

Kabin kayu di resort ini dibina sepenuhnya menggunakan kayu keras Selangan Batu yang eksklusif. Terdapat kabin Standard atau Deluxe, dengan blok S & N berada di puncak resort.

Gambar laman web Kinabalu Pine Resort
Gambar laman web Kinabalu Pine Resort

Semua bilik dilengkapi dengan akses internet WiFi, saluran televisyen satelit, kemudahan interkom, bilik mandi persendirian, peralatan mandian, pengering rambut dan kemudahan membuat kopi dan teh.

Bermalasan di beranda kabin merupakan aktiviti yang dinanti-nanti oleh pengunjung. Bancuhlah secawan kopi hangat untuk menemani anda merenung pemandangan alam yang menghijau. Jika tidak mahu terperap di bilik, boleh ke viewing platform milik resort yang menjadi tumpuan pelancong. 

 

3) Midori Homestay

Terletak di Kampung Mesilau iaitu kira-kira 30 minit daripada pekan Kundasang, inap desa ini juga cukup berbaloi untuk anda yang mahu bercuti dalam kumpulan yang besar.

Gambar Instagram Midori Homestay
Gambar Instagram Midori Homestay

Kampung Mesilau merupakan kampung yang paling hampir dengan puncak Gunung Kinabalu dan kerana itulah untuk menginap di tanah tinggi ini, anda harus membawa pakaian yang sesuai. Ini kerana pada waktu malam, suhu persekitaran boleh jatuh dengan drastik. 

Midori Homestay menyediakan beberapa jenis bilik yang dicat dengan warna-warna ceria. Begitu juga dengan hiasan dalamannya. Walaupun ia nampak ringkas tetapi ia cukup selesa kerana mempunyai keluasan yang tepat. Tidak perlu bersesak dengan beg yang dibawa atau berlaga bahu dengan teman sebilik anda.

Tarikan berhampiran yang mesti dilawati ialah Mesilau 3Sixty Peak yang berketinggian 1,563 meter dari paras laut. Ada trek sepanjang 210 meter yang perlu didaki di atas sana dan ada Mesilau Swing yang merupakan buai tertinggi di Malaysia. 

Selain itu ada juga sebuah kafe untuk anda menghilangkan dahaga. Inap desa ini juga menawarkan trip berpandu untuk mendaki Bukit Maragang yang semakin mendapat perhatian ramai.

 

4) Kiram Village

Satu lagi penginapan berkonsep kabin kayu yang boleh dipertimbangkan apabila ke Kundasang. Kiram Village juga terletak di Kampung Mesilau dan ia menjanjikan pemandangan Gunung Kinabalu yang cukup hampir.

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

Menawarkan beberapa jenis bilik yang dinamakan dengan nama sayuran dan buah-buahan seperti apple, banana, tomato, pineapple, chili dan pumpkin. Setiap bilik dilengkapi dengan pemanas air kerana cuaca berhampiran puncak gunung ini cukup dingin. 

Antara kelebihan penginapan ini ialah ia dilatari dengan landskap bunga-bungaan yang indah di mata. Cukup ideal untuk anda yang mahu lari daripada hiruk-pikuk kota.

Malah, ia adalah lokasi persembunyian yang sempurna jika anda mahu lari daripada seseorang. Tiada kemudahan Wifi di kabin, malah talian telefon juga tidak ‘kuat’, bergantung kepada operator servis.

Namun, jika terdesak, anda boleh gunakan kemudahan Wifi di bangunan berhampiran kaunter pendaftaran.

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kiram Village – Gambar oleh Rahayu MN
Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kiram Village – Gambar oleh Rahayu MN

Selain itu, anda juga boleh menempah kabin yang punya kemudahan untuk memasak jika anda ingin berjimat atau anda memang suka memasak apabila bercuti dengan keluarga.

Bagi yang lebih suka menghabiskan masa bersantai, bolehlah singgah ke kafe yang diusahakan oleh ahli keluarga pemilik kabin. Menu agak terhad tetapi tidak mengecewakan. Nasi goreng kampung, bihun soto, mi goreng dan teh tarik adalah menu yang patut anda cuba.

Jom ke Kundasang! – Getaran, 10 Julai 2022

Gambar utama Kundasang: Rahayu Mat Nah menggunakan Samsung S22+

Isu Pada

Erti Pengorbanan Daphne Iking

09 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 8 bulan yang lalu

6 Penginapan Pilihan Untuk Pulang Mengundi Sambil Bercuti

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lebih 500 Jemaah Haji Malaysia Masuki Makkah Esok

3

TARA 1 tahun yang lalu

Pemuda Perlis Realisasikan Penginapan Airbnb Menyerupai Buah Kelapa 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Lemah Landa Kundasang

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut