Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 5:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Young Wallander’ (Netflix)

Kisah bersiri yang bersiaran di penstriman Netflix ini adalah adaptasi daripada fiksyen Inspektor Kurt Wallander, tulisan Henning Mankell. Jika anda peminat kisah-kisah penyiasatan dan jenayah, drama ini mesti anda tonton. 

Namun, perlu diingatkan perjalanan cerita ini agak perlahan, tetapi kekacauan yang berlaku pada episod satu, musim pertama berjaya mengheret penonton untuk terus mengikuti.

Pada episod perdana ini, penonton diperkenalkan dengan watak utama, Wallander (Adam Pålsson), seorang anggota polis yang tinggal di projek perumahan awam. Dia merahsiakan identitinya sebagai seorang polis, terutamanya kerana kebanyakan penduduk pendatang di sana sangat tidak mempercayai polis. 

Suatu malam, Wallander dan seluruh kompleks dikejutkan oleh penggera kebakaran. Selepas dia memadamkan api, dia melihat orang ramai berkumpul di pekarangan komplek perumahan. 

Seorang lelaki muda dilihat telah diikat pada sebuah pagar. Untuk meleraikan kekecohan, Wallander terpaksa mendedahkan identitinya. 

Ketika ramai yang merakam kejadian tersebut, tiba-tiba seseorang meluru ke depan dan mencabut pita pelekat di mulut lelaki yang telah diikat. 

Kelihatan bom tangan berada di dalam mulut. Wallander dengan segera meminta orang ramai berundur tetapi tidak dapat dapat berbuat apa-apa. Bom tangan meletup dan bermulalah penyiasatan kes yang penuh tanda tanya. - Rahayu MN

 

‘Inventing Anna’ (Netflix)

Sebelum ini anda telah pun mengetahui tentang kisah lelaki kasanova yang menjadikan wanita sebagai mangsa untuk mendapatkan wang secara mudah menerusi ‘Tinder Swindler’.

Jika anda berasakan Simon Leviev atau Simon Hayut cukup hebat dengan modus operandi penipuannya, sila tonton drama mini, ‘Inventing Anna’ di Netflix kerana ia mengisahkan tentang penipuan licik Anna Sorokin yang menukar namanya kepada Anna Delvey untuk berlagak menjadi anak pewaris harta dari Jerman.

Walhal Anna Sorokin sebenarnya berasal dari Rusia dan merupakan anak kepada seorang pemandu trak dan ibunya membuka perniagaan kedai serba guna yang kecil dan mereka sekeluarga kemudian berpindah ke Jerman.

Dengan menjual namanya sebagai anak pewaris harta yang mempunyai jutaan wang yang tersimpan di bank Switzerland serta sentiasa menyarungkan pakaian berjenama mewah, Anna Delvey berjaya menipu golongan sosialit, rakan-rakannya yang kaya-raya, perusahaan hotel, bank serta peguam.

Bahkan dia turut mencetuskan idea untuk mewujudkan ‘Anna Delvey Foundation’ iaitu sebuah kelab ahli persendirian mewah dan yayasan seni di sebuah bangunan bersejarah di Manhattan iaitu Church Mission House.

Dia mencari pelabur-pelabur kaya yang berpotensi untuk melabur dalam projek tersebut. Untuk mendapatkan wang bagi memulakan projek tersebut, dia terpaksa melakukan penipuan terhadap City National Bank and Fortress Investment Group.

Banyak lagi penipuan yang dilakukan Sorokin sehingga dia kemudian ditangkap. Nama Sorokin menjadi tumpuan dunia kerana ramai cuba memikirkan bagaimana golongan kaya dan profesional boleh terpedaya dengan cara dan penipuannya sedangkan usianya tidak pun sampai 30 tahun. - Ellyna Ali

 

Green Book (Netflix)

Sebuah filem yang berkisahkan tentang seorang pemandu dan pengawal peribadi, Tony 'Lip' Vallelonga yang dibayar untuk membawa seorang pemain piano profesional berkulit hitam Donald Shirley yang juga merupakan seorang bangsawan untuk membuat persembahan di merata tempat. 

Filem yang diinspirasikan daripada kisah sebenar ini ditayangkan pada 2018. Si pemandu mahu cuba ikut cara hidup si pemuzik bangsawan, tetapi pada masa sama mempunyai pendirian dan gaya hidup tersendiri.

Apa yang penting tugasnya ialah untuk memandu dan memastikan Donald Shiely sampai ke destinasi dengan selamat. Pelbagai perkara yang dibincangkan dan berlaku menyebabkan keakraban antara mereka berdua menjadi erat.

Mereka mula belajar dan berkongsi cara hidup masing-masing serta memperlihatkan tiada jurang antara individu berkulit putih dan hitam.

Filem ini diarahkan oleh Peter Farrelly dan berjaya dicalonkan dalam lima kategori serta memenangi tiga daripadanya dalam anugerah Oscar. Anda boleh menontonnya menerusi rangkaian Netflix. - Izwan Ramlan

 

'Dear Future Grandkids' (YouTube)

Ini merupakan siri yang memaparkan ramai orang terkenal dari sekitar Asia yang ingin meninggalkan pesan berharga serta kenangan buat generasi yang akan datang, khasnya bakal cucu-cucu mereka. 

Setiap episod, semua tamu perlu menjawab apa yang akan mereka katakan pada bakal cucu mereka nanti?

Berkonsepkan kapsul masa dalam bentuk video, rancangan ini menampilkan Soo Kui Jien, bekas pengacara Malaysian Idol sebagai pengantara utama dan kerap diiringi oleh beberapa personaliti lain dari negara seperti Filipina dan juga Hong Kong. 

Antara personaliti yang dipaparkan termasuk Asha Gill, Azura Zainal, Sheikh Haikel, Jason Godfrey, Cindy Bishop dan ramai lagi. 

Diterbitkan oleh The IdeaFirst Company yang terkenal dengan aneka drama Filipina, siri ini boleh ditonton di laman YouTube.

 

'Unbreakable Kimmy Schmidt' (Netflix)

'Unbreakable Kimmy Schmidt' ialah sebuah siri sitkom arahan dan terbitan Tina Fey dan Robert Carlock. Ia dibintangi Ellie Kemper, Tituss Burgess, Carol Kane dan Jane Krakowski.

Drama komedi ini mengikuti kisah kehidupan Kimmy Schmidt (Kemper) yang diculik semasa dia hanya berusia 5 tahun oleh ketua ajaran sesat, Reverend Richard (Jon Hamm) di Indiana, US.

Kimmy dikurung di dalam kubu perlindungan bawah tanah milik Reverend bersama tiga mangsa wanita lain. Mereka terasing dengan dunia moden selama 15 tahun.

Mujurlah, Kimmy seorang yang optimistik, tetapi akibat kurangnya interaksi sosial bersama dunia luar yang sebenar, Kimmy menghadapi masalah menjalani kehidupan normal.

Dia nekad untuk berdikari di sebuah kejiranan bermasalah di New York, di mana dia berjumpa rakan baru, Lillian Kaushtupper (Carol Kane) dan Titus Andromedon (Tituss Burgess).

Saksikan kembara terbaharu mereka di New York, menempuhi kehidupan bersama semangat Kimmy Schmidt yang tidak mudah dilunturkan! - Zaidi Che - Getaran, 26 Februari 2022

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 9 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

3

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

2

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

3

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

4

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

5

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

6

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang