Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Penginapan Pilihan Untuk Pulang Mengundi Sambil Bercuti

Alang-alang pulang mengundi, jomlah curi masa untuk bercuti. Enam penginapan berikut boleh dijadikan pilihan.

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 7:34PM

ALA Riverview Lodge ialah antara penginapan di Kelantan yang memiliki pemandangan cukup menawan hati - gambar Facebook ALA Riverview Lodge

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan kini sudah pun bermula. Pasti ada di antara anda sedang merancang untuk mengambil cuti tambahan  jika pusat pengundian terletak jauh nun di kampung halaman.

Alang-alang, bolehlah rancang percutian healing selepas selesai mengundi. Boleh ajak ahli keluarga yang lain untuk turut serta. Ambil peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama-sama bagi mengeratkan silaturrahim. 

Jadi, jom intai beberapa penginapan yang boleh dijadikan pilihan. Tapi ingat, memandangkan tarikh mengundi semakin hampir, siapa cepat dia dapat! Sehingga artikel ini ditulis, masih ada kekosongan untuk setiap penginapan yang dicadangkan.

1) Tanah Larwina – Hulu Langat, Selangor

 Tanah Larwina mempersembahkan alam semula jadi yang indah - gambar AirBnb
Tanah Larwina mempersembahkan alam semula jadi yang indah - gambar AirBnb

Tanah Larwina ialah sebuah resort yang menghidupkan kehidupan lestari dan bertujuan untuk membantu tetamu mengenali flora dan fauna tempatan. Ia sepenuhnya dilengkapi dengan pencahayaan cekap tenaga, pengecas kenderaan elektrik, tong kompos dan kolam air penahan ribut. 

Terletak di Hulu Langat, Tanah Larwina mempersembahkan alam semula jadi yang indah. Ia merupakan sebuah lokasi percutian ladang yang terletak kira-kira satu jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Seluas 1.2 hektar, rumah persinggahan layan diri ini terletak indah di tebing Sungai Larwin yang memberikan suasana santai di rumah kecil. 

Jangan lepaskan peluang berendam di kolam renang jika menginap di sini - gambar AirBnb
Jangan lepaskan peluang berendam di kolam renang jika menginap di sini - gambar AirBnb

Sesuai untuk lawatan keluarga dan percutian sesama teman-teman rapat,  anda boleh menghabiskan hujung minggu di Rumah Tebing yang boleh memuatkan sehingga 8 orang tetamu. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk pit barbeku luar dan ruang memasak serta dapur yang serba lengkap dan unggun api. Jadi  bolehlah berseronok membakar marshmallow di malam hari.

2) Rumah Tok, Setiu, Terengganu

Rumah Tok pasti mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak di rumah atok dan nenek - gambar AirBnb
Rumah Tok pasti mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak di rumah atok dan nenek - gambar AirBnb

Rumah Tok  ialah sebuah rumah kampung Melayu lama yang dipulihara bagi menyerlahkan warisan dan cara hidup masyarakat nelayan pesisir pantai di Terengganu. Ia terletak di tengah-tengah perkampungan nelayan tradisional yang paling ikonik di Malaysia, Kg. Mangkuk Tanah Lembap Setiu.

Seperti namanya, Rumah Tok pasti mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak di rumah atok dan nenek bagi sesetengah tetamu. Ini adalah tempat untuk anda menikmati semula keramahan dan ketenangan desa. Bahkan, mereka yang tidak pernah melalui kehidupan di desa, boleh mengutip kenangan di sini. 

Rumah Tok meraih anugerah untuk Pemuliharaan Biodiversiti daripada AirBnb - gambar AirBnb
Rumah Tok meraih anugerah untuk Pemuliharaan Biodiversiti daripada AirBnb - gambar AirBnb

Satu perkara yang anda perlu tahu, Rumah Tok meraih anugerah untuk Pemuliharaan Biodiversiti daripada AirBnb kerana ia menyerlahkan ciri-ciri sederhana serta mewakili realiti budaya dan gaya hidup kampung tradisional Melayu lama. Pengudaraan dan pencahayaan semula jadi adalah ciri utama rumah Melayu lama, sebab itulah Rumah Tok memiliki sekatan ruang yang cukup minimum untuk mencipta aliran terbuka. 

3) Malihom, Balik Pulau, Pulau Pinang

Resort ini tampil unik kerana diinspirasikan daripada bangsal beras tradisional masyarakat Thai - gambar Malihom.com
Resort ini tampil unik kerana diinspirasikan daripada bangsal beras tradisional masyarakat Thai - gambar Malihom.com

Jom bercuti ke Malihom, Balik Pulau. Terletak di ladang persendirian seluas 16 hektar di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ia bermula sebagai ladang percutian keluarga sebelum dibuka kepada orang ramai pada 2009.

Resort ini tampil unik kerana diinspirasikan daripada bangsal beras tradisional masyarakat Thai. Boleh bayangkan anda bercuti di kampung tradisional Thailand.

Malihom sendiri membawa maksud ‘kampung beras wangi’. Terdapat lapan buah villa yang boleh dijadikan pilihan iaitu Baanmai, Aloun, Khanun, Dhamma, Sankhara, Sripatum, Sanook dan Jhana. Kebanyakan villa di sini berusia ratusan tahun dan ia telah digazetkan sebagai Warisan Kebangsaan Thailand (Thailand’s National Heritage). 

Setiap villa atau ‘bangsal’ mempunyai karektor tersendiri - gambar Malihom.com
Setiap villa atau ‘bangsal’ mempunyai karektor tersendiri - gambar Malihom.com

Setiap villa atau ‘bangsal’ mempunyai karektor tersendiri dan ia disuntik elemen untuk keselesaan tetamu. Jika tidak mahu terperuk di bilik, boleh luangkan masa berenang atau bermalas-malasan di kolam renang. 

4) Kunang-Kunang Heritage Villas Langkawi

Jangan lupa membawa sepersalinan pakaian tradisonal untuk bergambar di sekitar resort - gambar Rahayu MN
Jangan lupa membawa sepersalinan pakaian tradisonal untuk bergambar di sekitar resort - gambar Rahayu MN

Terbang ke Langkawi? Bolehlah bermalam di Kunang-Kunang Heritage Villas yang dimiliki oleh pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwil ini. Terletak berhampiran Pantai Cenang, resort ini mempunyai 20 buah villa yang terdiri daripada rumah-rumah Melayu lama yang usianya ada menjangkau ratusan tahun.

Melangkah masuk ke kawasan resort ini seolah-olah membawa anda terbang ke zaman dahulu kala.  Setiap villa turut dilengkapi dengan perabot-perabot antik bagi menyuntik pengalaman yang lain daripada lain. Lupakan tentang televisyen ketika bercuti di sini, sebaliknya dengarkan nyanyian alam yang mempesona. Inilah masanya untuk anda menyembunyikan diri dari hiruk-pikuk kota. 

Setiap villa turut dilengkapi dengan perabot-perabot antik - gambar Rahayu MN
Setiap villa turut dilengkapi dengan perabot-perabot antik - gambar Rahayu MN

Jangan lupa membawa sepersalinan pakaian tradisonal untuk bergambar di sekitar resort. Ini kerana resort ini bagaikan di sebuah lokasi penggambaran. Jangan pelik jika sering terserempak dengan ‘hulubalang’ dan ‘dayang’ yang elok paras rupa. Satu lagi perkara yang anda harus tahu, Kunang-Kunang Heritage Villas menyediakan masakan Melayu yang cukup menyelerakan. 

5) ALA Riverview Lodge, Kota Bahru, Kelantan

Dari rumah ini , anda boleh melihat suasana kampung yang nyaman dan tenang - gambar Facebook ALA Riverview Lodge
Dari rumah ini , anda boleh melihat suasana kampung yang nyaman dan tenang - gambar Facebook ALA Riverview Lodge

Kelantan tidak banyak menawarkan penginapan daripada rangkaian antarabangsa. Namun, ada banyak penginapan persendirian yang memikat hati. Salah satu daripadanya ialah ALA Riverview Lodge. 

Terletak di Kota Bharu, Kelantan, penginapan ini sesuai untuk percutian keluarga kecil atau rakan-rakan rapat yang mahu lari daripada rutin membosankan. Menjanjikan pemandangan Sungai Pengkalan Datu yang cukup indah serta mendamaikan, rumah percutian ini cukup ideal untuk anda yang mementingkan keselesaan. 

Biarpun berkonsepkan percutian desa, namun penginapan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan demi keselesaan tetamu. Bahkan, ia turut mempunyai kolam renang dan stesen barbeku. Jadi boleh bersantai bersama keluarga tanpa perlu berkongsi dengan ramai orang. 

Dari rumah ini , anda boleh melihat suasana kampung yang nyaman dan tenang. Jika ingin mengutip pengalaman lebih indah, boleh juga berbasikal keliling kampung, memancing ikan di pinggir sungai, atau memberi makan kepada haiwan-haiwan di ALA Agro Farm. Ada ayam, itik, arnab dan lembu. 

6) Durian Ecolodge, Tampin, Negeri Sembilan

Penginapan agro pelancongan ini sangat sesuai untuk percutian keluarga yang menyeronokkan - gambar Facebook Durian_EcoLodge
Penginapan agro pelancongan ini sangat sesuai untuk percutian keluarga yang menyeronokkan - gambar Facebook Durian_EcoLodge

Pernah cuba menginap di ladang buah-buahan? Jika belum, boleh cuba bermalam di di Durian Ecolodge, Kampung Pondoi, Tampin, Negeri Sembilan. Penginapan agro pelancongan ini sangat sesuai untuk percutian keluarga yang menyeronokkan. Terletak kira-kira 22 kilometer dari Plaza Tol Simpang Ampat, bersempadan dengan Melaka.

Keistimewaan Durian Ecolodge yang diusahakan di atas tanah seluas empat hektar itu sudah pastilah kerana ia dipenuhi dengan pokok-pokok durian, sesuai dengan namanya. Selain itu, tetamu juga dijanjikan dengan hamparan pemandangan yang di kelilingi bukit-bukau. 

Terdapat 20 unit penginapan berkonsepkan karavan dan rumah penginapan ditawarkan yang mana setiap satunya diberi nama jenis-jenis durian yang popular di Malaysia. Harga penginapan bermula dari RM250 hingga RM400 satu malam. 

Terdapat 20 unit penginapan berkonsepkan karavan ditawarkan - gambar Facebook Durian_EcoLodge
Terdapat 20 unit penginapan berkonsepkan karavan ditawarkan - gambar Facebook Durian_EcoLodge

Jika anda di antara mereka yang bertuah, dapatlah menikmati pelbagai jenis buahan ketika bermalam di sini. Bukan tersedia secara percuma, tetapi dikenakan caj yang jauh lebih murah. Oh! selain pokok durian, ada juga pokok mangga, mata kucing, manggis, belimbing, dokong, nanas, kelapa pandan dan markisa yang ditanam di sini. 

Jadi tunggu apa lagi? Cepat buat tempahan sebelum penuh! - Getaran, 31 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO