Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kandungan Kreatif Korea Mendunia Di Netflix

Mahu atau tidak, kita perlu akui kehebatan kandungan kreatif asal Korea Selatan, baik filem mahupun siri. Lewat Netflix, nampaknya posisinya dalam pasaran global bakal menjadi lebih kukuh.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 4:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Acara See What’s Next Korea (SWN) telah diadakan baru-baru ini untuk menguar-uarkan berita kandungan hiburan dari Korea Selatan di platform penstriman Netflix. 

Banyak pengisian menarik yang telah dikongsikan tetapi kali ini kami akan kongsi dengan anda tiga topik utama yang kami rasakan cukup penting. 

Kejayaan Netflix dan Kandungan Asal Korea Selatan 

Pada awal acara, Naib Presiden kandungan Netflix, Minyoung Kim mengumumkan sehingga hujung tahun 2020, Netflix mempunyai 3.8 juta ahli berbayar di Korea Selatan. Siri dan filem dari negara itu juga diterima baik oleh penonton Netflix dari 190 negara lain. Behubungan itu, Netflix akan melaburkan hampir USD 500juta pada tahun 2021 ke arah komuniti kreatif Korea untuk penghasilan siri dan filem baru. 

Perbezaan Bahasa dan Budaya Bukan Penghalang

Sewaktu dua sesi bersama dua penulis skrip Kim Eun-hee ('Kingdom') dan Yoon Shin-ae ('Extracurricular,' 'Glitch'),  serta eksekutif Netflix Don Kang, Vincent Taewon Kim, pengarah Jung Byung-gil dan Park Hyun-jin, kami mendapati bahawa ada beberapa perkara yang konsisten ditekankan. 

Pertama, Netflix cukup terbuka menerima skrip dengan jalan cerita dengan nuansa Korea dan kedua, bahasa tidak menjadi masalah. Ini memang sudah dibuktikan sekian lama dengan filem-filem Korea yang sering mendapat tempat di festival-festival filem antarabangsa. Terkini, dengan menangnya filem Parasite di Anugerah Academy.

Tetapi dengan adanya Netflix, bukan sahaja filem, malah siri-siri juga dapat dinikmati oleh jutaan penonton di seluruh dunia tanpa ada keperluan untuk mengubah suai mengikut citarasa global. 

Akhirnya, Filem Netflix Original Korea

Netflix sudah menerbitkan filem-filem originalnya sendiri sejak tahun 2015. Tetapi tahun ini, mereka melebarkan sayap ke Korea Selatan dan membuat pelaburan ke arah penerbitan filem Netflix Original Korea pula. Dua tajuk yang dikongsi sewaktu SWN ialah-- Carter dan Moral Sense (tajuk sementara). 

Carter diarahkan oleh Jung Byung-gil yang telah mengarah filem The Villainess dan Confession of Murder. Jalan cerita asas filem chase thriller ini berkisar tentang seorang agen yang hilang ingatan dan terperangkap dalam sebuah misi penuh misteri. Sesuailah dengan latar belakang kerja-kerja Jung Byung-gil sebelum ini. 

Moral Sense pula diarahkan oleh Park Hyun-jin, pengarah filem Like for Likes dan Lovers of Six Years. Sama seperti Jung Byung-gil, Park Hyun-jin adalah pakar dalam genre filemnya. Cerita asas Moral Sense diangkat daripada webtoon dengan nama sama, yang berkisarkan tentang seorang lelaki dan citarasa seksual anehnya serta seorang wanita yang tahu tentang rahsia gelapnya. 

Kedua-dua filem ini akan ditayangkan secara eksklusif di Netflix.

Lebih Banyak Siri Hebat

Sewaktu acara SWN, banyak siri-siri Korea baru diumumkan tetapi kami tertarik dengan empat tajuk: ‘The Silent Sea’, ‘Squid Game’, ‘Hellbound’, dan ‘Kingdom: Ashin of the North’.

The Silent Sea

The Silent Sea’ menjadi tajuk yang disebut-sebut peminat siri Korea kerana ia bakal menjadi siri yang agak groundbreaking. Ceritanya tentang sekumpulan saintis yang membuat perjalanan ke Bulan selepas Bumi ketandusan air dan makanan. Tiga nama besar yang mengepalai senarai pelakon siri ini ialah Gong Yoo, Bae Doo-na dan Lee Joon. Selain itu, skrip ditulis oleh Park Eun-Kyo, penulis skrip filem Mother. Pelakon ternama Jung Woo-Sung menjadi penerbit eksekutif siri yang dibuat berdasarkan filem pendek karya Choi Hang-yong ini.

Sewaktu acara SWN, Bae Doo-na dan Lee Joon ada menyebut bahawa bekerja untuk siri ini merupakan satu pengalaman yang baru. Pada awalnya, sut angkasa yang dipakai oleh mereka terlalu berat dan susah untuk bernafas. Lee Joon bersetuju dengannya tetapi selepas beberapa lama, katanya sudah tidak ada masalah lagi. Dan beliau juga sangat teruja menjadi sebahagian daripada siri ini kerana sering mengikuti perkembangan kajian angkasa lepas.

Buat Jung Woo-Sung pula, bekerja sebagai penerbit eksekutif adalah juga satu pengalaman baru buatnya. “Sebagai seorang pelakon senior dan juga produser eksekutif, saya harus berhati-hati di set kerana tidak mahu kelihatan menggentarkan. Dan tanggungjawab yang saya pikul juga berbeza,” katanya. 

Tetapi Woo-Sung cukup bangga dengan apa yang telah dicapai oleh siri ini, walaupun masih dalam proses penggambaran. “Kami banyak perlu bereksperimentasi. Dari mencipta bentuk permukaan bulan, scene tanpa graviti, hinggakan pantulan cahaya pada visor juga harus difikirkan kerana belum ada siri bergenre sci-fi dibuat di Korea Selatan.”

Penulis skrip Park Eun-Kyo menambah, “Asalnya siri ini sebuah filem. Tetapi universe dan jalan ceritanya cukup besar untuk kami jadikan siri. Ia membolehkan kami benar-benar mendalami penceritaannya.” 

Tangkapan layar: Getaran.my
Tangkapan layar: Getaran.my

‘Hellbound’ 

Dengar tajuk saja sudah tahu siri ini akan berpaksikan unsur mistik dan supernatural. Diadaptasi daripada webtoon bertajuk ‘Hell’ di Naver, ia akan diarahkan oleh Yeon Sang-ho, pengarah filem Train To Busan. Ini juga merupakan siri pertama arahan beliau. Barisan pelakon juga bukan calang-calang. Ada Yoo Ah-in, Park Jeong-min, Kim Hyun-ju, Won Jin-ah dan Yang Ik-jun. 

Dalam siri ini, manusia akan dihantar ke neraka selepas bertemu dengan malaikat maut. Ya, ideanya tidak realistik, tetapi menurut Yoo Ah-in konsep syurga dan neraka ada dalam pelbagai budaya dan agama di seluruh dunia, jadi beliau tidak gusar tentang penerimaan penonton global. 

Park Jeong-min menambah, “Apakah yang dimaksudkan dengan penceritaan atau lakonan yang dibuat untuk penonton global? Adakah ia bermaksud saya harus bertutur dalam Bahasa Inggeris? Saya tidak melakukan itu dalam siri ini. Tetapi seperti kata Ah-in, universe yang dicipta dalam siri ini cukup besar. Isi kandungannya dari Korea Selatan, tetapi boleh dihayati penonton dari negara lain.” 

Tangkapan layar: Getaran.my
Tangkapan layar: Getaran.my

Kingdom: Ashin of the North’ 

Tidakkah kita terhibur dengan dua musim ‘Kingdom’ sebelum ini? Siapa sangka siri zombi dengan latar belakang zaman Joseon boleh jadi buah mulut penonton seluruh dunia? “Semasa kami kongsikan idea ini bersama Netflix, kami tidak menyangka ia akan diterima bulat-bulat. Dan seterusnya diminati penonton global. Kini sudah tiga tahun kami bekerja bersama Netflix, sudah rasa seperti keluarga,” kata penulis skripnya Kim Eun-hee. 

“Kami mahu mendalami jalan cerita rahsia ‘resurrection plant’ tapi kami rasa lebih baik kami jadikan cerita tentang Ashin sebagai batu loncatan untuk ke kisah ‘resurrection plant’ itu. Maka terhasillah ‘Ashin of The North,” tambah Eun-hee. 

Gianna Jun (Jun Ji-Hyun) muncul sebagai Ashin di hujung musim kedua ‘Kingdom’ dan telah membuat ramai penonton terkejut. Beliau akan memainkan watak itu lagi untuk episod khas ini. Park Byung-Eun yang memainkan watak Komander Min Chi-rok juga akan membuat kemunculan kembali. 

Squid Game

Apa agaknya terjadi apabila dua pelakon lelaki hebat bergabung dalam satu siri bertemakan survival game? Nuansa ‘Squid Game’ nampaknya sedikit seperti Hunger Games atau Battle Royale tetapi ia sebenarnya diangkat daripada permainan kanak-kanak di Korea Selatan.

Lee Jung Jae dan Park Hae-soo menjadi dua pelakon utama siri ini. Berlatarbelakangkan negara antah-berantah, penduduknya menyertai permainan survival penuh misteri untuk memenangi hadiah 40 juta dolar. Ini adalah siri pertama arahan Hwang Dong-hyuk yang sebelum ini mengarahkan filem Silenced, Miss Granny, dan The Fortress

Sama seperti ‘Silent Sea’ siri ini awalnya dirancang sebagai sebuah filem tetapi pengarah dan penulis skrip merasakan jalan ceritanya cukup untuk didalami sebagai sebuah siri. 

“Proses penggambaran siri ini cukup menarik. Kami perlu ‘bermain’ enam 'permainan' dan itu bermaksud ada enam set berbeza. Setiap set luas bukan main lagi. Cukup mengagumkan,” kata Lee Jung-jae.

“Sebenarnya agak mencabar, mencipta set yang besar kerana kami sukar mencari rujukan. Tetapi hasilnya cukup memuaskan hati. Kami terpaksa mencipta set kerana dalam siri ini, lokasi permainan tersembunyi dari dunia nyata,” tambah pengarah Hwang Dong-hyuk. - Getaran, 28 Februari 2021

Tangkapan layar: Getaran.my
Tangkapan layar: Getaran.my

Semua gambar: Ihsan Netflix Malaysia, kecuali tangkapan layar

Isu Pada

Syahir Rosdi

27 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Filem & TV 2 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Kemenangan Korea Selatan Ke Atas Australia Bukan Balas Dendam - Son

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu