web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lost World Of Tambun Siap Sedia Sambut Kehadiran 40,000 Pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

Sambutan yang diadakan bukan hanya sekadar meraikan Tahun Baharu Cina, malah pengunjung boleh juga menikmati pelbagai aktiviti, tarikan dan juga persembahan yang disediakan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 12:03PM

Antara yang akan ditampilkan pada hari berkenaan adalah persembahan Kumpulan Selendang Perak, Orkestra Cina, Tarian Cina, Spring’s Day Show dan banyak lagi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Taman Tema Lost World of Tambun (LWOT), tuan rumah kepada majlis khas rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak, sedang gigih membuat persediaan rapi bagi menyambut kehadiran kira-kira 40,000 pengunjung yang dijangka tiba bagi memeriahkan majlis, Ahad ini.

Tinjauan Bernama mendapati persiapan fasa akhir kini mencecah 80 peratus, antaranya dari segi hiasan, infrastruktur tambahan, kemudahan  pengunjung dan susunan parkir dalam memastikan aspek keselamatan serta keselesaan diutamakan.

Petugas LWOT turut dilihat bekerja keras membuat persiapan di khemah utama yang akan menempatkan kira-kira 1,000 tetamu, selain beberapa penari dilihat sedang melakukan latihan persembahan, khusus bagi menghiburkan orang ramai nanti.

Antara yang akan ditampilkan pada hari berkenaan adalah persembahan Kumpulan Selendang Perak, Orkestra Cina, Tarian Cina, Spring’s Day Show dan banyak lagi.

Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun,Nurul Nuzairi Mohd Azahari berkata sambutan yang diadakan bukan hanya sekadar meraikan Tahun Baharu Cina, malah pengunjung boleh juga menikmati pelbagai aktiviti, tarikan dan juga persembahan yang di sediakan.

“Harapan saya adalah dengan penganjuran program ini, ia dapat memupuk semangat perpaduan antara pelbagai bangsa di Malaysia,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan menasihatkan orang ramai yang ingin mengunjungi majlis itu supaya menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi, dan diminta meletakkan kenderaan di Dataran Sunway, selain mematuhi arahan ditetapkan.

Majlis pada hari berkenaan akan berlangsung dari pukul 2 hingga petang, dengan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dijangka berkenan menghadirinya.

Selain itu, tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. serta barisan exco kerajaan negeri. 

Orang ramai boleh turut serta memasuki taman tema itu bagi merasai sendiri aktiviti-aktiviti di LWOT secara percuma pada hari berkenaan. - Bernama

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

28 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa