web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pakej Jalur Lebar RM69 Berbaloi, Ringankan Beban Golongan Sasar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 9:00AM

Harga pakej ditawarkan pula adalah 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berbaloi! Itu reaksi kebanyakan golongan sasar termasuk Kumpulan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas yang bakal menikmati Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang ditawarkan bermula Mac ini.

Selaras komitmen kerajaan untuk menurunkan kos sara hidup rakyat, perkhidmatan itu disediakan dengan kelajuan 30 Mbps bersama data tanpa had hanya RM69 sebulan serta kontrak langganan selama 24 bulan.

Harga pakej ditawarkan pula adalah 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89, sekali gus membolehkan rakyat menikmati penjimatan RM480 sepanjang tempoh kontrak.

Paling utama harga serta data tanpa had yang ditawarkan sangat berbaloi. - Gambar hiasan Pexels
Paling utama harga serta data tanpa had yang ditawarkan sangat berbaloi. - Gambar hiasan Pexels

Di MELAKA, guru tuisyen sambilan Ruhaila Ismail, 34, berkata pakej itu akan memudahkannya mengadakan kelas tambahan secara dalam talian.

“Paling utama harga serta data tanpa had yang ditawarkan sangat berbaloi. Jadi saya tidak perlu bimbang untuk kehabisan data ketika mengajar dan mencari maklumat untuk sesi pengajaran saya,” katanya.

Di KEDAH, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusof menyambut baik pelaksanaan pakej itu kerana dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan untuk turut serta menikmati kemudahan internet.

“Sudah pasti kita setuju dan menyambut baik pakej yang diumumkan itu kerana ia menjadi keperluan kerana zaman sekarang, semua memerlukan talian internet untuk melakukan urusan seharian seperti membayar bil atau membuat urusan di agensi berkaitan,” katanya.

Bagi pekerja swasta Ahmad Mukhsein Mukhtar, 24, pula berpendapat pakej ditawarkan kerajaan itu berbaloi untuk golongan kurang berkemampuan yang dapat menjimatkan RM20 sebulan berbanding kos semasa asal RM89 sebulan.

Di PULAU PINANG, peniaga dalam talian Norhasnida Adnan, 42, berkata pakej itu dapat menjimatkan kos internet keluarganya setiap bulan, malah beliau sendiri dapat membuat pengiklanan beserta gambar produk lebih banyak di laman sosial.

Tawaran data tanpa had dengan bayaran RM69 sebulan akan memanfaatkan pengguna yang terdiri daripada pelbagai latar belakang terutama golongan B40. - Gambar Bernama
Tawaran data tanpa had dengan bayaran RM69 sebulan akan memanfaatkan pengguna yang terdiri daripada pelbagai latar belakang terutama golongan B40. - Gambar Bernama

“Setiap bulan saya dan keluarga mungkin bayar lebih RM100 untuk data internet namun dengan pakej ini kami akan jimat banyak, malah anak-anak bersekolah juga boleh guna data yang sama...nampak lebih mudah sebab kelajuan lebih tinggi,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia lapan hingga 15 tahun.

Di PAHANG, pesara kerajaan Razali Kasim, 65, berkata inisiatif dilaksanakan itu membuktikan kerajaan cakna dengan keperluan rakyat kini yang sememangnya memerlukan capaian internet dalam kehidupan seharian.

Katanya, tawaran data tanpa had dengan bayaran RM69 sebulan akan memanfaatkan pengguna yang terdiri daripada pelbagai latar belakang terutama golongan B40.

“Ia pakej yang baik untuk rakyat, sebab kita semua tahu bayaran bil telefon dan internet bukannya murah kini serta ia merupakan keperluan semua orang,” katanya yang menetap di Kuantan.

Sementara itu, di TERENGGANU, pengenalan pakej jalur lebar tersebut adalah khabar gembira bagi seorang ibu tunggal Rabiatul Adawiyah Zakaria, 38, dari Flat Kondo Rakyat Kuala Ibai yang sudah lama berminat untuk melanggan perkhidmatan talian internet tetap bagi pembelajaran anaknya di rumah.

Ibu kepada dua anak itu berkata, caj perkhidmatan talian internet secara prabayar digunakan sekarang agak mahal iaitu kira-kira RM150 sebulan dan perkara itu disifatkan sebagai membebankan dirinya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

3

Semasa 2 tahun yang lalu

11.8 Juta Penduduk Guna Data Mudah Alih Bagi Akses Internet

4

Politik 2 tahun yang lalu

Kerajaan Janji Harga Internet Lebih Murah Menjelang September - Fahmi

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad