Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Galeri Haji Pulau Pinang Diiktiraf MBOR Sebagai Galeri Haji Pertama Malaysia

Galeri Haji Pulau Pinang yang merupakan inisiatif YIPP yang telah dibuka sejak tahun 2015, kini merupakan satu-satunya galeri haji seumpamanya di Malaysia.

Jelajah Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 8:27AM

Mohd Fitri Ibrahim bersama Chow Kon Yeow dan Christopher Wong Hong Wai - Gambar Facebook Penang Hajj Gallery

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Galeri Haji Pulau Pinang merupakan sebuah muzium yang mengetengahkan haji sebagai tema utama pameran menerima pengiktirafan "Malaysia Book of Records' (MBOR) sebagai galeri haji pertama di Malaysia.

Majlis penganugerahan sijil 'Malaysia Book of Records' itu telah diadakan di Galeri Haji Pulau Pinang di Lebuh Acheh, di sini disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR Christopher Wong Hong Wai kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Pulau Pinang(YIPP) Mohd Fitri Ibrahim dengan disaksikan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Mohd Fitri berkata Galeri Haji Pulau Pinang yang merupakan inisiatif YIPP yang telah dibuka sejak tahun 2015, kini merupakan satu-satunya galeri haji seumpamanya di Malaysia.

"Keunikan utama muzium ini terletak pada bangunannya iaitu No.87 Lebuh Acheh yang pernah digunakan sebagai pusat haji dan pejabat urusan jualan tiket kapal haji yang telah beroperasi dari tahun 1828 hingga tahun 1960-an.

"Selain itu, Galeri Haji Pulau Pinang terletak di dalam "core zone” Tapak Warisan Dunia, George Town malah lokasi Lebuh Acheh dikenali sebagai "Little Jeddah" pada masa tersebut kerana menjadi pusat berkumpul jemaah haji sebelum berlepas menaiki kapal haji di Pelabuhan Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Fitri berkata Galeri Haji Pulau Pinang itu mempunyai sekitar 40 koleksi barangan haji yang dipamerkan untuk tontonan masyarakat bagi mengetahui mengenai proses mengerjakan haji pada zaman dahulu yang mengguna kapal laut.

Katanya antara koleksi penting ialah buku "Chateten ka-Tanah Suci", poskod, syiling lama, tong sahara, kiswah dan koleksi gambar-gambar kapal haji yang telah membawa jemaah haji ke Tanah Suci Mekah.

"Galeri Haji Pulau Pinang yang dirasmikan oleh tokoh Islam bertaraf dunia iaitu Mufti Ismail Menk telah menerima 10,000 pelawat dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada kerabat diraja, duta negara asing serta pembesar negara," katanya.

"Pada tahun lepas, Galeri Haji Pulau Pinang telah menerima Anugerah Cemerlamg Warisan 100 tahun Pulau Pinang dari kerajaan negeri dan hari ini, menerima sijil pengiktirafan MBOR. Ini adalah antara penghormatan kepada Galeri Haji Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata YIPP mengucapkam terima kasih kepada kerajaan negeri yang sentiasa mengangkat dan membantu dalam memartabatkan serta sentiasa memberi sokongan terhadap pembangunan agama Islam di Pulau Pinang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Semasa 1 bulan yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Gaya 17 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN