Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Ketahui Jenis Makanan Yang Dikaitkan Dengan Penghasilan Hormon Semulajadi

Kami kongsikan jenis makanan yang dikaitkan dengan penghasilan hormon-hormon dalam badan anda secara semulajadi, yang akan membuatkan anda rasa lebih gembira.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 12:14PM

Gambar Jimmy Dean Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan lagi, antara isu yang semakin menjadi satu kerisauan adalah kesihatan mental rakyat Malayisa. Keadaan di mana ramai yang rasa 'terpenjara' di rumah ditambah pula dengan ketidakpastian situasi yang akan datang kerana COVID-19 telah membuatkan ramai terganggu dan tertekan.

Pelbagai pakar telah tampil untuk memberikan nasihat untuk terus menapis maklumat yang disebarkan, mengekalkan rutin harian, mengamalkan gaya hidup yang sihat dan memperkukuhkan hubungan sosial dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui kemudahan teknologi yang membolehkan pergaulan walaupun berjauhan. 

Komponen utama dalam pengamalan gaya hidup yang sihat termasuklah pemakanan kita. Dengan lebihan masa di tangan kita sekarang ini, marilah kita menumpukan lebih perhatian kepada cara kita makan.

Percayalah, makanan kita memainkan peranan yang besar dalam menentukan mood kita. Contoh yang paling senang adalah sekiranya anda makan sepinggan nasi yang besar di masa tengah hari, anda mungkin akan rasa mengantuk.

Ini adalah kerana badan kita kuat bekerja untuk membakar kalori lebihan yang mungkin tidak digunakan dan juga tindak balas kimia di dalam badan kita hasil daripada proses penghadaman hidangan sampingan yang dijamah bersama nasi tersebut yang mungkin mengandungi banyak bahan diproses dan kurang sihat. 

Sebaliknya, sekiranya anda makan mengikut saranan porsi dan jenis makanan sihat yang disarankan Kementerian Kesihatan kita sendiri, anda pasti akan rasa lebih bertenaga, ‘ringan’ dan ini sekaligus akan mempengaruhi mood anda. Terdapat pelbagai jenis makanan juga yang dikaitkan dengan penghasilan hormon-hormon dalam badan anda secara semulajadi yang akan membuatkan anda rasa lebih gembira. Di bawah, saya senaraikan beberapa.

Ikan yang berlemak

Gambar Gregor Moser, Unsplash
Gambar Gregor Moser, Unsplash

Yang dimaksudkan di sini bukanlah ikan yang digoreng dengan minyak yang banyak atau dimasak lemak, tetapi ikan yang mempunyai lemak atau asid lemak semulajadi yang dikaitkan dengan fungsi kognitif dan juga kesihatan mental. Asid lemak seperti Omega 3 yang mempunyai sebatian yang membantu fungsi penghantar neuron, mengurangkan inflamasi dan mengalakkan kesihatan otak.

Walaupun benar ikan seperti ikan salmon dan trout sememangnya kaya dengan Omega 3, namun ia lebih mahal di negara kita dan mungkin tidak ramai yang berkebolehan untuk mendapatkannya.

Jangan risau, alternatif lain seperti kembung dan juga sardin yang jauh lebih mesra dompet juga dapat menjadi sumber Omega 3 yang baik. Tak sia-sia lah buat laksa johor atau assam laksa yang kuahnya kaya dengan isi ikan sardin!

Telur

Gambar Hello Im Nik, Unpslash
Gambar Hello Im Nik, Unpslash

Terdapat pelbagai kajian dan laporan yang telah diterbitkan dalam  'Journal of Affective Disorders' yang telah mengaitkan kekurangan vitamin D dengan kemurungan. 

Selain daripada menjadi sumber protein yang kaya dengan pelbagai asid amino yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh badan, telur juga adalah sumber vitamin D yang baik.

Selain daripada itu, telur juga mengandungi satu asid amino yang dinamakan tryptophan yang membantu penjanaan serotonin. Serotonin, merupakan sejenis bahan kimia penghantar neuron yang mempengaruhi mood, tidur, memori dan tingkah laku kita. 

Serotonin juga dikatakan dapat membantu fungsi kognitif dan juga mengurangkan kegelisahan.

Daripada aysik digoreng sahaja dengan minyak, apa kata pelbagaikan kegunaan telur dalam menu anda seperti membuat membuat sambal telur ataupun semudah telur dadar untuk sarapan.

Kunyit

Gambar Prachi Palwe, Unsplash
Gambar Prachi Palwe, Unsplash

Ya! Kunyit juga dapat membantu kegelisahan dan juga kemurungan kerana ia dapat mengurangkan inflamasi dan juga stress yang dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah mood.

Kajian juga mendapati bahawa kunyit juga boleh meningkatkan sesetengah asid lemak dalam badan kita yang dikaitkan dengan fungsi dan kesihatan mental. Selain daripada kari dan penggunaan dalam pelbagai jenis hidangan Malaysia lain sama ada dalam bentuk segar atau serbuk, apa kata cuba cara mudah seperti menambahkan satu sudu kecil serbuk kunyit dalam beras yang hendak ditanak itu atau membuat teh dengan sedikit hirisan kunyit.

Selain daripada tiga makanan ini, sememangnya terdapat pelbagai lagi jenis makanan semula jadi yang dapat menaikkan semangat dan mood kita. Namun, haruslah diingati bahawa ia juga perlu disertakan dengan senaman dan juga komponen gaya hidup yang sihat lain untuk kesan yang lebih menyeluruh. Salah satu cara untuk elakkan kemurungan yang juga datangnya daripada kebosanan, ambil lah peluang PKP ini untuk mencuba pelbagai resipi untuk keluarga yang tersayang! - Getaran, 15 Jun 2021.


 

Sumber:

MediLexicon International. (n.d.). 9 foods that help reduce anxiety. Medical News Today. https://www.medicalnewstoday.com/articles/322652#nine-foods-to-eat-to-help-reduce-anxiety.

Fernandes, M. F., Mutch, D. M., & Leri, F. (2017). The Relationship between Fatty Acids and Different Depression-Related Brain Regions, and Their Potential Role as Biomarkers of Response to Antidepressants. Nutrients, 9(3), 298. https://doi.org/10.3390/nu9030298

Spedding S. Vitamin D and depression: a systematic review and meta-analysis comparing studies with and without biological flaws. Nutrients. 2014 Apr 11;6(4):1501-18. doi: 10.3390/nu6041501. PMID: 24732019; PMCID: PMC4011048.

Curcumin boosts DHA in the brain: Implications for the prevention of anxiety disorders.

Biochimica et Biophysica Acta (BBA) - Molecular Basis of Disease, Volume 1852, Issue 5, 2015,

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Besar Betul Ikan Tu...

3

Semasa 4 bulan yang lalu

M'sia - Vietnam Setuju Tingkat Kerjasama Tangani Penangkapan Ikan Secara Haram

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok