web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awas! Elak Inap Di Penginapan Tak Berdaftar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 7:44PM

kebanyakan tempat penginapan kediaman jangka pendek dikatakan tidak berdaftar dan dilesenkan. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun permintaan terhadap tempat penginapan kediaman jangka pendek (STRA) mendapat permintaan tinggi apabila tibanya musim percutian, risiko tinggi menanti apabila pengguna tidak menyedari bahaya yang mungkin menjelma.

Melahirkan kebimbangan, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi berkata, kebanyakan tempat penginapan STRA dikatakan tidak berdaftar dan dilesenkan.

Menurut beliau, walaupun program pemutihan pernah dijalankan untuk mendaftarkan premis terbabit beberapa tahun lalu, ramai pemilik STRA dilihat cuba lari daripada berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Kebudayaan (MOTAC).

"Ramai pelanggan tidak menyedari risiko bahaya yang bakal dihadapi seperti kecurian dan layanan buruk, malah ada juga kes mereka dilaporkan dihalau oleh pemilik STRA yang tidak berdaftar.

"Pelanggan juga tidak tahu ke mana hendak mengadu masalah mereka apabila berdepan situasi tidak diingini atau pengalaman buruk semasa menginap di STRA kerana kebanyakan premis seumpamanya ini tidak didaftar, walaupun ada antara mereka mempunyai lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Samsudin memberitahu, pihak PBT seharusnya bertindak tegas dan adil dalam mengeluarkan sebarang lesen perniagaan selain perlu lebih sensitif berkaitan akta pelancongan sedia ada.

Langkah itu jelasnya, penting dalam menghormati undang-undang di bawah bidang kuasa kementerian lain dan tidak seharusnya mereka bertindak sendiri mengeluarkan lesen perniagaan kepada STRA yang tidak berdaftar dengan MOTAC.

Menurutnya, pengusaha STRA sentiasa mempunyai pilihan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan MOTAC dan ini akan memberikan perlindungan kepada pengguna sekiranya ada perkara perlu diadukan, sekali gus membolehkan golongan itu menuntut keadilan.

"(Pelaksanaan) Pendaftaran STRA terlebih dahulu sebelum lesen perniagaan dikeluarkan juga akan memberikan persaingan yang sihat dan adil kepada semua pengusaha hotel, resort dan STRA berdaftar.

"Ini juga memberi pilihan yang selamat kepada pengguna serta melindungi mereka daripada sebarang perlakuan jenayah, layanan tidak adil atau penipuan perkhidmatan tidak wujud," katanya lagi.

Samsudin menegaskan, pihaknya berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat mengeluarkan satu garis panduan yang jelas kepada semua PBT agar mengambil serius isu STRA yang tidak berdaftar.

“Kementerian perlu menjadikan pendaftaran dengan MOTAC syarat wajib sebelum lesen perniagaan atau operasi dikeluarkan bagi melindungi kepentingan pengguna, sekali gus menjadikan industri pelancongan negara lebih adil, selamat dan diyakini oleh pelancong dalam serta luar negara” katanya. - Getaran, 19 Julai 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MOTAC Sasar Jualan RM28 Juta Untuk Pakej 'My Ramadan Experience 2024'

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pencalonan Anugerah Seni Negara Dibuka Mulai Hari Ini Sehingga 29 Februari - MOTAC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad