Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jom Bersorak Riang Di Pulau Jeju, Ada Taman Tema Karakter Animasi Popular Korea Selatan

Pulau Jeju mempunyai Shinhwa Theme Park yang mempertaruhkan karakter animasi 3D popular seperti Larva, Wingcle Bear, Buck, dan Oscar. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 5:19PM

Roller-coaster Oscar's Dragon berbaloi dicuba - Gambar oleh Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pulau Jeju yang terletak di sebelah selatan Semenanjung Korea merupakan pulau terbesar di Korea. Destinasi ini cukup popular di kalangan warga Korea untuk menikmati sebuah percutian mendamaikan dan romantik. 

Jika anda masih ingat suatu ketika dahulu syarikat penerbangan AirAsia ada menawarkan penerbangan secara terus ke Pulau Jeju, lalu menjanjikan sebuah pengembaraan yang mengasyikkan. Penulis merupakan di antara individu yang berjaya merebut peluang terbang ke sana tanpa perlu bertukar pesawat.

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki di pulau ini pasti anda tertanya-tanya tentang tarikan yang menanti. Sebenarnya banyak tarikan atau keindahan yang menanti anda di sini. Kalau anda fanatik taman tema, Pulau Jeju perlu masuk ke dalam senarai destinasi mesti singgah anda. 

Dengan harga KRW 39,000 won (RM130.57)  untuk dewasa dan kanak-kanak, taman tema  ini menawarkan tiga zon bertema yang terdiri daripada Larva's Adventure Village, New World Oscar dan Rotary Park
Dengan harga KRW 39,000 won (RM130.57) untuk dewasa dan kanak-kanak, taman tema ini menawarkan tiga zon bertema yang terdiri daripada Larva's Adventure Village, New World Oscar dan Rotary Park

Bukan kerana wujudnya Universal Studio dan Disneyland di sini, tetapi Pulau Jeju mempunyai Shinhwa Theme Park yang terletak di dalam kawasan Jeju Shinhwa World, Seogwipo-si iaitu kira-kira 45 minit ke satu jam perjalanan menaiki kereta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju.

Kalau Disneyland boleh berbangga dengan Mickey Mouse, Snow White dan Shrek, Taman Tema Shinhwa yang dibangunkan dengan kerjasama TUBAn, salah satu syarikat animasi utama Korea, ini mempertaruhkan karakter animasi 3D popular seperti Larva, Wingcle Bear, Buck, dan Oscar. 

Karakter-karakter ini mungkin tidak begitu dikenali golongan dewasa di Malaysia, tetapi jika anda punya anak, pasti pernah mengekek ketawa melihat aksi lucu si Larva Kuning dan Merah. 

Biarpun tanpa dialog, tetapi setiap gerak-geri kedua-dua ekor larva ini bersama teman-teman dan juga musuh mereka cukup mencuit hati. Jenaka yang ditampilkan bukan hanya sesuai untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk golongan dewasa. 

Dengan harga KRW 39,000 won (RM130.57)  untuk dewasa dan kanak-kanak, taman tema  ini menawarkan tiga zon bertema yang terdiri daripada Larva's Adventure Village, New World Oscar dan Rotary Park. 

Secara keseluruhan terdapat 15 permainan atau rides yang boleh dicuba oleh pengunjung. Tidak ketinggalan, pameran bertema dan juga persembahan secara langsung berjadual. 

 

Apa permainan yang mesti dicuba?

Jadi, apa permainan atau tarikan yang wajib dicuba di sini? Sebenarnya ia terpulang kepada minat-minat masing-masing, tetapi bagi yang mahu letusan adrenalin, ada beberapa permainan yang wajib dicuba. 

Pertama, jangan lepaskan Oscar ‘s Spin ‘N Bump yang terdapat di Oscar’s New World.  Permainan ini walaupun nampak macam biasa-biasa sahaja, namun pengalamannya cukup berbeza apabila mencubanya sendiri.  

Oscar's New World
Oscar's New World

Saat tubuh melambung tinggi di udara memang terasa kecut perut.  Ketika ini menjerit sekuat-kuat hati itu perkara biasa. Tak mustahil ada yang memejam mata sepanjang masa. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka yang berpenyakit jantung, hamil atau mempunyai darah tinggi tidak dibenarkan menaiki Oscar‘s Spin ‘N Bump.

Satu lagi tarikan yang mesti dicuba di zon ini ialah Oscar's Dragon. Roller-coaster yang kononnya seekor naga mistik ini membawa pengunjung ke dunia yang tidak dikenali. Perasaan ketika menaiki roller-coaster ini tidak mengecewakan. 

Mungkin tahap kehebatannya tidak sama seperti roller-coaster yang ada di Universal Studio Singapore, tetapi berbaloi untuk dicuba. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang suka pada kepantasan dan ketinggian.

Berpindah ke Larva’s Adventure Village, di sini anda boleh teruskan keriangan dengan mencuba Flying Larva. Permainan berbentuk sebuah Carousel ini membuai laju sehingga diri terasa seolah-olah sedang terbang. Cukup seronok jika permainan ini dicuba bersama teman-teman. Boleh lihat siapa yang berani, siapa yang tidak.   

Larva's Adventure Village
Larva's Adventure Village

Bagi yang kurang adventurous , bolehlah mencuba Larva’s Space Adventure. Permainan menembak ini memerlukan pengunjung memakai kacamata 3D. Biarpun tidak faham dengan arahan yang diberikan dalam bahasa Korea, tetapi anda boleh meneka apa yang patut dilakukan.

Kalau susah sangat, perhatikan orang sebelah. Ikut apa yang dia lakukan. Tak susah pun, cuma agak memenatkan kerana alat menembak yang disediakan agak berat.

Menjenguk ke Rotary Park yang berada berhampiran pintu masuk, terdapat 3 tarikan yang tidak rugi untuk dicuba. Ada Rotary Park 4D Theater, Finding Larva dan juga Flying Whirl. Ketiga-tiga permainan ini sebenarnya lebih sesuai untuk kanak-kanak, tetapi apa salahnya untuk mencuba. 

Jangan lupa singgah di kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan untuk dijadikan oleh-oleh
Jangan lupa singgah di kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan untuk dijadikan oleh-oleh

Selain permainan yang disebutkan di atas, ada banyak lagi tarikan yang boleh dicuba. Jika membawa anak-anak kecil, pasti anda akan menghabiskan masa yang cukup lama di Larva’s Adventure Village. Ini kerana terdapat skrin besar yang memainkan episod-episod animasi 'Larva'. Anak-anak anda pasti sukar mengalihkan perhatian apabila sampai di sini. 

Seperti taman-taman tema lain, jangan lepaskan peluang bergambar dengan karakter-karakter animasi yang akan menyapa kedatangan pengunjung dari semasa ke semasa. Selain itu, boleh juga singgah di kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan untuk dijadikan oleh-oleh.  Getaran, 27 November 2022

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Kemenangan Korea Selatan Ke Atas Australia Bukan Balas Dendam - Son

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Keputusan Seri Dengan Korea Selatan Tidak Dapat Padam Kekecewaan Kami - Faisal Halim

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled