Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cinta Berputik Dengan Roh Suami Sedang Koma, Tarikan Drama Bersiri 'Ash & Aish'

Menampilkan Meerqeen dan Siti Khadijah Halim sebagai pelakon utama, drama bersiri 'Ash & Aish' ini yang sudah pun menjalani penggambaran pada tahun lalu.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 8:32PM

Siti Khadijah Halim dan Meerqeen, dua pelakon utama siri 'Ash & Aish' - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila stesen televisyen mahu pun penerbit drama tempatan kini mula mempertaruhkan banyak karya-karya drama bersiri berbentuk fantasi romantik.

Hal ini berlaku kerana tularnya genre berkenaan di dalam drama-drama Korea dan sehingga tempiasnya turut merebak di dalam pembikinan drama Melayu tempatan. 

Tidak hairanlah mengapa Astro Ria turut menampilkan genre ini menerusi drama bersiri terbaharu mereka, 'Ash & Aish' yang sudah mula ditayangkan di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) sejak 10 Ogos lalu. 

Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini juga diarahkan sutradara terkenal, Helmi Yusof serta didukung barisan pelakon hebat seperti Meerqeen, Siti Khadijah Halim, Norreen Iman, Harissa Adlynn, Asha Merican, Idzham Ismail, Nada Syuhada, Arash Mohd, Zarina Zainuddin dan penampilan istimewa, Datuk Rosyam Noor sendiri.

Selaku pengarah, Helmi Yusof berkata, walaupun drama 'Ash & Aish' ini bergenre ‘love story’, namun drama ini mempunyai kelainan apabila cinta yang digambarkan berlaku di dalam dua dunia yang berbeza.

“'Ash & Aish' pada awalnya membawa cinta dalam bentuk jasad manusia yang biasa. Kemudian ia berkembang ketika Ash sudah menjadi roh dan Aish boleh lihat roh tersebut. 

“Tatkala itulah, heroin di dalam drama ini jatuh cinta dengan heronya yang sudah menjadi roh. Ia bukan sebuah karya cinta yang tipikal dan secara peribadi saya sangat menyukai karya ini,” katanya. 

Menurut Helmi lagi, walaupun drama bersiri ini banyak menampilkan barisan pelakon baharu yang sedang meningkat naik, namun dia bersyukur kerana bakat-bakat ini boleh dididik dan berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini. 

“Saya pasti mereka akan menjadi wajah yang akan menghiasi televisyen dan panggung wayang pada masa akan datang dengan memeriahkan serta mewarnai industri lakonan.

“Ada daripada mereka yang sudah kenal antara satu sama lain seperti Meerqeen dan Nadhir Nasar yang dua-duanya pernah terlibat dalam satu program yang sama. 

“Ada juga yang mengambil sedikit waktu untuk mencipta keserasian pada awalnya, misalnya watak hero dan heroin drama in.

“Tetapi, ‘chemistry’ mereka menjadi kuat selepas seminggu menghadiri penggambaran bersama. Saya cukup puas hati dengan apa yang mereka telah berikan dalam drama ini,” katanya. 

Dari sudut cabaran pula, Helmi mengakui, karya ini bukanlah terlalu berat untuk digalasnya, namun penggunaan CGI untuk babak-babak roh yang dimainkan Meerqeen sebagai Ash mengambil masa yang lama untuk dilakukan. 

“Ini kerana dia perlu bertukar-tukar menggunakan dua pakaian. Teknik untuk penggambaran babak-babak CGI ini juga mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan hasil yang cantik. 

“Kalau ada pun cabaran adalah dari segi penjadualannya kerana penggambaran drama ini dilakukan pada waktu PKP di mana sesetengah tempat yang kami inginkan tidak boleh digunakan. 

“Malah, kita juga perlu menjaga limitasi dan setiap krew dan pelakon perlu berdisiplin dengan SOP yang ditetapkan. 

“Dalam keadaan yang penuh berjaga-jaga itu,  perkara yang tidak disangka berlaku apabila Meerqeen dijangkiti wabak berkenaan ketika penggambaran,” katanya. 

Jelas Helmi lagi, terdapat beberapa pengajaran dan moral yang diketengahkan menerusi drama ini.

“Antaranya, cinta tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Apabila seseorang lelaki jatuh cinta, dia tidak akan berubah walaupun dengan desakan keluarga ataupun kewangan. 

It’s true love. Itu yang saya gambarkan daripada watak heronya. Terdapat banyak penyelitan pengajaran moral termasuk hasad dengki dalam hubungan kekeluargaan yang boleh membawa porak-peranda kepada sesebuah keluarga.

“Saya berharap drama ini akan menarik perhatian setiap penonton yang gemarkan fantasy love story kerana kelainan yang dibawa dalam penceritaannya.  

“Yang pasti, penonton akan sukakan duo baharu antara Meerqeen dan Siti Khadijah ini kerana gandingan mereka memang menjadi,” katanya lagi. 

Penceritaan menerusi 28 episod ini berkisarkan Aisha (Aish) yang bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Ashrafi (Ash) yang sering membantunya ketika dia memerlukan. 

Pertemuan demi pertemuan membuatkan Ash mengambil keputusan untuk mengahwini Aish, sungguh pun Aish hanya bergurau apabila dia menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada Ash. 

Sebaik sahaja mereka mendirikan rumah tangga, Ash terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia berada dalam keadaan koma. 

Ketika melawat Ash di hospital, Aish yang mempunyai kelebihan melihat roh manusia itu terkejut apabila bertemu dengan roh suaminya yang sedang koma. 

Dari situlah, bibit-bibit percintaan mereka berputik apabila mereka mula mengenali hati masing-masing dengan lebih mendalam. Namun adakah Ash akan mengingati kisah cinta mereka setelah dia kembali sedar?

'Ash & Aish' ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. - Getaran, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditetak Dalam Kedai Kopi Di Kulim

2

Filem & TV 2 bulan yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 8 bulan yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Budaya 5 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran