Berita Terkini

1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Kepuasan Menghasilkan Produk Seni Resin

Seni resin semakin mendapat tempat dalam kalangan pencinta seni. Kecantikan dan keunikan hasil seni resin ini pastinya mampu menambat hati sesiapa sahaja.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 9:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seni resin semakin mendapat tempat dalam kalangan pencinta seni.

Kecantikan dan keunikan hasil seni resin ini pastinya mampu menambat hati sesiapa sahaja termasuklah Ayu Iryani Mazalan yang jatuh cinta pandang pertama saat terlihat sebuah video penghasilan seni resin di Instagram. 

Seni resin adalah sejenis seni untuk menghasilkan pelbagai barangan seperti aksesori, pelapik cawan, bekas aksesori, penanda buku, talam, sikat atau barang perhiasan menggunakan resin yang dicampur bersama beberapa bahan lain. 

Menurut Ayu yang pernah berkhidmat sebagai pramugari selama 15 tahun ini, dia semangnya sudah lama teringin untuk menghasilkan sendiri barangan seni resin kerana sering melihat di akaun media sosial Instagram.

“Saya sering melihat video-video serta gambar hasil resin art dari akaun Instagram seorang wanita dari Barat. Dari situ terdetik di hati ingin cuba hasilkan sendiri.

“Saya cuba belajar dari YouTube, Pinterest, Instagram dan Google. Tapi kebanyakkannya saya belajar cara-cara membuat dari YouTube,” jelas wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

Ditanya adakah proses menghasilkan seni resin ini susah kerana jika dilihat dari bentuknya, seakan-akan sukar untuk dihasilkan sendiri.

“Prosesnya tidaklah sukar tetapi tidak juga senang. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan dalam menghasilkan produk berasaskan resin ini.

“Untuk menghasilkan sesuatu produk resin, kita perlukan bahan-bahan asasnya seperti epoxy resin, pengeras, pigmen warna dan beberapa bahan hiasan lain seperti bunga kering dan sebagainya.

“Jika anda membeli barang-barang dari pembekal, mereka akan sediakan sukatan campuran yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk resin.

“Kita cuma perlu ikut sahaja sukatan yang telah disediakan. Guna penimbang seperti penimbang yang sering kita gunakan untuk membuat kek.

“Resin perlu dicampur dengan bahan pengeras dalam cawan plastik kemudian perlu dikacau perlahan-lahan dalam 3 ke 5 minit ikut arah jam.

“Kemudian campurkan pigmen warna yang kita suka atau boleh gunakan bunga kering, atau serbuk warna ikut kreativi masing-masing. Kemudian, tuangkan campuran ke dalam acuan.

“Selepas tuang ke dalam acuan, kita perlu pastikan tidak ada gelembung udara yang terbentuk. Setelah itu, dibiarkan selama 24 jam untuk pastikan produk yang kita hasilkan betul-betul kering dan menjadi plastik yang solid,” terangnya.

Jelas wanita berusia 38 tahun ini lagi, dia puas dan gembira setiap kali melihat hasil seninya ‘menjadi’, terutamanya saat mengeluarkan hasil seninya dari acuan. 

Sering berkongsi hasil seninya di akaun Instagram, perkara itu lantas mendapat perhatian teman-temannya di media sosial. Bermula dari hobi, kini minatnya dalam bidang seni ini bertukar menjadi perniagaan kecil-kecilan kerana sering mendapat permintaan dari teman-temannya.

“Alhamdulilah, saya pun tak sangka ada orang yang berminat dengan hasil kerja tangan saya. Kebanyakan yang tempah adalah kenalan rapat dan juga dalam kalangan ahli keluarga,” katanya.

Ditanya apakah cabaran untuk menghasilkan produk ini, kata Ayu sewaktu awal pembabitannya, ada juga hasil seninya tidak menjadi kerana sukatan campuran yang tidak tepat.

“Lama-kelamaan saya sudah dapat sukatan yang betul. Cuma bila mahu hasilkan sesuatu daripada resin ini kena pastikan betul-betul tiada gelembung udara.

“Pemilihan kombinasi warna juga memainkan peranan untuk produk yang kita hasilkan itu nampak lebih cantik dan menarik,” kongsinya.

Tambah Ayu lagi, produk yang paling tinggi permintaanya adalah Pressed Flower Hexagon Coaster iaitu set pelapik cawan berbentuk heksagon yang coraknya diperbuat daripada bunga kering. 

Dia akan membuat setiap tempahan mengikut cita rasa pembeli ataupun mencadangkan corak dari ilhamnya sendiri.

Ayu juga mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi minatnya ini ke satu pasaran yang lebih besar, namun bukan buat masa sekarang kerana dia masih bekerja sepenuh masa. - Getaran , 12 Disember 2021

Gambar : Ihsan Ayu Iryani

Isu Pada

Amaran Bunga Dan Siti Nordiana

11 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Tinggal Serumah Bersama 20 Ekor Haiwan Eksotik

2

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Mel Muzammil Obses Dengan Jenama Barbie Dan Britney Spears 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Krusye Bukan Sekadar Hobi, Malah Terapi Jemari

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hobi Tangkap Anak Ikan Kelah Sumber Duit Poket Tiga Sahabat

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi