web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 12:38PM

Dr Ammar Abd Ghapar - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penurunan pangkat dalam sektor awam bukan perkara baharu, malah ia adalah lumrah jika individu yang dilantik gagal mencapai sasaran ditetapkan organisasi.

Atas faktor ini, ‘kes panas’ menyelubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak seharusnya dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menangguk di air keruh.

Bercakap kepada Getaran, sumber kementerian memberitahu, tindakan diambil ke atas mantan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berlatarkan faktor yang kukuh.

Menurut beliau, tindakan itu tidak dibuat secara semberono, jauh sekali berlandaskan tiket tertentu, khususnya perkauman seperti tanggapan pelbagai pihak ketika ini.

Before anything, awak kena tahu kenapa tindakan (penurunan pangkat) diambil ke atas Ammar. Ia bukan kerana menteri kita rasis, atau kerana beliau mahu membawa masuk ‘kem’ sendiri.

“Semua pihak dalam MOTAC tahu (bagaimana) prestasi Dr Ammar. Beliau tidak sepatutnya play victim," katanya.

Tiong King Sing - gambar BERNAMA
Tiong King Sing - gambar BERNAMA

Jelas sumber,  Datuk Seri Tiong King Sing selaku menteri sememangnya tegas dalam mengemudi MOTAC, semata-mata untuk memastikan kementerian berkenaan berjaya menepati tanda aras disasarkan, iaitu antara penyumbang utama kepada ekonomi negara.

 Tambah beliau, King Sing juga tidak gentar bersuara jika ada perkara yang dilihatnya tersasar dari landasan digariskan.

“Macam ada pihak persoalkan langkah MOTAC mahu menarik lebih ramai pelancong dari China. Mengapa tidak? Awak tahu berapa juta pelancong China datang ke Malaysia setiap tahun? 

“Kedatangan mereka bererti sumbangan kepada ekonomi negara. Memang kementerian menyedari ada loop hole yang perlu kita perbaiki termasuk dari aspek undang-undang. Itu yang Menteri dan pasukan di kementerian sedang cuba atasi,” katanya.

Sumber memberitahu, Ammar sebenarnya boleh dikenakan tindakan tatatertib apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

“Kenapa dia kata dia dipecat sedangkan jelas dan nyata dia cuma diturunkan pangkat? Kenapa perlu burukkan kementerian?

“Dr Ammar sendiri tahu kenapa tindakan ini diambil. Kami tak faham mengapa beliau ‘memadamkan’ fakta ini. Kenapa tidak beritahu sahaja yang prestasinya tidak memuaskan,” katanya, kesal.

King Sing sebelum ini dipetik sebagai berkata, tindakan menurunkan pangkat Ammar dibuat selepas beliau gagal menunjukkan prestasi memuaskan walaupun selepas setahun.

“Pelbagai nasihat berhubung prestasi kerja diberikan termasuklah oleh timbalan, Khairul Firdaus Akbar Khan. Ini bukan isu rasis atau soal pecat memecat. Saya bersama timbalan sudah banyak kali bagi peluang dan juga nasihat kepada Dr Ammar.

“Kita beri nasihat apakah yang perlu dilakukan secara terbaik bagi bantu menaikkan industri pelancongan negara kita. Tapi saya tidak tahu dia (Dr Ammar) tidak ada idea atau hendak buat bagaimana. Jika tidak boleh perform, saya tidak ada pilihan tetapi buat pertukaran. Bukan pecat tapi turun pangkat sahaja. Memang dari dulu, bila bekas KP sudah pençen nama Dr Ammar bukan di rank pertama pun,” katanya, seperti dilaporkan MalaysiaGazette.

Sumber menarik perhatian, Ammar bukan sekadar berdepan masalah prestasi, tetapi beliau juga mencetuskan pelbagai isu dengan Tourism Malaysia di peringkat negeri.

“Banyak aduan kami terima sebenarnya daripada Tourism Malaysia negeri tapi beliau masih diberi peluang.

“Untuk pihak di luar sana, cukuplah ambil kesempatan burukkan kementerian. Kami lebih tahu isu dan hal ehwal dalaman tempat sendiri berbanding awak semua,” katanya, keras.

Sekadar info, Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa bagi Rantau Asia dan Afrika, Manoharan Periasamy telah dilantik sebagai Ketua Pengarah baharu menggantikan Ammar.

Pelantikan beliau diumumkan menerusi Facebook Tourism Malaysia sebentar tadi. - Getaran, 27 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MOTAC Sasar Jualan RM28 Juta Untuk Pakej 'My Ramadan Experience 2024'

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pencalonan Anugerah Seni Negara Dibuka Mulai Hari Ini Sehingga 29 Februari - MOTAC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MOTAC Siasat Dakwaan Ada Kamera Tersembunyi Di Inap Desa Sabah - Menteri

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad