web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Helo 2022, Jom Bangkit Cipta Bahagia

Apa pun yang sedang anda lakukan ketika ini, kami di Getaran mendoakan agar perjalanan hidup anda tahun ini dipermudahkan serta dipenuhi warna-warna indah.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 9:20AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagaikan sekelip mata 2021 meninggalkan kita. Helo 2022, please be good to us! Bagaimana anda memulakan hari-hari pertama Januari ini? Moga semuanya baik-baik sahaja.

Apa pun yang sedang anda lakukan ketika ini, kami di Getaran mendoakan agar perjalanan hidup anda tahun ini dipermudahkan serta dipenuhi warna-warna indah. 

Januari adalah masa untuk permulaan baharu dan peluang untuk kembali ke rutin dan landasan yang betul. 

Tidak perlu terus-terusan mengeluh dan bersedih dengan setiap episod duka yang dilalui. Hidup ini adalah sebuah pengembaraan yang penuh dengan kejutan.

Suka, duka bersilih ganti. Itulah yang mematangkan setiap daripada kita. 

Sebagai hamba-Nya, kita jangan pernah berhenti berdoa. Jangan malu meminta untuk dikurniakan yang indah-indah. Dimudahkan setiap urusan. Dia Maha Mendengar. 

Selain berdoa, kita juga punya tanggungjawab dalam mencorakkan perjalanan hidup ini. Segalanya bermula dengan diri sendiri.

Untuk menjadi lebih gembira contohnya, kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk menciptanya. Sebaliknya, kita sendiri yang harus mengejarnya. 

Kebahagiaan yang diidamkan setiap orang adalah berbeza.

Ada orang, dapat meluangkan masa bersama bersama keluarga sahaja sudah memadai buat dia gembira. Ada orang dapat menikmati hidangan yang lazat-lazat saban minggu juga sudah gembira, tetapi mungkin anda tidak. 

Jadi, jangan sesekali membandingkan kebahagiaan anda dengan orang lain. Hidup juga perlu bersyukur. Ini kerana, setiap kali kita bersyukur, Allah pasti akan menambah pelbagai nikmat buat kita.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah Ibrahim, ayat 7, bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” 

Jangan pernah berhenti mencari kebahagiaan. Berikut adalah beberapa panduan dan tip mudah yang boleh diamalkan untuk menjadi lebih bahagia setiap hari. 

 

1) Dapatkan tidur yang cukup

Pastikan anda mendapat tidur yang cukup iaitu antara tujuh hingga sembilan jam sehari. Waktu tidur yang tidak terganggu membuatkan diri lebih optimis, yakin dan lebih positif dalam penyelesaian masalah.

Sementara tidur yang tidak cukup akan menjurus kepada masalah psikiatri seperti keresahan dan kemurungan bipolar. 

 

2) Bersenam lebih kerap

Gambar: Alif Omar
Gambar: Alif Omar

Senaman boleh membuatkan anda berasa yakin dengan tubuh sendiri di samping meningkatkan tahap bahan kimia penting otak misalnya serotonin, dopamin dan norepinephrin yang mampu mengurangkan stres.

 

3) Bersosial / eratkan hubungan silaturahim

Menurut kajian, meluangkan masa dengan yang tersayang dan rakan-rakan boleh membuatkan seseorang gembira. 

 

4) Luangkan masa di luar rumah

Hirup udara segar di luar. Pancaran matahari boleh membuat mood lebih tenang lalu meningkatkan produktiviti kerja. Hanya luangkan masa 20 minit di luar sudah memadai untuk hidup lebih gembira.

 

5) Seimbangkan kerjaya dan kehidupan

Apabila kerja mengganggu kehidupan, ia boleh menyebabkan seseorang berasa tidak bahagia dan meningkatkan risiko stres. Jadi, setiap orang memerlukan masa untuk berehat daripada kerja-kerja pejabat.

Jangan sesekali bawa kerja-kerja pejabat ke rumah. Begitu juga sebaliknya. 

 

6) Lebihkan senyuman 

Senyum sambil memikirkan hal-hal positif boleh bikin hati tambah gembira. Apabila menguntumkan senyuman, anda bukan sahaja yang boleh berasa bahagia, tetapi ia juga boleh mempengaruhi mood orang lain.

 

7) Selalu bersyukur

Menurut para penyelidik, rasa bersyukur boleh menyebabkan perasaan yang lebih baik mengenai kehidupan harian, lebih kesungguhan dan lebih bersedia untuk membantu orang lain.

Bersyukur mungkin mengurangkan penyakit arteri koronari. Ambil masa untuk menulis setiap rasa syukur setiap hari. Caranya mudah, simpan jurnal kesyukuran dan senaraikan apa yang anda syukuri hari itu.

Lama-kelamaan anda akan terbiasa melihat kebaikan dalam semua benda.

 

8) Berhenti buat perbandingan

Apa yang anda lihat pada orang lain hanyalah pada sisi luarannya sahaja. Jadi, anda perlu ingat apa yang kelihatan di luar belum tentu seperti apa yang terjadi sesungguhnya. 

Anda tidak boleh menggunakan sisi luaran untuk menilai realiti kehidupan mereka yang sebenar.Lebih-lebih lagi dengan apa yang dipamerkan di sosial media.

Mana mungkin orang lain mewar-warkan sisi-sisi gelap kehidupan. Hanya yang indah, yang cantik dipamerkan kepada umum. 

Jadi, ingatkan diri bahawa anda sebenarnya tidak pernah tahu apa yang terjadi di balik kehidupan orang lain yang anda bandingkan. Tiada siapa yang sempurna di dunia ini.

Setiap seorang daripada kita ada cerita sendiri. 

 

9) Terima kekurangan dan kegagalan

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Jadi, tidak mengapa jika anda punya kekurangan. Memang benar kita boleh berusaha untuk terus menjadi lebih baik tetapi sedarlah bahawa kita tidak akan pernah sempurna 100%. 

Ingat, setiap orang punya kekurangan dan setiap orang pasti mengalami kegagalan. Ia adalah sebahagian daripada proses kehidupan. - Getaran, 2 Januari 2022

Gambar: Pexels, kecuali tertera

Sumber : www.psychologytoday.com dan muftiwp.gov.my

Isu Pada

Siti Nurhaliza – Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 1 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 1 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 1 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini