Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Sajian Nasi Daun Pisang Enak Mesti Cuba!

‘Banana leaf rice’ atau nasi daun pisang sering menjadi pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 12:47PM

Gambar: Instagram @bengwooi dan @qqniki

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahukah anda, sajian nasi daun pisang atau terkenal dengan panggilan ‘banana leaf rice’ berasal dari Kerala, India Selatan?

Hidangan nasi daun pisang ini diperkenalkan di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British dahulu. Ia sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga kini.

Selalunya dimakan pada waktu tengah hari, berikut kami senaraikan tujuh sajian nasi daun pisang enak dan lazat yang mesti anda cuba di sekitar Selangor!

Gambar: Instagram @timeoutkl
Gambar: Instagram @timeoutkl

#1 Yap Kee Banana Leaf, Klang

Restoran ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong domestik serta penduduk tempatan. 

Menu yang wajib anda cuba di restoran ini adalah ayam goreng berempah, ikan goreng, kari ayam, kari ikan dan kari kambing.

Lebih enak lagi jika anda makan bersama papadom dan sayur kubis! 

Selain itu, minuman yang anda cuba di restoran ini pula adalah jus ambra atau jus buah kedondong yang memberikan rasa sensasi dan mantap! 

Gambar: Instagram @asrin_band
Gambar: Instagram @asrin_band

#2 Kanna Curry House, Petaling Jaya

Sekiranya anda berada berhampiran Seksyen 17, Petaling Jaya, anda wajib mencuba hidangan nasi daun pisang yang sangat menyelerakan di Kanna Curry House!

Restoran ini telah menawarkan hidangan nasi daun pisang sejak 1976 lagi.

Seperti restoran yang menyajikan hidangan nasi daun pisang lain, anda boleh menikmatinya dengan pelbagai lauk-pauk sampingan seperti sotong goreng, kari ikan dan macam-macam lagi!

Gambar: Instagram @bengwooi
Gambar: Instagram @bengwooi

#3 Restoran Sri Nirwana Maju, Subang Jaya

Terletak di USJ 9, Subang Jaya, Restoran Sri Nirwana Maju menyajikan hidangan nasi daun pisang yang unik.

Paling terkenal di sini ialah lauk peria goreng rangup. Selain itu, restoran nasi daun pisang ini turut menghidangkan menu-menu lain seperti mi goreng, nasi goreng dan banyak lagi.

Gambar: Instagram @laxmiz_kitchen
Gambar: Instagram @laxmiz_kitchen

#4 Laxmi’z Kitchen, Rawang

Anda peminat ketam? Jika ya, di sinilah tempatnya untuk anda menikmati sajian ketam masala yang enak! 

Terletak di Rawang, Laxmi’z Kitchen turut menghidangkan juadah nasi daun pisang yang lazat untuk para pelanggannya.

Pastikan anda singgah ke restoran ini sekiranya anda berada di Rawang!

Gambar: Instagram @qqniki
Gambar: Instagram @qqniki

#5 Acha Curry House, Petaling Jaya

Selain kari ayam dan kari ikan, restoran ini turut menyajikan pelbagai jenis masakan kari lain seperti kari ikan masin dan kari ketam.

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis sayur turut dihidangkan di Acha Curry House ini. Antaranya, labu puree, acar timun, sayur tauge goreng dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan nasi daun pisang di sini!

Gambar: Facebook Matahariis Banana Leaf
Gambar: Facebook Matahariis Banana Leaf

#6 Matahariis Banana Leaf, Seri Kembangan

Terkenal sejak 2004, Matahariis Banana Leaf yang terletak di Seri Kembangan ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan.

Menariknya, nasi daun pisang di restoran ini dihidangkan dengan nasi putih atau nasi kuning, di samping lauk-pauk dan sayur-sayuran lain yang menyelerakan.

Selain itu, anda juga boleh mencuba tose yang juga sangat terkenal di restoran ini. 

Gambar: Instagram @haizimhmk
Gambar: Instagram @haizimhmk

#7 Macha & Co, The Curve

Resipi nasi daun pisang yang digunakan di restoran ini adalah resipi turun-temurun.

Bagi mereka yang ingin menjaga pengambilan makanan atau mereka yang sedang menjaga berat badan, Macha & Co turut menyediakan nasi beras perang yang mengandungi lebih khasiat!

Sangat selesa, restoran ini dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin.

Gambar: Tourism Selangor
Gambar: Tourism Selangor

Pasti senarai nasi daun pisang ini membuatkan anda terliur, bukan? Tunggu apa lagi? Ajak kawan-kawan dan keluarga untuk mengunjunginya!

Nikmati hidangan nasi daun pisang yang panas dan enak lagi mengenyangkan ini tujuh restoran yang kami senaraikan di atas. - Getaran, 26 Februari 2022

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Kenal Pasti Identiti 5 Sekeluarga Dihanyutkan Arus Deras Ketika Menjala

3

Selera 1 bulan yang lalu

Kampung Lah Gamit Memori Di Kampung, Saji Masakan Asli Negeri Sembilan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan