Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suplemen Vegan Rumusan Pakar Untuk Wanita Moden Asia  

Suplemen yang dirumus pakar Moom ini adalah vegan, semula jadi sepenuhnya, diperakui Halal dan bebas GMO, ia direka khusus bagi memenuhi dan menangani keperluan individu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 6:00PM

Selain mementingkan penampilan luaran, wanita juga perlu mengambil berat tentang kesihatan dalaman. - Gambar oleh Moom Health

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai seorang wanita, selain mementingkan penampilan luaran, anda juga perlu mengambil berat tentang kesihatan dalaman. Jika dihitung, bukan sedikit sebenarnya masalah kesihatan tubuh badan yang terkait dengan wanita. 

Antaranya kekejangan otot kerana datang bulan, ketidakseimbangan hormon, penyakit radang pelvis (PID), Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), dan yang paling menggerunkan ialah kanser rahim dan kanser payudara.

Menyedari hakikatnya ini, ramai kaum wanita tidak culas dalam menjaga kesihatan tubuh badan, terutamanya yang melibatkan organ pembiakan dalaman. Bagi yang telah didiagnos dengan masalah kesihatan tertentu, mencari ubatan atau penawar sudah pasti menjadi keutamaan. 

Mili dan Maya Kale - Gambar oleh Moom Health
Mili dan Maya Kale - Gambar oleh Moom Health

Mendapatkan rawatan perubatan moden bukanlah satu isu, namun ada di antara wanita yang mahukan alternatif bagi mengurangkan kesan sampingan kepada tubuh badan. Atas dasar inilah, dua usahawan adik-beradik, Mili dan Maya Kale mengasaskan Moom Health pada 2021 bagi mengisi kelompangan dalam pasaran ubat-ubatan semula jadi dan holistik. 

Kekecewaan akibat daripada ketiadaan pilihan dalam menyelesaikan masalah perubatan yang dihadapi mereka menjadi motivasi atau pendorong utama mereka mewujudkan Moom Health. 

Mengimbas ‘pengembaraan’ mereka, pada usia 15 tahun, Maya telah didiagnosis dengan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) dan bergelut selama bertahun-tahun bagi mencari cara untuk merawat gejala selain daripada kerap menggunakan pil perancang kelahiran. 

Mili pula sering mengalami masalah jerawat akibat ketidakseimbangan hormon pada usia 28 tahun dan telah diberikan rawatan retinoid yang menyebabkan beberapa kesan sampingan yang teruk.

Gambar ihsan Moom Health
Gambar ihsan Moom Health

Kedua-dua adik-beradik itu sebenarnya sudah lama mengetahui tentang kaedah rawatan tradisional, maka selepas bertahun-tahun menghidap kesan sampingan yang tidak diingini daripada ubat-ubatan moden, mereka akhirnya memutuskan untuk mengumpulkan satu pasukan pakar bagi menghasilkan penyelesaian kesihatan semula jadi. 

Bahan semula jadi,  telah diuji, dipatenkan dan organik 

Pasukan penasihat yang menerajui proses formulasi, pengesyoran dan kandungan pendidikan itu terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang kesihatan dan perubatan, terutamanya kesihatan wanita. 

Ianya membolehkan Moom menghasilkan produk yang disokong dan dirumus oleh pakar bagi menangani sesuatu masalah itu pada terasnya dengan menggunakan bahan semula jadi, yang telah diuji oleh pihak ketiga, dipatenkan dan organik. 

Moom telah memperkenalkan dua rangkaian suplemen fungsian yang benar-benar berkesan iaitu de/bloat dan sleep/well. - Gambar ihsan Moom Health 
Moom telah memperkenalkan dua rangkaian suplemen fungsian yang benar-benar berkesan iaitu de/bloat dan sleep/well. - Gambar ihsan Moom Health 

Selepas menjalani proses penyelidikan dan percubaan selama berbulan-bulan lamanya, Moom telah memperkenalkan dua rangkaian suplemen fungsian yang benar-benar berkesan iaitu de/bloat dan sleep/well. 

Mengandungi tujuh herba dan dua enzim penghadaman berasaskan buah, de/bloat berfungsi untuk melegakan masalah kembung perut, ketidakselesaan penghadaman, dan ketakcernaan di bawah 60 minit – menyasarkan bakteria usus dan memfokuskan kepada melegakan saluran penghadaman secara semula jadi. 

Sleep/well mengandungi herba, asid amino, dan melatonin dos rendah yang 100 peratus semula jadi -ia membantu wanita tidur lebih nyenyak, bangun dengan lebih segar, dan menggalakkan tubuh menghasilkan lebih banyak melatonin secara semula jadi untuk pengawalan kitaran tidur yang lebih baik. 

Namun rangkaian suplemen fungsian Moom itu hanyalah permulaan. Selain daripada rangkaian suplemen fungsian, untuk kegunaan setiap hari, Moom Health turut mencipta sebuah kuiz yang disokong oleh pakar bagi menentukan pelan suplemen yang sesuai untuk memenuhi matlamat dan keperluan kesihatan peribadi setiap individu. 

Gambar ihsan Moom Health
Gambar ihsan Moom Health

“Menyokong keperluan tubuh badan kita secara holistik, sepatutnya menjadi salah satu rutin harian setiap orang, tetapi malangnya pilihan semulajadi yang ada di dalam pasaran untuk wanita menjaga tubuh mereka adalah terhad. Ianya sangat terhad hingga selalunya amat menghampakan untuk mencari ubat-ubatan semula jadi  yang benar-benar berkesan,” ujar Pengasas Bersama Moom, Mili Kale. 

“Semasa saya mencari kaedah semula jadi bagi merawat gejala PCOS yang saya hadapi, saya hanya menemui banyak jalan buntu. Tiada satu tempat di mana saya boleh pergi untuk mendapatkan suplemen semula jadi yang telah melalui proses penyelidikan yang teliti dan tidak mengandungi bahan kimia tambahan.”

“Oleh itu, kami memutuskan untuk mencipta jenama kesihatan baharu iaitu suatu jenama yang menggunakan bahan-bahan terbaik, formulasi yang disokong oleh pakar, mudah didapati dan didatangkan dalam bungkusan mesra alam untuk wanita moden Asia,” tambah Pengasas Bersama Moom, Maya Kale pula.

Memandangkan mereka mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan dan pemasaran, kedua-dua adik-beradik itu mengetahui bahawa mereka inginkan produk mereka dibangunkan dan dimaklumkan oleh pakar dalam pelbagai bidang. 

Gambar ihsan Moom Health
Gambar ihsan Moom Health

Disebabkan itulah mereka telah berganding bahu dengan sebuah panel pakar kesihatan wanita yang terdiri daripada pakar Naturopati, Pemakanan, Dermatologi, Ginekologi, Kesihatan Seksual, dan Perubatan Tradisional, serta pasukan R&D bagi merumuskan dan mengatur produk, logik pengesyoran kuiz, dan kandungan pendidikan yang menyeronokkan dan berinformasi yang dipaparkan oleh jenama itu di dalam profil Instagramnya. 

Buat masa ini, untuk pasaran Malaysia, produk Moom Health hanya boleh didapati secara dalam talian di www.moom.health. Usaha untuk menjual produk berkenaan di lokasi fizikal di seluruh Malaysia sedang dilakukan dan akan dilaksanakan dalam waktu terdekat. - Getaran, 14 Januari 2023

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Perangi Prejudis Anda: Bagaimana Membezakan Endometriosis Dan PCOS?

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi