Berita Terkini

15 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 5:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘The Nevers’ (HBO Go)

Sebuah siri pendek sains fiksyen mengenai sekumpulan manusia di kota London pada awal kurun ke-19 yang mempunyai kuasa luar biasa secara tiba-tiba. 

Mereka tidak tahu bagaimana mereka tiba-tiba mempunyai kuasa tersebut namun ia ada kena-mengena dengan suatu fenomena aneh yang berlaku di langit kota London beberapa minggu sebelumnya. 

Lebih menarik, rata-rata yang mewarisi kuasa aneh ini terdiri daripada golongan wanita. Setiap episod merungkai asal-usul watak-watak utama yang terlibat. 

Boleh ditonton di HBO Go - Shah Shamshiri

 

Hacksaw Ridge (Netflix)

Sebuah filem yang berkisahkan seorang doktor tentera yang bernama Desmond Doss yang dipanggil untuk berperang tetapi memilih untuk berjuang tanpa menggunakan sebarang senjata api.

Ini disebabkan kepercayaannya terhadap Tuhan yang menyeru manusia untuk membantu antara satu sama lain. 

Pelbagai cabaran yang dilaluinya semasa di dalam kem. Doss telah dihantar untuk berjuang di sebuah kawasan dipanggil Hacksaw Ridge, di mana dia telah mengubati anggota-anggota yang cedera dan membantu membawa kejayaan menentang Jepun semasa Perang Dunia Kedua. 

Filem ini diinspirasikan oleh kisah sebenar dan ditayangkan pada 2016 dengan berkonsepkan filem biografi perang yang luar biasa.

Hacksaw Ridge diarahkan oleh Mel Gibson dengan merujuk dokumentari The Conscientious Objector pada 2004. Kini anda boleh menontonnya di platform Netflix. - Izwan Ramlan

 

‘Space Force’ (Netflix)

‘Space Force’ ialah sebuah drama komedi arahan Greg Daniels dan Steve Carell. Ia dibintangi oleh Steve Carell, John Malkovich, Ben Schwartz, Diana Silvers, Lisa Kudrow dan Tawny Newsome.

Ia berkisahkan tentang sekumpulan askar dan saintis yang dilantik sebagai United State Space Force yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pertahanan angkasa Amerika Syarikat.

Namun pasukan ini selalu diperlekehkan oleh lima cabang utama United State Armed Force dan sering menjadi bahan jenaka NASA (The National Aeronautics and Space Administration).

Dalam pada masa sama, China turut menubuhkan pasukan pertahanan angkasa mereka sendiri dan berniat secara licik untuk menakluki keseluruhan bulan.

Akhirnya, Space Force ditugaskan untuk membendung kemaraaan pasukan angkasa China ini. Apakah kesudahan perang angkasa raya antara China dengan US?

Sama-sama kita saksikan di Netflix! - Zaidi Che

 

A Madea Homecoming (Netflix)

Sebagai peminat Madea cinematic universe, telah lama saya nantikan filem ini di Netflix. 

Akhirnya selepas 11 francais filem Madea diterbitkan, Tyler Perry telah bersetuju menghasilkan A Madea Homecoming buat Netflix.

Kali terakhir filem francais Madea dihasilkan adalah menerusi Madea’s Family Funeral pada 2019 dan A Madea Homecoming sebenarnya adalah sekuel kepada filem ke-11 tersebut.

Apa yang menarik tentang Madea? Sebetulnya Madea adalah sebuah karakter yang dicipta oleh Tyler Perry, seorang wanita Afrika Amerika berusia yang bertubuh besar, lantang, tegas, mudah naik angin tetapi lucu pada masa yang sama.

Watak yang dicipta Tyler Perry ini dibuat berdasarkan gelagat ibu kandung dan ibu saudaranya sendiri.

Menerusi francais Madea, Tyler Perry menerbit, menulis skrip dan mengarah kesemua filem-filem ini termasuk melakonkan watak Madea itu beserta dengan Joe Simmon yang menjadi abang kepada Madea.

Filem-filem Madea banyak tertumpu kepada kisah hubungan dan masalah kekeluargaan yang tipikal di dalam sebuah keluarga Afrika Amerika yang sederhana. A Madea Homecoming tidak terkecuali.

Namun kali ini,Tyler Perry berkolaborasi dengan pelakon komedi daripada Irish, Brendan O’Carrol yang terkenal dengan watak Agnes Brown untuk mencetuskan kelainan di dalam filem ini.

Agak menarik juga apabila melihat bagaimana Perry dan O’Carrol menyatu untuk membawakan watak alter ego wanita mereka itu.

Dalam A Madea Homecoming ini kali ini, Madea meraikan kepulangan ahli-ahli keluarganya untuk meraikan graduasi cicitnya daripada kolej. Namun, banyak rahsia keluarga mereka yang akhirnya terbongkar? Saksikan filem ini. - Ellyna Ali

 

The Impossible (Netflix)

Filem yang tidak pernah jemu ditonton walaupun berkali-kali. Menemui penonton pada 2012, naskah yang diarahkan oleh J.A Bayona dan ditulis oleh Sergio G. Sánchez mengingatkan kita tentang hebatnya kuasa Tuhan. 

Jangan pernah terleka dengan kesenangan dan keseronokkan dunia, kerana jika Dia mahu menduga, mungkin tidak tertanggung nanti.

Selain itu, ia juga membuatkan kita sedar betapa bumi ini sudah terlalu ‘tua’ dan ‘sakit’. Buktinya cuaca dunia tidak lagi sama. Di sanasini ada sahaja bencana alam yang melanda.

Di Malaysia sahaja kita menyaksikan banjir besar, tanah runtuh dan ribut yang turut mengorbankan nyawa. Kerana itulah The Impossible layak ditonton pada waktu dan ketika ini kerana ia mampu membuka mata kita supaya sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.

Dibintangi oleh Naomi Watts, Ewan McGregor dan Tom Holland, The Impossible adalah kisah benar berdasarkan pengalaman María Belón dan keluarganya yang berhadapan dengan tsunami Lautan Hindi pada 2004. 

Saksikan sendiri bagaimana keluarga ini berjuang untuk hidup. Sesuai dengan tajuknya, banyak perkara mustahil yang berlaku. Daripada terpisah entah ke mana, keluarga ini akhirnya bersatu.

Kerana apa? Kerana mereka tidak mudah berputus asa, mereka berlapang dada membantu mereka yang memerlukan dan mereka juga yakin pasti ada jalannya jika sabar menghadapi dugaan. 

Mengikuti filem ini daripada mula hingga ke akhir, mana mungkin air mata tidak jatuh ke pipi. Banyak adegan yang meruntun jiwa. Jadi sediakan sekotak tisu di sebelah anda! - Rahayu MN

Isu Pada

NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

12 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 2 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ahli Parlimen Dilarang Buat Penstriman Langsung Di Parlimen

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis