Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemuda Perlis Realisasikan Penginapan Airbnb Menyerupai Buah Kelapa 

Hakim Azly merupakan antara 100 pereka dari 20 negara yang terpilih untuk merealisasikan idea unik mereka sebagai sebahagian daripada Dana OMG! Airbnb bernilai USD10,000,000 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 8:06PM

Reka bentuknya yang diberi nama ‘Coconut Drifting in the Sea’ akan siap sedia untuk menerima tetamu menjelang musim panas 2023 dan akan menjadi sebahagian daripada Kategori OMG! Airbnb - Gambar ihsan Airbnb

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemuda bernama Muhammad Hakim Azly yang berasal dari Perli  Perlis memang boleh disifatkan sebagai bertuah. Apa tidaknya, Hakim telah terpilih sebagai salah seorang daripada 100 pereka dari seluruh dunia untuk merealisasikan idea penginapan luar biasa untuk platform hospitaliti global Airbnb. 

Dengan wang kemenangan sebanyak USD10,000,000 (kira-kira RM44,000,000) iaitu sebahagian daripada Dana OMG! bernilai USD100,000, Hakim telah merealisasikan idea untuk membina sebuah rumah terapung yang cukup unik terletak di pantai Tanjung Rhu Langkawi. 

Rumah itu boleh diakses dengan bot atau kayak, dan tetamu boleh menikmati pemandangan 360 darjah pulau-pulau di sekitarnya. 

Penginapan ini terdiri daripada bilik tidur seluas 250 meter persegi yang dilengkapi dengan katil bersaiz king dan bilik mandi yang besar di sebelahnya
Penginapan ini terdiri daripada bilik tidur seluas 250 meter persegi yang dilengkapi dengan katil bersaiz king dan bilik mandi yang besar di sebelahnya

Penginapan ini menyerupai kelapa tua, dengan sabut dan cangkerang luarnya direka bentuk untuk kelihatan seolah-olah mengelupas bagi membolehkan cahaya masuk ke dalam ruang tersebut. 

Ia terdiri daripada bilik tidur seluas 250 meter persegi yang dilengkapi dengan katil bersaiz king dan bilik mandi yang besar di sebelahnya. Ruang dalamannya yang putih, dan tidak bersudut direka untuk menyerupai isi kelapa. 

Hakim yang mempunyai minat cukup mendalam terhadap bidang reka bentuk memberitahu, idea untuk penginapan ini diinspirasikan daripada rumah tempatnya membesar, yang dibina oleh mendiang datuknya di Kangar. 

Rumah tersebut dipenuhi dengan elemen reka bentuk yang unik dan futuristik, yang menurutnya adalah mendahului zaman pada tahun 60-an. Hakim kemudiannya berpindah ke Teaneck, New Jersey, di mana dia meluangkan sebahagian besar masa mudanya melukis mural berskala besar sebelum melanjutkan pengajiannya dalam bidang seni bina. 

“Bagi saya, seni bina lebih sekadar himpunan bahan-bahan. Ia melibatkan gambaran yang lebih meluas, di mana arkitek bertanggungjawab untuk mempertimbangkan setiap keputusan reka bentuk serta fungsi rekaan tersebut kepada komuniti. 

“Ini merupakan salah satu sebab mengapa saya sangat teruja dan terpanggil untuk merebut peluang ini bagi mencipta sesuatu yang benar-benar unik dan luar biasa,” kongsi Hakim. 

Konsep untuk reka bentuk ini memberikan suasana pengembaraan kepada tetamu, yang membolehkan mereka mengalami sepenuhnya perubahan cuaca, pasang surut air dan kitaran matahari sepertimana kelapa yang terapung di tengah laut
Konsep untuk reka bentuk ini memberikan suasana pengembaraan kepada tetamu, yang membolehkan mereka mengalami sepenuhnya perubahan cuaca, pasang surut air dan kitaran matahari sepertimana kelapa yang terapung di tengah laut

Hakim yang menyertai Dana OMG! bersama isterinya, Reena menjelaskan, idea mereka tercetus ketika mereka sedang menyusuri pantai dan terlihat buah kelapa yang terapung di air. 

Lalu, mereka sama-sama memutuskan untuk mencipta rumah yang diilhamkan daripada kelapa yang terapung-apung di laut itu yang seolah-oleh menceritakan kisah menikmati perjalanan hidup ke suatu destinasi yang tidak diketahui. 

"Konsep untuk reka bentuk ini memberikan suasana pengembaraan kepada tetamu, yang membolehkan mereka mengalami sepenuhnya perubahan cuaca, pasang surut air dan kitaran matahari sepertimana kelapa yang terapung di tengah laut," jelas Hakim. 

“Kami juga gembira kerana dapat menerapkan salah satu matlamat utama kami ke dalam projek ini, iaitu membina penternakan ikan dan nurseri karang seluas 300 meter persegi di sekitar rumah terapung kami sebagai sebahagian daripada Pengalaman OMG!”

Hakim turut berkongsi bahawa rancangan mereka untuk membina penternakan ikan dan karang bertujuan untuk menggalakkan komuniti tempatan dan pelancong untuk mengurangkan penggunaan dan menambah semula sumber semula jadi, yang sering digunakan untuk menyokong industri pelancongan. 

Muhammad Hakim Azly bersama isterinya Reena
Muhammad Hakim Azly bersama isterinya Reena

Sebenarnya, ini bukanlah pengalaman pertama Hakim dengan Airbnb. Sebelum ini, beliau pernah menjadi Superhost di Seattle selama lebih setahun. Beliau kini tinggal di Langkawi bersama isterinya, Reena, yang merupakan hos Airbnb sepenuh masa bagi sepuluh unit yang dibina sendiri oleh keluarganya.

“Semuanya bermula dengan hanya satu unit.  Setiap bulan, kami akan ketepikan sebahagian daripada pendapatan kami untuk membina asas kediaman kami. Kini, setelah beberapa tahun, kami boleh katakan dengan bangga bahawa kami mempunyai sepuluh unit yang berjaya dihasilkan dengan hanya mengambil setiap peluang yang ada.

“Semasa saya mula menjadi hos Airbnb di Amerika Syarikat, saya juga tidak mempunyai banyak ruang, tetapi saya sedar akan potensinya, dan kadang-kadang itu sahaja sudah mencukupi,” kongsi Hakim. 

Setiap penerima anugerah Dana OMG! akan memulakan kerja-kerja pembinaan dalam waktu terdekat ini bagi menerima tetamu menjelang musim panas 2023.  Anda boleh menemui kediaman-kediaman tersebut dalam Kategori OMG! Airbnb.

Jika anda ingin menjadi hos OMG!? Ketahui lebih lanjut di airbnb.com. - Getaran, 11 Disember 2022

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Harald V Terus Pulih, Usaha Diambil Untuk Bawa Pulang Baginda - Istana Norway

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu