Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Percutian Keluarga, Bulan Madu Di Taman Tema Popular Di Ipoh, Perak

Membawakan konsep taman tema untuk seisi keluarga, kini Lost World Of Tambun boleh berbangga kerana akhirnya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, khususnya pencinta taman tema.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 1:09PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mula dibuka pada November 2004, taman tema Lost World Of Tambun (LWOT) yang menjadi kebanggaan rakyat Perak ini sudah melalui beberapa fasa perubahan demi memikat hati orang ramai untuk datang berkunjung.

Membawakan konsep taman tema untuk seisi keluarga, kini LWOT boleh berbangga kerana akhirnya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, khususnya pencinta taman tema.

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda tertanya-tanya tentang keistimewaan dan tarikan yang ada LWOT. Jangan cepat-cepat buat anggapan mudah, seperti pepatah Melayu, tidak kenal maka tak cinta. 

Taman tema yang dimiliki oleh Sunway Group ini tampil berbeza daripada taman-taman tema yang ada di negara ini, termasuklah ‘abang sulung’ mereka, Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Dengan lebih 80 tarikan, termasuk kolam berombak dan sungai pengembaraan buatan manusia terbesar dan terpanjang di negara ini, LWOT juga ‘menang besar’ dengan keindahan alam semula jadinya.

Ia dikelilingi oleh bukit batu kapur menghijau yang berusia lebih 400 juta tahun. 

Jadi, walau apa pun jenis percutian yang anda rancangkan di sini, ia pasti berbaloi.

Di LWOT bukan hanya kanak-kanak yang boleh bebas berlari keriangan, tetapi golongan dewasa juga boeh bersantai tenang sambil menikmati kedamaian alam.

Malah, tidak keterlaluan jika penulis berpendapat anda juga boleh berbulan madu di sini, terutamanya jika anda pasangan muda, berusia di bawah 35 tahun. 

Boleh pilih pakej staycation yang tersedia iaitu bermalam di vila terapung, Malayana atau glamping di tepian tasik berlatarbelakangkan kehijauan alam. Percayalah, pengalaman yang dikecapi tidak ternilai.

Bayangkan, sebaik tersedar daripada lena, mata terpempan pada pemandangan tasik yang mempesona. Dalam hati pasti anda berharap saat-saat itu pegun buat seketika. Tak mahu ia berlalu dengan pantas. Kicauan burung menambah kegembiraan hati!

Mengintai ke lawan sesawang LWOT, anda boleh melihat harga-harga yang ditawarkan untuk pakej staycation ini.

Untuk glamping, harga yang ditetapkan untuk dua orang ialah RM1,155. Harga ini termasuklah penginapan semalam di dalam khemah mewah, pas masuk ke taman tema (siang dan malam), bufet sarapan, tuala, kipas angin, alatan kebersihan diri dan juga soket bekalan kuasa elektrik untuk mengecas gajet anda.

Untuk penginapan lebih mewah di vila terapung Malayana, anda perlu membayar RM1,473 untuk dua orang. Vila ini dilengkapi dengan katil bersaiz king, pendingin hawa, peti keselamatan, skrin televisyen dan juga bilik air peribadi.

Selain itu, anda juga diberikan semua kemudahan yang turut dinikmati dalam pakej glamping.

Jika kedua-dua pilihan ini masih tidak menepati selera, bolehlah menginap di Hotel Lost World. Setiap tempahan di hotel ini akan mendapat pas taman tema waktu malam secara percuma mengikut kapasiti yang dibenarkan untuk sesebuah jenis bilik.

Ada beberapa jenis bilik yang boleh ditempah iaitu deluxe, classical, exotic, premiere suite, executive suite, family suite dan super suite.

 

Rancang masa untuk kepuasan maksimum

Jadi bagaimana agaknya anda boleh menyusun aktiviti dua hari satu malam di sini?

Baiklah, untuk kepuasan maksimum, pastikan anda sampai awal mengikut operasi taman tema. Gunakan pas masuk dengan sebaik-baiknya. Ada banyak tarikan yang mesti anda cuba, baik pada sebelah malam mahupun siang. 

Pertama ialah Dragon's Lair Adventure yang baharu dibuka kepada orang ramai bermula Ogos 2020 lalu.

Tarikan ini memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman tayangan sinematik 4D menyeronokan dengan menaiki tiub gergasi merentasi terowong laluan air sepanjang 100 meter.

Rasakan debarannya apabila sang naga cuba menyerang dan mengganas melalui paparan layar skrin digital besar berserta audio yang menggerunkan.

Kedua, untuk pengalaman yang lebih santai, boleh ikuti Boga Cruise atau Swan Paddle Boat yang berharga RM6 dan RM5 untuk dewasa.

Aktiviti yang mengambil masa kira-kira setengah jam ini memberi peluang untuk anda mengintai keindahan gua batu kapur yang cukup unik.

Bolehlah merakam gambar kenangan sepuas-puasnya untuk dikongsi ke akaun media sosial masing-masing.

Jika anda mahukan ‘adrenaline rush’, apa kata ikuti 13 High Rope Course dan Zip Line yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Menjeritlah sekuat hati untuk melepaskan tekanan yang terbuku di hati.

Selain itu, ada juga Lupe’s Adventure (roller coaster), Dragon Flights (carousell gergasi) dan Stormrider (kapal lanun) untuk menguji keberanian apabila tubuh dilambung tinggi dan dihempas laju. 

Khas untuk pencinta haiwan, jangan lupa singgah di petting zoo dan Tiger Valley untuk melihat pelbagai jenis haiwan pada jarak yang lebih dekat. Ada arnab, kura-kura, pelbagai spesis burung, tarantula, ular dan banyak lagi.

Pertunjukan haiwan di Tiger Valley juga sangat menyeronokkan. Saksikan gelagat pak belang yang agresif dengan ditemani oleh rakan-rakan cilik yang lain.

Penat mengelilingi taman tema, rehatkan diri seketika dengan menikmati pelbagai hidangan menyelerakan di Ipoh Street yang menempatkan pelbagai juadah tempatan ikonik.

Ada yong tau fu, tau fu fah, minuman kacang soya, mi kari ipoh, dan juga nasi vanggey. Tentang harga, jangan risau kerana ianya cukup berpatutan dan boleh dikatakan murah memandangkan lokasinya di sebuah taman tema. 

 

Hayati dunia magis di Luminous Forest

Selesai penjelajahan di sebelah siang, aktiviti di sebelah malam perlu diteruskan dengan penggembaraan yang lebih berwarna-warni, penuh magis.

Bagaikan di dunia khayalan, Luminous Forest diinspirasikan oleh filem box office Avatar yang dilimpahi dengan cahaya lampu neon berwarna-warni. 

Antara tarikan yang ada di sini ialah Bridge of Luminosa yang menghubungkan dunia realiti dan Luminous Forest, Mother Sophea, sepohon pokok yang berusia 400 juta tahun dan boleh berkata-kata.

Mother Sophea yang menyebarkan benih ajaib yang memberikan Luminous Forest cahaya nan menawan. Pohon ini jugalah yang membenarkan suku Makalani dan Malayana menjadikan hutan sebagai rumah mereka.

Selesai di sini, bolehlah cepat-cepat ke pentas utama yang terletak di taman air untuk menyaksikan pertunjukan api. Bukan biasa-biasa tetapi cukup menghiburkan kerana ia dibawakan oleh sekumpulan anak muda berbakat besar.

Dengan iringan muzik rancak dan mendebarkan, sesekali anda pasti berasa kaget dengan aksi yang dipertontonkan. Berani cukup berani! Jangan pula simpan angan-angan untuk meniru aksi ini apabila pulang ke rumah! Tindakan itu hanya akan mengundang padah.

Sebelum pulang merebahkan diri di katil masing-masing, akhiri hari anda dengan berendam di Lost World Hot Springs yang dibuka sehingga jam 10 malam pada hari-hari biasa dan 11 malam pada hujung minggu. 

Peluang bersantai dan berehat di kolam air panas semula jadi ini dapat meraih pelbagai manfaat kesihatan seperti mendapat tidur yang lebih lena, merehatkan otot-otot badan, melegakan demam dan selesema, membakar kalori dan mengurangkan tekanan darah. 

Diperluas dan diperbaharui, Lost World Hot Springs kini mempunyai sejumlah 12 kolam termasuk Saphira's Bistro, sebuah kedai makan baharu yang menyajikan hidangan ringan yang lazat di tepian kolam air panas.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari sunwaylostworldoftambun.com.

Selamat bercuti! - Getaran, 13 Februari 2022

Gambar : Lost World Of Tambun

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 10 bulan yang lalu

Taman Tema Dalaman Terbesar Harry Potter Dibuka Di Tokyo

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Kolam Sebuah Taman Tema

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakej Jalur Lebar RM69 Berbaloi, Ringankan Beban Golongan Sasar

4

TARA 1 tahun yang lalu

Lost World Of Tambun Siap Sedia Sambut Kehadiran 40,000 Pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah