web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 500 Jemaah Haji Malaysia Masuki Makkah Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 5:54PM

Secara keseluruhan, terdapat sembilan maktab penginapan TH yang berada tidak lebih 1,000 meter dari Masjidil Haram dengan 12 anggota ditugaskan di setiap maktab. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Seramai 565 jemaah haji daripada kumpulan awal penerbangan musim 1444 Hijrah yang tiba di Madinah pada Ahad lepas akan memasuki Makkah, esok (26 Mei).

Pengarah Operasi Maktab, Mohd Sawal Abong berkata pihaknya telah bersedia sepenuhnya menyambut ketibaan jemaah haji berkenaan yang akan ditempatkan di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat Tabung Haji (TH) di sini.

“Kita akan uruskan bagasi mereka yang akan masuk ke tempat penginapan hari ini, sebab bagasi akan dihantar sehari awal sebelum jemaah tiba,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya sebaik tiba, jemaah haji akan dibawa ke bilik penginapan masing-masing dan berehat sebentar sebelum ke Masjidil Haram untuk melakukan umrah dengan dibantu dua Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (Pihtas).

Mohd Sawal berkata secara keseluruhan, terdapat sembilan maktab penginapan TH yang berada tidak lebih 1,000 meter dari Masjidil Haram dengan 12 anggota ditugaskan di setiap maktab.

“Pejabat operasi maktab akan menguruskan segala aktiviti-aktiviti jemaah haji sepanjang berada di Tanah Suci termasuk menjaga kebajikan serta keselamatan, memberikan panduan ibadat haji serta aktiviti ziarah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan akan mengurus kemasukan lebih 1,200 jemaah haji sehari pada waktu-waktu puncak.

Menurutnya setiap penginapan mempunyai kemudahan seperti klinik, perkhidmatan pos bagasi selain bimbingan ibadat.

Sementara itu, Mohd Sawal berkata pejabat operasi maktab juga akan memegang pasport jemaah haji untuk memudahkan urusan penerbangan pulang jemaah ke Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar