Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 6:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Fall Out (HBO Go/ HBO Max)

The Fall Out merupakan filem drama Amerika yang diarah dan ditulis oleh Megan Park. Filem ini mengusung tema drama psikologi dan mengisahkan tentang seorang remaja bernama Vada Cavell (Jenna Ortega) yang mengalami trauma selepas kejadian penembakan di sekolahnya.

Pada saat kejadian, Vada sedang berada di tandas bersama rakannya, Mia Reed (Maddie Ziegler). Ketika mendengar bunyi tembakan, Vada dan Mia berlari dalam ketakutan untuk bersembunyi daripada penembak tersebut.

Meskipun Vada tidak melihat kejadian penembakan itu secara langung, namun efek insiden tersebut telah memberi kesan yang parah pada mentalnya.

Persembahan Jenna dalam melakonkan wataknya berjaya membuat penulis terkesima dan turut bersimpati dengannya.  Walaupun filem ini mengangkatkan isu yang berat, namun terdapat juga momen-momen manis dan lucu antara Vada dan adiknya dalam usaha memperbaiki dirinya. - Sara Mack Lubis

 

Mekah I’m Coming (Netflix)

Ini sebuah kisah menarik yang kini berada di Netflix iaitu Mekah I’m Coming mengenai ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima bagi seorang Muslim.

Filem Indonesia ini bagaimanapun memberikan sebuah kritikan apabila status seseorang dalam masyarakat dengan mudahnya akan dipandang lebih baik apabila seseorang itu berjaya menunaikan haji.

Seolah-olah ibadah haji adalah kayu aras seseorang itu diberikan layanan istimewa atau tidak. Tidak hairanlah ada yang sanggup berjudi asalkan duit itu dapat digunakan untuk pergi menunaikan haji. 

Menerusi filem lakonan Rizky Nazar dan Michelle Ziudith ini, mereka berperanan sebagai kekasih Eddy dan Ani namun percintaan mereka ditentang oleh bapa Ani.

Demi membuktikan cintanya, Eddy kemudian ingin menunaikan haji dan sebuah majlis diadakan oleh penduduk kampung untuk mengiringi Eddy.

Namun, apabila Eddy sampai ke bandar, rupa-rupanya dia telah ditipu oleh sebuah agensi haji. Dia terpaksa berlakon untuk memastikan hajatnya menikahi Ani akan tercapai. - Wafa Aula

 

 

'Bad Vegan: Fame. Fraud. Fugitives' (Netflix)

Jika anda rasa siri 'The Tinder Swindler' mengarut, tunggu dan saksikan sendiri 'Bad Vegan', sebuah dokumentari yang berkisar mengenai seorang pengusaha restoran terkemuka yang akhirnya menjadi buruan polis dan lari bersama kekasih yang mengikis kekayaannya.

Taktik dan seni putar alam yang dipaparkan menerusi 'The Tinder Swindler' mungkin berjaya mengelirukan tiga wanita yang ditipu lelaki sama di aplikasi janji temu, namun watak utama dalam 'Bad Vegan' ternyata di ranking yang tersendiri hingga sukar diterima akal waras.   

Mendapat sentuhan sutradara 'Tiger King' and 'Fire: The Greatest Party that Never Happened', Chris Smith, siri ini mendekati siapa sebenarnya Sarma Melngailis yang masyhur kerana keunikan restoran vegan dikenali sebagai Pure Food and Wine di New York.

Segalanya berubah sebaik bertemu dengan Shane Fox di Twitter pada 2011, kekasih yang mampu memenuhi segala impiannya.

Malah Melngailis percaya dia dan anjing kesayangannya akan hidup selama-lamanya dengan syarat setiap permintaan Fox dituruti tanpa sebarang persoalan.

Paparan dokumentari jenayah berdasarkan kisah benar yang semestinya tidak harus dilepaskan, hanya di Netflix. - Suzan Ahmad

 

Chandigarh Kare Aashiqui (Netflix)

Sejak kebelakangan ini, industri perfileman Bollywood sudah lebih terbuka dalam menghasilkan filem-filem yang lari daripada norma kebiasaan.

Filem cinta ibarat sudah sebati dengan Bollywood, tetapi filem berjudul Chandigarh Kare Aashiqui ini berlainan sama sekali dengan filem-filem cinta yang anda pernah tonton sebelum ini.

Filem ini mengisahkan tentang pemuda bernama Manu lakonan Ayushman Khuranna yang merupakan seorang pemilik gimnasium yang ingin menyertai pertandingan bina badan yang diberi nama G.O.A.T.

Namun gimnasiumnya kurang mendapat sambutan sehinggalah kedatangan Maanvi lakonan Vaani Kapoor ke gimnasium berkenaan sebagai jurulatih Zumba. Dalam diam Manu jatuh cinta dengan Maanvi.

Satu hari ketika perayaan Holi, Manu ingin mencium Maanvi, namun Maanvi cuba menghentikan perbuatan Manu dan ingin memberitahunya sesuatu tetapi Manu enggan mempedulikannya.

Mereka mula berasmara dan hubungan mereka menjadi semakin serius sehinggalah Manu melamar Maanvi untuk menjadi isterinya.

Pada hari itulah segala-galanya terbongkar apabila Maanvi membuat pengakuan bahawa dia bukanlah wanita asli tetapi merupakan seorang transgender.

Dapatkah Manu menerima kenyataan ini? Saksikan kesudahan filem ini di Netflix. - Helmi Anuar

 

‘Tahajjud, Waking Soul & Society’ - Yaqeen Institute (YouTube)

Jika anda beragama Islam, sempena Ramadan yang bakal tiba, apa kata kita mulakan tabiat baru, iaitu bangun awal untuk solat tahajud. 

Solat sunat ini sebaiknya dilakukan selepas tidur dan tentunya sebelum waktu Subuh. 

Siri ‘Tahajjud’ ini diterbitkan oleh Yaqeen Institute, Amerika Syarikat dan menampilkan Dr. Tamara Gray sebagai tenaga pengajar utama. 

Setiap episod panjangnya kurang daripada 10 minit dan merungkai topik-topik seperti kenapa perlunya solat tahajud, cara untuk solat tahajud dan cara untuk bangun awal untuk solat tahajud. 

Siri ini ringkas, cukup mudah untuk difahami dan padat dengan ilmu penting. Jika anda seperti penulis yang mahu mencuba memperbaiki sisi kerohanian Ramadan ini, siri ini mungkin boleh membantu. Selamat menonton dan selamat mencuba! - Ili Farhana - Getaran, 19 Mac 2022

Isu Pada

Jiwa Bebas Fauzi Baadila

19 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu