Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


5 Kabin Percutian Menarik Di Eropah

Ada yang sedang merancang percutian di luar negara dan mencari penginapan berkonsep kabin? Minggu ini, kami senaraikan lima kabin percutian yang menarik di Eropah.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 5:05PM

Gambar hiasan Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lain orang, lain ragamnya. Ada yang suka bercuti di hotel-hotel mewah, ada yang suka bercuti di penginapan bajet dan ada juga yang gemar mencari lokasi penginapan yang unik, yang mungkin tidak ada seperti di dalam negara sendiri.

Memandangkan kita semakin bebas mengembara ke luar negara, pasti ramai yang sudah punya rencana untuk percutian idaman tahun ini. 

Jika mengintai di platform media sosial, bukan sedikit yang berkongsi tentang percutian mereka nun jauh di sana. Ada yang sudah sampai ke Perancis, ada yang sudah sampai ke Turki, ada yang sudah sampai ke Switzerland. 

Untuk yang sedang menghitung hari, sudahkah selesai anda menyusun jadual perjalanan dan aktiviti yang ingin dilakukan? 

Sudahkah anda punya tempat untuk bermalam? Jika anda mencari penginapan berkonsep kabin, di sini Getaran senaraikan lima kabin percutian menarik di Eropah.

 

1) Resort Baumgeflüster (Jerman)

Gambar laman web Resort Baumgeflüster
Gambar laman web Resort Baumgeflüster

Terletak di kawasan hutan yang segar menghijau di Lower Saxony, anda akan menemui salah satu tempat percutian luar yang paling menarik dan bergaya di Jerman. 

Disyorkan oleh jurnal perjalanan dan dipuji oleh ‘Departures New York’ sebagai salah satu daripada ‘sepuluh pusat peranginan rumah pokok terbaik di dunia, yakinlah bahawa Resort Baumgeflüster (‘pokok berdesir’ dalam bahasa Jerman) menjanjikan pengalaman percutian mengasyikkan.

Dengan kawasan yang dipenuhi hidupan liar, di sini bukan perkara mustahil jika rumah pokok anda didatangi seekor rusa. 

Di sini anda boleh merehatkan diri sambil menikmati keindahan alam semula jadi dalam mood santai dan memanjakan diri. Lupakan segala hal-hal yang merumitkan fikiran.

Selain bermalas-malasan di kabin, anda juga boleh berjalan-jalan ke tasik Zwischenahner Meer yang terletak berhampiran. 

Setiap kabin punya keluasan yang sesuai untuk empat orang tetamu. Setiap kabin tampil dalam rekaan suite, di mana perinciannya punya sentuhan mewah. 

Begitu juga dengan kemudahan bilik air, ia menampilkan alatan berjenama untuk menjadikan pengalaman mandi yang memanjakan. 

Selain itu, ada juga dapur kecil yang kompak dilengkapi dengan semua yang anda perlukan untuk menyediakan makanan ringan. 

Manakala tingkap besar memastikan anda tidak akan terlepas melihat pemandangan yang menakjubkan itu, walau di mana sahaja anda berada.

Teres atau balkoni peribadi adalah tempat yang sesuai untuk anda menikmati bakul sarapan yang dihantar setiap hari.

 Sambil menjamu selera, gembirakan hati dengan melihat keletah haiwan comel tupai dan burung yang bebas berlarian dan berterbangan di dahan-dahan pokok.

 

2) Ecotagnes (Perancis)

Gambar laman web Ecotagnes
Gambar laman web Ecotagnes

Terletak di tengah-tengah pergunungan, pada ketinggian 1,300 meter dari paras laut, Ecotagnes pasti membuatkan setiap pencinta alam tertawan. 

Jauh di dalam hutan pain berhampiran pusat peranginan gunung Aravis di La Clusaz, Ecotagnes merupakan sebuah resort yang menawarkan tiga jenis kabin yang boleh memuatkan sehingga lapan orang dalam satu-satu masa. 

Gambar laman web Ecotagnes
Gambar laman web Ecotagnes

Setiap kabin dilengkapi dengan tab mandi yang membolehkan anda menikmati mandian Scandinavia yang melegakan tubuh badan. 

Mandian ini adalah bonus atau kemudahan yang dijanjikan oleh pihak resort untuk setiap tetamu. Mandian Scandinavia mampu melegakan stres, keresahan dan kesakitan otot badan. 

Tahun ini Ecotagnes beroperasi sehingga 13 November sebelum ditutup pada musim sejuk.

 

3) Villa Lummelahti (Finland)

Gambar laman web Villa Lummelahti
Gambar laman web Villa Lummelahti

Finland adalah rumah kepada kira-kira 187,000 tasik dan lebih daripada setengah juta kabin musim panas yang digunakan sebagai percutian hujung minggu. Kabin-kabin ini biasanya diperbuat daripada kayu balak.

Antara aktiviti yang sering dilakukan di kabin ini ialah sauna di tepian tasik, memancing dan bersantai bertemankan unggun api.

Tasik Saimaa, yang terletak di wilayah Lakeland berhampiran Lapeenranta, adalah pilihan popular dalam kalangan pelancong. 

Laman web lembaga pelancongan gosaimaa.com menyenaraikan banyak pilihan kabin yang cantik, termasuklah tiga kabin besar yang dibina dengan tangan di Villa Lummelahti. 

Gambar laman web Villa Lummelahti
Gambar laman web Villa Lummelahti

Setiap kabin mempunyai beranda, pondok barbeku berlapis kaca, dok dan bot dayungnya sendiri serta reka letak dalaman ala desa yang mewah.

Bercuti ke sini, bermakna anda berpeluang menikmati sebuah percutian yang tidak mungkin terpadam daripada ingatan. 

Di sini anda bebas melakukan apa sahaja. Waktu paling indah adalah ketika matahari bersedia untuk melabuhkan tirainya. Pemandangan langit yang keemasan mencipta suasana yang cukup magis. 

Gambar laman web Villa Lummelahti
Gambar laman web Villa Lummelahti

Antara aktitivi yang boleh anda lakukan di sini ialah memetik beri biru, memetik dan memilih cendawan berpandu, menyewa bot untuk meneroka kawasan tasik dan juga menyewa tab mandian untuk malam yang lebih hangat.

 

4) Vila Triglav, Pokljuka (Slovenia)

Gambar laman web Vila Triglav
Gambar laman web Vila Triglav

Terletak di dataran tinggi Pokljuka dalam Taman Negara Triglav, hanya 20 minit pemanduan dari Tasik Bled dan Bohinj, Vila Triglav merupakan penginapan ideal untuk pelbagai aktiviti luar seperti mendaki, berbasikal, memancing atau berjalan kaki. 

Tetamu boleh bermain ski di cerun di kawasan berhampiran, atau melawat Pusat Biathlon Pokljuka. Bahkan, tetamu juga boleh menyewa basikal gunung untuk melihat-lihat kawasan sekitar.

Terletak di tengah-tengah hutan, vila pergunungan ini dibina pada 1939 dan ia menawarkan pangsapuri yang terletak di bangunan utama dan sebuah chalet kayu yang berasingan.  

Gambar laman web Vila Triglav
Gambar laman web Vila Triglav

Semua apartmen di bangunan utama adalah luas dan mempunyai gabungan unsur-unsur moden dan tradisional, lantai kayu keras serta dilengkapi dengan perabot kayu elegan dan TV satelit skrin rata. 

Ruang makan dengan pendiang api menawarkan pemandangan Gunung Triglav yang menakjubkan. 

 

5) Kolarbyn Eco Lodge, Sweden

Gambar laman web Kolarbyn Eco Lodge
Gambar laman web Kolarbyn Eco Lodge

Bersedia dengan pengembaraan yang luar biasa. Tinggalkan segala kemudahan dan keselesaan yang anda nikmati di bandar. 

Lokasinya di dalam hutan di tengah Sweden. Kolarbyn Eco Resort menawarkan 12 buah pondok yang bersembunyi di antara pokok, diliputi lumpur, rumput, cendawan dan jika anda ke sini pada musim beri biru, anda boleh memetiknya tanpa sebarang bayaran.

Tiada bekalan elektrik atau bekalan paip air, tetapi setiap pondok mempunyai pendiangan dan tetamu perlu memotong kayu mereka sendiri. 

Gambar laman web Kolarbyn Eco Lodge
Gambar laman web Kolarbyn Eco Lodge

Katil mempunyai tilam ‘inflatable’ dan permaidani kulit biri-biri, sarapan disertakan dari April hingga November dan terdapat kemudahan sauna sepanjang tahun. 

Terdapat tandas kompos tetapi tidak ada pancuran mandi. Terdapat sungai berdekatan untuk anda membersihkan diri atau tasik untuk berenang. 

Tetamu boleh menyewa kanu atau menempah aktiviti seperti menjejak hidupan liar, di mana seorang pemandu mengetuai pencarian moose, memerang bahkan serigala. - Getaran, 26 Jun 2022

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 7 bulan yang lalu

6 Penginapan Pilihan Untuk Pulang Mengundi Sambil Bercuti

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lebih 500 Jemaah Haji Malaysia Masuki Makkah Esok

3

TARA 1 tahun yang lalu

Pemuda Perlis Realisasikan Penginapan Airbnb Menyerupai Buah Kelapa 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Awas! Elak Inap Di Penginapan Tak Berdaftar

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok