web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taman Tema Dalaman Terbesar Harry Potter Dibuka Di Tokyo

Taman tema itu yang mula dibina pada 2021, juga membolehkan pengunjung menikmati masakan British dan resipi dunia sihir seperti butterbeer yang terkenal di set filem replika.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 8:09AM

Platform 9 ¾, stesen kereta api di mana Harry melalui pengalaman ajaib dunia sihir. - Gambar dari wbstudiotour

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Warner Bros Studio Tour Tokyo - The Making of Harry Potter dibuka kepada umum pada Jumaat, membolehkan pelawat meneroka produksi di sebalik tabir filem Harry Potter serta melalui pengalaman ajaib secara interaktif.

Studio yang dibina di tapak bekas Toshimaen di Daerah Nerima Tokyo itu merupakan tarikan dalaman Harry Potter terbesar di dunia dan Jelajah Studio Warner Bros pertama yang dibuka di Asia, lapor Xinhua.

Pada majlis perasmian itu, pelakon British Thomas Andrew Felton, yang memainkan watak Draco Malfoy, mewakili para pelakon siri itu menyatakan penghargaannya terhadap "perhatian ke atas perincian yang telah dibuat untuk rumah baharu yang hebat untuk dunia sihir itu".

Forbidden Forest
Forbidden Forest

Tarikan kedua seumpamanya di dunia selepas London itu menampilkan bukan sahaja set filem ikonik, seperti Diagon Alley dan Forbidden Forest, pakaian dan alat peraga, bahkan pengalaman interaktif, dengan pelawat boleh mengambil swafoto yang akan ditayangkan pada skrin seperti lukisan berbingkai, menjadikan mereka berasa seolah-olah menjadi sebahagian daripada latar belakang siri filem itu.

Diagon Alley
Diagon Alley

Di studio, pelawat boleh ke Kedai Lawatan Studio terbesar di dunia yang dibahagikan kepada 11 tema berbeza dan dihiasi dengan lebih 7,000 prop dan reka bentuk yang dicipta khas yang diilhamkan oleh unsur-unsur daripada kedai Diagon Alley.

Taman tema itu yang mula dibina pada 2021, juga membolehkan pengunjung menikmati masakan British dan resipi dunia sihir seperti butterbeer yang terkenal di set filem replika.

Tempahan perlu dibuat untuk memasuki taman berkenaan, dengan tiket untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas berharga 6,300 yen (US$45) manakala mereka yang berumur antara 12 dan 17 tahun sebanyak 5,200 yen (US$37) dan 3,800 yen (US$27) untuk kanak-kanak berumur antara empat dan 11 tahun. - Bernama - Xinhua

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Kolam Sebuah Taman Tema

2

TARA 3 tahun yang lalu

Jom Bersorak Riang Di Pulau Jeju, Ada Taman Tema Karakter Animasi Popular Korea Selatan

3

Jelajah 3 tahun yang lalu

Pelan Pemulihan Pelancongan 2.0 Tawar Diskaun, Baucar Dan Rebat Untuk Rakyat

4

Jelajah 4 tahun yang lalu

Meluncur Laju Di Tarikan Rekod Dunia 'Escape Penang'

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini