web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meluncur Laju Di Tarikan Rekod Dunia 'Escape Penang'

Selepas menerima pengiktirafan Guinness World Records (GWR) untuk gelongor air terpanjang di dunia, kini taman tema itu kembali mencipta rekod baharu apabila melancarkan 'zip coaster' terpanjang di dunia baru-baru ini.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 7:29AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena cuti sekolah bermula hujung minggu ini, bolehlah membawa anak-anak ke Taman Tema Escape yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Taman tema yang boleh dinikmati seisi keluarga ini menjanjikan satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan begitu sahaja. 

Selepas menerima pengiktirafan daripada Guinness World Records (GWR) untuk gelongor air terpanjang di dunia, kini taman tema itu kembali mencipta rekod baharu apabila melancarkan 'zip coaster' terpanjang di dunia baru-baru ini.

'Zip coaster' yang melibatkan perjalanan sejauh 1.1 kilometer itu dilancarkan dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang,Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif Kumpulan Sim Leisure, Sim Choo Kheng, yang memiliki dan mengendalikan taman tema jenama Escape, wakil Guinness World Records serta rakan penaja yang lain.   

Pengiktirafkan yang diraih kali ini menjadikan ESCAPE Penang satu-satunya taman tema di negara ini yang mempunyai dua Guinness World Record (GWR) dan pencapaian ini sudah pasti membanggakan rakyat Malaysia kerana  ia sekaligus meletakkan Malaysia menonjol di peta pelancongan dunia.

Jadi, apa yang boleh anda harapkan daripada 'zip coaster' ini? Sedia untuk terbang bagaikan tarzan. Nikmati ledakan adrenalin yang mengalir laju sebaik sahaja anda bersedia untuk berlepas. Sesuai dengan pengiktifan yang diterima, ‘sesi penerbangan’ mengambil masa kira-kira enam minit untuk ditamatkan. 

Sepanjang tempoh ini anda akan dibawa merentasi rimbunan pokok yang menghijau dengan trek yang mendebarkan. Ia bukanlah laluan lurus yang bersahaja, tetapi laluan berliku bagi menyuntik elemen dramatik dan keseronokkan tidak terhingga.  

Jangan risau tentang pembinaan trek 'zip coaster' ini. Hutan yang menghijau tidak ‘cedera’ kerana Escape Penang telah pun menegaskan bahawa langkah-langkah terbaik telah diambil bagi memelihara persekitaran semula jadi.

Bagaimana pula dengan gelongsor air yang turut memecah rekod dunia? Pasti ada di antara anda yang belum pernah mencuba. Ingat! kedua-dua tarikan ini wajib anda cuba kerana ia cukup berbaloi. Boleh jerit sepuas hati, campak segala emosi yang terbuku di hati dan pulang dengan keriangan sepuas hati. 

Seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini, gelongsor dengan kepanjangan 1.11 kilometer ini mengheret masa kira-kira empat minit untuk meluncur ke bawah. Debaran bermula dan kegusaran pasti terasa. Maklumlah perjalanan ke titik permulaan sudah diwarnai dengan elemen mendebarkan. 

Pengunjung perlu menaiki 'lift ski' untuk dibawa ke puncak bukit. Bagi yang fobia dengan ketinggian, pengalaman ini sudah pasti membuatkan jantung berdegup laju.

Sebaliknya, bagi mereka yang tidak kisah dengan ketinggian, laluan ini membolehlah anda menikmati kehijauan alam serta bunyian unggas yang mendamaikan. Pendek kata, perjalanan ke puncak bukit itu benar-benar unik, tidak boleh dialami di mana-mana taman tema lain di negara ini.

Tak perlu takut, tak perlu bimbang, keselamatan anda di sini adalah terjamin selagi anda mematuhi peraturan yang ditetapkan. Satu fakta mesti tahu ialah, tiada bayaran tambahan dikenakan untuk menaiki kedua-dua tarikan hebat ini. Ini kerana pengunjung hanya perlu membuat bayaran ‘All-In-One’ untuk menikmati lebih daripada 30 tarikan di Escape Penang. - Getaran, 3 Jun 2022

Untuk maklumat lanjut, layari www.escape.my 

Gambar: Escape Penang

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN