web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Kolam Sebuah Taman Tema

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 7:42AM

Kejadian berlaku pada pukul 1.28 tengah hari selepas orang awam menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kolam tersebut - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemukan lemas di dalam kolam sebuah taman tema air di Banting dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata kejadian berlaku pada pukul 1.28 tengah hari selepas orang awam menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kolam tersebut.

"Kejadian berlaku semasa mangsa bersama kakaknya berusia 8 tahun sedang bermain air di sebuah kolam, bapa mangsa kemudian dimaklumkan oleh orang awam bahawa salah seorang anak perempuannya telah tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian telah dibawa ambulans ke Hospital Banting dan pihak hospital mengesahkan punca kematian adalah disebabkan lemas," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan dengan itu, Ahmad Ridhwan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Beliau turut memberi peringatan kepada orang awam khususnya ibu bapa dan penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing tanpa pengawasan yang berpatutan untuk mengelakkan berlakunya sebarang tragedi yang tidak diingini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad