Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 7:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Hellbound' (Netflix)

Apabila pembikinan siri ini diuar-uarkan dalam acara See What’s Next Korea (SWN) oleh Netflix Februari lalu, penulis menyangkakan ‘malaikat maut’ yang diperkatakan akan berbentuk manusia.

Ternyata, ia seperti gorila dari neraka! Dan jalan ceritanya sama sekali tidak seperti yang penulis jangkakan.

'Hellbound' adalah siri enam episod yang pada dasarnya bercerita tentang dosa dan pembalasan. Kemudian masuklah elemen ajaran sesat dan mob mentality yang menakutkan.

Dikaitkan pula dengan hal-hal sensationalism yang dibantu media sosial. Menyeramkan. Bukan pembalasan dosa, tetapi mentaliti manusia apabila bertuhankan internet dan tidak mencuba mencari alternatif maklumat.

Siri ini dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Yoo Ah-in dan Park Jung-min dan diarahkan oleh pengarah Train to Busan dan Peninsula, Yeon Sang-Ho. Harus ditonton. - Ili Farhana

 

Rahsia (Mubi)

Filem yang memenangi pelbagai anugerah semasa tayangannya pada tahun 1987 ini boleh dikatakan antara filem seram tempatan yang paling menjadi.

Sewaktu fenomena filem seram Poltergeist dari barat menjadi popular, Rahsia turut mencipta kejayaan besar di Malaysia.

Unsur seramnya benar-benar terasa berkat lakonan mantap primadona tersohor Malaysia Noor Kumalasari di samping Shukery Hashim dan juga Yusof Haslam.

Ia mengisahkan sebuah keluarga muda yang mengalami kejadian-kejadian aneh dan seram sewaktu berpindah ke rumah baharu mereka yang terletak jauh dari ibu kota.

Sedikit demi sedikit mereka membongkar punca sebenar kejadian misteri yang sering melanda rumah mereka.

Sungguhpun teknologi yang digunakan untuk pembuatan filem ini dianggap ketinggalan zaman dengan apa yang ada sekarang, kami yakin Rahsia mampu membuat anda berasa takut jika menontonnya seorang diri di waktu malam! Boleh disaksikan di Mubi. - Shah Shamshiri

 
Rahsia | Kini Ditayangkan

Penataan bunyi yang ngeri dan lakonan hebat Noor Kumalasari telah menjadikan RAHSIA sebagai salah satu filem seram terbaik Malaysia pada era 80an.

Posted by MUBI Malaysia on Sunday, September 5, 2021

 

'BoJack Horseman' (Netflix)

'BoJack Horseman' ialah satu siri animasi bergenre dewasa, ciptaan Raphael Bob-Waksberg. Ia disuarakan oleh Will Arnett, Amy Sedaris, Alison Brie, Paul F. Tompkins dan Aaron Paul.

Berkisarkan tentang kehidupan BoJack Horseman (Arnett), bintang sitkom terkenal era 90-an yang ingin kembali relevan di pasaran Hollywood. Caranya? Penampilan semula dengan menulis senaskah buku autobiografi nukilan Diane Nguyen (Brie).

Tanpa disangka, sebuah persahabatan terjalin antara mereka berdua, walaupun masing-masing memiliki latar belakang sosial yang sangat berbeza. Persahabatan ini merungkai tentang permasalahan yang membelengui kehidupan BoJack iaitu tentang ketagihan dan kemurungan.

Animasi ini turut mengangkat isu-isu berat dan gelap yang sering dipandang ringan oleh masyarakat, dibawakan secara santai dan bersahaja, namun memberikan impak yang berkesan. - Zaidi Che

 

A Castle for Christmas (Netflix)

Filem romantik komedi ini dipersembahkan oleh Netflix sempena dengan perayaan Krismas tahun ini dan kini ia sudah pun berada di dalam carta 10 filem teratas Netflix. 

Janganlah menjangkakan sesuatu yang sempurna daripada A Castle For Christmas kerana seperti kebanyakkan filem, ia menjual mimpi berbanding realiti. Bagaimanapun, filem arahan Mary Lambert ini mengundang senyuman di wajah kerana ia menggembirakan dan berakhir dengan baik. 

Filem ini mengisahkan tentang penulis novel, Sophie Brown (Brooke Shields) yang mengembara ke Scotland untuk melarikan diri daripada skandal novel terbarunya.

Ketika di sana, dia ingin membeli sebuah istana kecil yang dimiliki oleh Duke Myles (Cary Elwes). Duke merupakan seorang lelaki tidak berfikiran terbuka dan dia enggan menjual hartanahnya itu kepada orang ‘asing’. 

Banyak insiden berlaku ketika Sophie dan Duke cuba mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan urusan jual beli. Masing-masing punya ego sendiri sehingga sukar mencari kata sepakat.

Namun, sesuatu yang istimewa berlaku dan mereka tertarik pada satu sama lain. - Rahayu MN

 

Metallica: Some Kind Of Monster (Netflix)

Buat peminat Metallica, anda harus saksikan filem dokumentari ini yang mengisahkan tentang beberapa pergolakan yang berlaku dalam sejarah perjalanan band muzik heavy metal ini dari tempoh 2001 sehingga 2003.

Bermula dengan penerbitan album St. Anger pada 2003, penyanyi mereka, James Hetfield terpaksa memasuki pusat pemulihan akibat ketagihan dadah dan alkohol sehinggalah kepada pengunduran pemain bass mereka, Jason Newsted daripada band muzik ini serta digantikan dengan Robert Trujilo.

Pada awalnya, pengarah Joe Berlinger dan Bruce Sinofsky mahu menghasilkan sebuah filem dokumentari berdurasi 1 jam tentang pembikinan album Metallica di studio dalam bentuk informercial dengan tujuan untuk mempromosikan album keempat mereka itu.

Akan tetapi, pada saat itu, band muzik ini sedang berdepan dengan pelbagai pergolakan. Sudahlah tidak punya pemain bass, setiap ahli pula tidak sekepala dan ketika itu mereka juga sedang bergelut untuk mendapat idea kreatif bagi menghasilkan album.

Akhirnya, Joe Berlinger dan Bruce Sinofsky terpaksa menukar hala tuju dokumentari ini dengan mengikuti perjalanan kisah Metallica dan akhirnya dokumentari ini disiapkan dalam tempoh 715 hari. Tontonlah dokumentari ini di Netflix. - Ellyana Ali - Getaran, 19 Disember 2021

Isu Pada

Glamorama Rozita Che Wan

18 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 9 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

3

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara