Berita Terkini

5 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sahut Cabaran Gelongsor Air Terpanjang Dunia

Sudahkah anda mencuba gelongsor air terpanjang di dunia di Taman Tema Escape, Teluk Bahang? Panjangnya 1.11 kilometer dan mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 5:56PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudahkah anda mencuba gelongsor air terpanjang di dunia di Taman Tema Escape, Teluk Bahang? Gelongsor yang dibuka kepada orang ramai pada 2019 ini menjanjikan pengalaman luar biasa yang cukup menyeronokkan. 

Dengan kepanjangan 1.11 kilometer, gelongsor yang menerima pengiktirafan daripada Guinness World Record (GWR) ini mengambil masa kira-kira empat minit untuk meluncur ke bawah. Bagi yang belum pernah mencubanya, debaran dan kegusaran pasti terasa. Maklumlah perjalanan ke titik permulaan sudah diwarnai dengan elemen mendebarkan. 

Pengunjung perlu menaiki lift ski untuk dibawa ke puncak bukit. Bagi yang fobia dengan ketinggian, pengalaman ini sudah pasti membuatkan jantung berdegup laju. Sebaliknya pula bagi mereka yang tidak kisah dengan ketinggian.

Laluan ini membolehkan anda menikmati kehijauan alam serta bunyian unggas yang mendamaikan. Pendek kata, perjalanan ke puncak bukit itu benar-benar unik, tidak boleh dialami di mana-mana taman tema lain di negara ini.

Kini keriangan berterusan di Taman Tema Escape. Sahut cabaran dengan meluncur di gelongsor terpanjang di dunia ini dan menangi hadiah menarik.

Baru-baru ini pengurusan taman ini, Sim Leisure Group (SLG), telah bekerjasama dengan Pepsi (Etika Sdn Bhd) menganjurkan Cabaran Escape Pepsi untuk pengunjung bersaing untuk masa meraih masa terpantas meluncur di tarikan bertaraf dunia itu.

Cabaran luar biasa itu telah dilancarkan di Escape Penang oleh Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin dan turut dihadiri oleh Pengasas dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sim Leisure, Sim Choo Kheng, yang memiliki dan mengendalikan taman tema jenama Escape dan Naib Presiden Kanan Jualan di Etika Sdn Bhd, Cedric Koh Ei Leon. 

Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimanakah format cabaran yang julung-julung kalinya diadakan ini bukan? Cabaran Escape Pepsi yang diadakan secara harian ini memerlukan pelumba bersaing untuk menjadi yang terpantas meluncur di gelongsor terpanjang di dunia itu. 

Masa yang diambil oleh setiap pelumba akan dipaparkan pada ‘leaderboard’ elektronik yang dipasang di penghujung gelongsor. Bagi mencipta suasana lebih menarik, kamera aksi dan penstriman secara langsung turut disediakan bagi membolehkan penyokong melihat dan sama-sama bersorak sebagai tanda sokongan. 

Pelumba atau pemenang dengan masa terpantas masing-masing akan membawa pulang empat tiket masuk ke Escape Penang dan empat tin minuman Pepsi Black . Malah, turut melayakkan diri untuk memenangi cabaran Pepsi Adrenaline Experience!

“Apabila kami mula mencipta Escape Penang, objektifnya bukanlah untuk memenangi rekod atau anugerah, walaupun semua ini adalah bonus terbaik.

“Walau bagaimanapun, apa yang sebenarnya ingin kami lakukan ialah mencipta pengalaman yang benar-benar berbeza menggunakan pendekatan 'rendah teknologi, keseronokan tinggi' di mana keseronokan diukur dalam 'senyuman setiap jam',”

“Hari ini, jenama Escape menjadi salah satu perintis pembangun taman tema yang dapat memenuhi permintaan pengguna yang mengidamkan pengalaman yang cukup berbeza. Konsep yang dibawakan oleh Escape berusaha untuk menghidupkan semula keseronokan kanak-kanak bermain di luar, sambil mempromosikan hubungan dengan alam semula jadi,” ujar Sim.

Selain Cabaran Escape Pepsi, kolaborasi itu juga akan menyaksikan kerjasama meluas di antara Escape dan Etika ke taman Escape lain di negara ini. Kolaborasi itu akan menyaksikan pemasangan mesin layan diri minuman di Escape Penang dan Escape Petaling Jaya, sebagai tambahan kepada inisiatif berjenama dan promosi bersama yang lain.

“Pandemik COVID-19 telah memaksa kita terperangkap di rumah, tidak dapat keluar bersama keluarga dan rakan-rakan dan menyebabkan kita terlepas peluang untuk mencipta detik-detik yang menyeronokkan. 

“Di Etika, kami sentiasa mencari cara baharu dan menarik untuk meraih pengalaman berharga yang tidak mungkin boleh dilupakan sampai bila-bila oleh kepada pelanggan kami,” ujar Yee Pek Kuan, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd pula.

Perkongsian antara ESCAPE dan Etika telah dipuji oleh Yeoh, yang menekankan kepentingan kerjasama sedemikian untuk memberikan yang terbaik kepada masyarakat.

"Saya benar-benar berbangga dengan jalinan kerjasama ini kerana apabila trend dan tingkah laku pengguna terus berubah, perniagaan dan organisasi perlu menyesuaikan diri dengan perubahan ini untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat," ujar beliau.

“Oleh itu, saya mengucapkan tahniah kepada pengurusan kedua-dua Kumpulan Sim Leisure dan Etika atas semangat keusahawanan dan inovatif mereka untuk manfaat dan keseronokan pengguna, yang semakin bijak.

“Malah, saya juga menggalakkan perniagaan dan organisasi lain di Pulau Pinang untuk menggunakan strategi inovasi dan kreativiti keusahawanan ini untuk sama-sama menjadikan bandar dan negeri ini sebagai destinasi pelancongan yang lebih rancak,” tambah beliau lagi.

Escape Penang adalah cetusan idea Sim, yang mengasaskan Sim Leisure Group. Hari ini ia dianggap sebagai salah satu syarikat pembangunan dan pengurusan taman tema terulung di dunia. 

Dengan tarikan dan permainan menarik yang dihoskan dalam persekitaran semula jadi, Escape Penang memperkenalkan semula permainan popular kanak-kanak dahulu dengan menyuntik elemen pemodenan dunia yang terlalu bergantung kepada gaya hidup elektronik.

Tahun lalu, Escape Penang memperkenalkan ‘Base Camp’, tapak perkhemahan seluas dua ekar, lengkap dengan kemudahan moden untuk pengalaman bermalam yang menyeronokkan. 

Membawa slogan ‘ call to the wild’ yang unik, pengunjung yang memiih untuk berkhemah di sini akan benar-benar ‘ditelan’ oleh dedaunan subur dalam suasana pulau tropika, tanpa perlu mengorbankan keselesaan. Ada kemudahan tandas, pancuran mandian, ruang BBQ, dan juga akses Wi-Fi. 

Jadi tunggu apa lagi. Rancanglah percutian penuh pengembaraan di Escape Penang dan bawa pulang hadiah menarik dengan menyertai Cabaran Escape Pepsi. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.escape.my  - Getaran, 20 Mac 2022

Gambar : Escape Penang

Isu Pada

Jiwa Bebas Fauzi Baadila

19 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 8 bulan yang lalu

Politik Negara Stabil, Berjaya Tarik Pelabur Asing - PM

2

Jelajah 9 bulan yang lalu

Galeri Haji Pulau Pinang Diiktiraf MBOR Sebagai Galeri Haji Pertama Malaysia

3

Sukan 10 bulan yang lalu

JDT Selesaikan Pusingan Pertama Liga Super 2023 Dengan Rekod Bersih

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Keunikan Malaysia Yang Membentuk Diri Saya Menjadi Sepertimana Hari Ini - Michelle Yeoh

Sorotan

1

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

2

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

3

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

4

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

5

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

6

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan