Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Perangi Prejudis Anda: Bagaimana Membezakan Endometriosis Dan PCOS?

Kedatangan haid yang lewat, menyakitkan serta secara tidak menentu boleh menjadi petanda bahawa sesuatu yang lebih serius sedang berlaku di dalam tubuh badan anda.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 1:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kedatangan haid yang lewat, menyakitkan serta secara tidak menentu boleh menjadi petanda bahawa sesuatu yang lebih serius sedang berlaku di dalam tubuh badan anda. 

Walaupun petanda seperti ini adalah simptom utama bagi penyakit ginekologi seperti endometriosis dan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), sebenarnya masih ramai yang tidak dapat membezakan kedua-dua penyakit ini.

Simptom yang sama menimbulkan kerisauan dalam kalangan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan.

Bersempena dengan ‘Bulan Kesedaran Endometriosis’ pada Mac ini, pakar Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) berkongsi pandangan mereka tentang perkara yang dapat membezakan endometriosis dan PCOS serta pilihan rawatan dan langkah seterusnya untuk membolehkan pesakit mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik.

 

Haid yang tidak menentu vs haid yang menyakitkan

Dr. Farah Leong Rahman, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan berkongsi bahawa kedua-dua penyakit ini amat berbeza sekali di mana PCOS berlaku disebabkan tahap hormon abnormal di dalam tubuh serta tahap insulin yang tinggi. 

“Antara simptom umum bagi PCOS adalah haid yang jarang berlaku dan tidak menentu, kenaikan berat badan, muka berminyak, pertumbuhan rambut di tempat yang tidak diingini atau masalah jerawat yang disebabkan oleh peningkatan penghasilan hormon lelaki."

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Endometriosis pula adalah sejenis penyakit di mana tisu-tisu yang melapisi rahim mula tumbuh di tempat lain seperti pada ovari, rahim, tiub fallopio, usus atau jarang sekali berlaku, di paru-paru. 

"Simptom yang dialami oleh setiap wanita mungkin berbeza, tetapi mereka boleh mengalami haid yang menyakitkan, sakit semasa atau selepas melakukan hubungan seks atau sakit yang berterusan di bahagian bawah perut atau belakang."

 

Siapa yang berisiko untuk mendapat endometriosis dan PCOS?

Endometriosis lebih kerap berlaku dan telah menjejaskan satu daripada 10 wanita di seluruh dunia. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Dr. Ashley Chung Soo Bee menjelaskan bahawa wanita selalunya berisiko tinggi untuk mendapat endometriosis ketika berada di fasa usia reproduktif mereka. 

Sebuah kajian perubatan di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa genetik memainkan faktor utama untuk seorang wanita menghidapi PCOS. 25% hingga 30% wanita dengan PCOS mempunyai ibu atau adik-beradik lain yang turut menghidapi PCOS juga. 

“Ahli keluarga kepada wanita yang menghidapi PCOS mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami keabnormalan metabolik yang sama,” terang beliau. 

Dalam sesetengah keadaan, pesakit boleh mengalami kedua-dua penyakit ginekologi ini pada masa yang sama. Justeru, para pesakit perlu mendapatkan nasihat dan bantuan perubatan sewajarnya supaya mereka boleh mendapat rawatan yang lebih tepat berkaitan endometriosis dan PCOS.

 

Peluang untuk hamil

Wanita yang menghidapi PCOS atau endometriosis berpeluang untuk hamil secara semula jadi tetapi ada juga sebilangan pesakit yang memerlukan bantuan perubatan. 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

“Bagi wanita dengan PCOS yang mengalami haid yang tidak teratur atau haid yang jarang berlaku, terdapat kekurangan ovulasi (pelepasan telur dari ovari) yang menyebabkan kesukaran untuk mengenal pasti tempoh subur mereka.”

“Bagi wanita dengan endometriosis, mereka mungkin mempunyai anatomi pelvis yang terbalik, parut tisu di sekeliling ovari dan tiub fallopio lalu menjadikan persekitaran tersebut kurang kondusif untuk kehamilan,” jelas Dr Farah.

 

Kesan jangka panjang 

Dengan sista (cysts) endometriosis yang ditemui di dalam atau pada tiub fallopio, usus, di belakang atau di sekitar rahim, serta di kawasan antara faraj dan rektum, pendarahan yang berlaku kesan daripada penyakit ini boleh menyebabkan kesakitan, keradangan, parut dan kemungkinan untuk mengalami kerosakan organ.

“Sila dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan jika anda mengalami haid yang menyakitkan, kerap berasa sakit sebelum, ketika, atau selepas haid, berasa sakit atau tidak selesa semasa melakukan hubungan seks, sakit yang berkaitan dengan pergerakan usus dan pundi kencing atau mengalami kesukaran untuk hamil kerana anda mungkin menghidapi endometriosis,” kata Dr. Ashley.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa PCOS mungkin dialami secara berbeza-beza bagi setiap wanita, dengan sesetengahnya mengalami gejala yang lebih ringan manakala yang lain mengalami gejala yang lebih teruk. 

“Sebaik sahaja anda mendapat diagnosis PCOS, anda akan berisiko lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan jangka panjang yang lain seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, kemurungan dan isu psikologi serta kanser rahim.

“Sekiranya anda tidak datang haid selama lebih empat bulan, anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar sakit puan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.”

 

Rawatan dan langkah seterusnya

Dr Farah berkongsi bahawa penawar kekal untuk endometriosis dan PCOS masih lagi belum dijumpai sehingga kini, namun terdapat kaedah perubatan yang boleh mengurangkan simptom yang dialami pesakit. 

“Rawatan utama bagi wanita yang menghidapi PCOS adalah perubahan gaya hidup seperti mengekalkan berat badan optimal, mengamalkan corak pemakanan yang sihat dan seimbang serta melakukan senaman dengan kerap.

“Bagi wanita dengan endometriosis, pengurusan dan cara rawatan penyakit ini bergantung pada tahap keseriusan simptom dan jika ianya menganggu kualiti kehidupan seharian pesakit.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

“Satu lagi perkara penting untuk dipertimbangkan adalah sama ada seseorang pesakit itu merancang untuk hamil atau tidak. Pembedahan akan dilakukan apabila rawatan perubatan gagal atau sekiranya simptom penyakit tidak dapat dikurangkan dengan pengambilan ubat-ubatan."

Dr. Farah dan Dr. Ashley menasihatkan bahawa tindakan yang ideal untuk menangani kedua penyakit ini adalah dengan cara mendapatkan nasihat daripada doktor pakar yang boleh menjalankan ujian dan pemeriksaan lanjut untuk memastikan pesakit mendapat diagnosis yang tepat. 

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Farah Leong Rahman dan Dr. Ashley Chung Soo Bee
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Farah Leong Rahman dan Dr. Ashley Chung Soo Bee

Melalui ujian seperti imbasan ultra bunyi pelvis atau ujian hormon untuk memeriksa status hormon pesakit dan tahap kesediaan ovari, pesakit kemudian boleh mendapatkan rawatan yang sesuai dengan mereka dan seterusnya dapat meneruskan kehidupan seharian dengan lebih baik bersama kedua penyakit ini. 

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pusat Perubatan Sunway Velocity di talian 03 9772 9191 atau emel ke [email protected]. Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Perubatan Sunway Velocity, sila lawati www.sunmedvelocity.com.my. Selain itu, anda juga boleh ikuti mereka di Facebook - Sunway Medical Velocity.

Gambar : Sunway Medical Centre Velocity


 

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Suplemen Vegan Rumusan Pakar Untuk Wanita Moden Asia  

2

Kolum 2 tahun yang lalu

Ketahui Jenis Makanan Yang Dikaitkan Dengan Penghasilan Hormon Semulajadi

3

Selera 2 tahun yang lalu

Benarkah Soya Buat Lelaki Jadi Lembut? Wanita Dapat Kanser Payudara?

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan