web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bintang Muda Dijangka Menyerlah Pada 2022!

Kami di Getaran menjangkakan ada beberapa nama yang berpotensi menyerlah berbanding tahun-tahun sebelum ini berdasarkan bakat, peluang dan nilai komersial mereka.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 9:53AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah memasuki tahun 2022, semestinya kita mengalu-alukan kedatangan pendatang baru dalam industri lakon layar tanah air. Beberapa tahun belakangan ini, dapat kita lihat wajah segar yang berperanan sebagai watak utama menghias kaca televisyen tanah air. 

Namun pada tahun ini, kami di Getaran menjangkakan ada beberapa nama yang berpotensi menyerlah berbanding tahun-tahun sebelum ini berdasarkan kepada bakat, peluang dan nilai komersial mereka. 

 

Nadhir Nassar

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman
Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

Juara program pencarian bakat Hero Remaja 2020 ini semakin mendapat perhatian dari tahun ke tahun.

Karakternya sebagai Hilmi dalam 'Projek Anchor SPM' ternyata begitu mengesankan dan membuka mata pembikin drama kepada bakat dan kebolehan anak muda ini.

Tahun lalu, menerusi drama 'I-Tanggang' yang ditayangkan di Astro, Nadhir melakonkan watak Syafiq dan mendapat pujian daripada penonton.

Tidak hairan jika tahun ini dia bakal tampil melakonkan watak yang lebih mencabar.

 

Yuna Rahim

Perjalanan karier Yuna Rahim sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2017 lagi menerusi sebuah siri 'Oh My English! Level Up'. Kemudian dia dilihat membintangi beberapa drama sebagai watak sampingan.

Apa yang menarik untuk diperhatikan adalah, walaupun namanya belum terlalu besar, namun gadis ini begitu tekal dan ada sahaja drama yang dibintanginya setiap tahun.

Lagi pula, Yuna bukan pelakon yang meraih populariti berdasarkan kepada kontroversi dan sensasi. Tahun lalu, Yuna memegang watak utama dan bergandingan dengan Afieq Shazwan, Keith Foo dalam drama ‘Diari Seorang Lelaki.’

 

Bella Dowanna

Pelakon ini masih hijau dalam industri namun bakat dan potensi yang dimilikinya begitu membanggakan. Sebelum ini Bella membintangi drama seperti 'Cemburu Seorang Perempuan', 'Dia Bahagia', 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' dan 'Titian Takdir' di TV3.

Namun begitu, namanya menjadi sebutan menerusi drama ‘Budak Tebing’ yang turut memenangi anugerah Drama Terbaik di Anugerah Drama Sangat.

 

Shaza Bae

Juara Dewi Remaja 2020 ini tidak hanya ada bakat sebagai seorang pelakon, malah dia juga merupakan seorang pengacara program HLive!

Namanya mendapat perhatian setelah berlakon dalam drama 'Perempuan Tanpa Dosa' dan 'Marry Me Senorita'.

Walaupun pandemik sedikit membantutkan perkembangan kerjayanya, namun dia tetap membolosi pencalonan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH-34).

Menerusi drama terbaharunya 'Jangan Ganggu Jodohku', dia menuai pujian daripada penonton terhadap lakonnya itu yang disifatkan cemerlang.

 

Merqeen

Tidak hanya Nadhir, malah Merqeen sebenarnya tidak kurang berbakat. Selepas keluar daripada Hero Remaja, Merqeen terus mendapat tawaran berlakon filem bertajuk Kelaster.

Kemudian dia mendapat perhatian membintangi drama 'Angkara Cinta'. Menerusi Instagram Storynya, Merqeen ada memberi gambaran bahawa bakal tampil dengan sebuah projek filem.

Demikianlah antara pelakon yang mungkin bakal menjanjikan sesuatu kepada kita pada tahun ini. Sama-sama kita saksikan bagaimana pelakon muda ini tumbuh!

Gambar: Instagram para artis, kecuali tertera

Isu Pada

Siti Nurhaliza – Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Peminat Boleh Tarik Nafas Lega, Nadhir Nassar Belum Ingin Bercinta, Mahu Fokus Kerjaya Dan Keluarga

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Kami Bincang Elok-Elok' - Anna Jobling Nafi Dia Dan Meerqeen Bergaduh 

3

TARA 3 tahun yang lalu

Saya Buktikan Orang Sabah Boleh Pergi Jauh - Tracie Juara Dewi Remaja 2022

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Cinta Berputik Dengan Roh Suami Sedang Koma, Tarikan Drama Bersiri 'Ash & Aish'

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini