web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Benarkah Soya Buat Lelaki Jadi Lembut? Wanita Dapat Kanser Payudara?

Membongkar mitos-mitos soya bersama Prof. Madya Dr. Hasnah Haron, Pakar Pemakanan dan Nutrisi dari Persatuan Nutrisi Malaysia.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 8:44AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa di sini penggemar soya? Sama seperti kami, bahan-bahan yang berasaskan soya memang sudah menjadi pilihan kita, rakyat Malaysia. Siapalah yang tidak menggemari secawan air soya panas atau tempe goreng panas yang boleh dimakan bersahaja bersama nasi, bukan?

Malangnya, walaupun soya sudah menjadi salah satu makanan ruji di rantau ini sejak berabad lamanya, ia sering menjadi sasaran mitos-mitos tidak berasas yang boleh menghindari orang-orang kita dari memakan atau meminumnya.

Justeru, kami mendapatkan pandangan Profesor Madya Dr. Hasnah Haron, seorang pakar pemakanan dan nutrisi dari Persatuan Nutrisi Malaysia untuk mengetahui lanjut tentang soya dan membongkar beberapa mitos dan kebenaran di sebaliknya, seperti di bawah:

Mitos 1: Semua produk soya diperbuat daripada organisme ubah suai secara genetik (genetically-modified organisms) atau bukan kandungan soya yang sebenar

Jawapan: 

Bukan semua produk soya diperbuat dengan cara begini. Tauhu, tempe dan susu soya yang tidak berasaskan kaedah ini juga boleh didapati di pasaran.

Andai kata produk tersebut berasaskan kaedah ini pun, tiada bukti jelas yang memperlihatkan dengan memakannya akan memberi kesan buruk dari segi kesihatan. 

Mitos 2: Risiko kanser payudara dalam kalangan wanita meningkat jika memakan soya

Jawapan:

Mitos ini datang daripada kepercayaan isoflavon (estrogen tumbuhan) yang terdapat di dalam soya boleh meningkatkan risiko barah. Kajian menunjukkan ia tidak mendatangkan sebarang kesan berbahaya kepada tisu payudara. (Khan, 2012, Shike, 2014, Hooper, 2010)

Sebaliknya, pengambilan soya yang tinggi sebenarnya mungkin boleh menurunkan risiko kanser payudara. Satu kajian ke atas 300,000 wanita di China mendapati pengambilan soya yang tinggi mungkin dapat memberi manfaat yang cukup besar bagi mencegah kanser payudara. (Wei, 2020)

Mitos 3: Fitoestrogen soya menghalang fungsi tiroid

Jawapan: 

Pelbagai kajian dan tinjauan, menunjukkan sebenarnya kedua-dua makanan berasaskan soya atau isoflavon tidak memberikan kesan buruk pada fungsi tiroid untuk lelaki atau perempuan yang memiliki kelenjar tiroid normal. (Messina & Redmond, 2006, Ryan-Borchers, 2008)

Badan Keselamatan Makanan Eropah juga menyimpulkan isoflavon tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada fungsi payudara, tiroid mahupun rahim bagi wanita di peringkat menopaus. 

Mitos 4: Soya menyebabkan lelaki bersifat feminin

Jawapan:

Usah khuatir, ini hanyalah andaian liar yang tidak munasabah. Soya mengandungi fitonutrien yang dipanggil isoflavon soya.

Kajian meluas yang dijalankan telah menunjukkan pengambilan protein soya atau isoflavon tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap tahap hormon pembiakan dalam tubuh lelaki (Hamilton-Reeves, 2010).

Demikian, terjawablah beberapa mitos berkaitan soya yang sering disalah sebar oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Pelbagai kajian berwibawa dari serata dunia sudah pun dijalankan tentang kebaikan soya. Hakikatnya, soya telah menjadi sebahagian daripada diet pemakanan kita sejak dahulu lagi dan terbukti selamat untuk dimakan atau diminum. – Getaran, 14 Jun 2021. 

Semua gambar: Polina Tankilevitch, Pexels

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

3

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

4

TARA 2 tahun yang lalu

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek