web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tinggal Serumah Bersama 20 Ekor Haiwan Eksotik

Kami bersama seorang anak lelaki kini tinggal bersama lebih 20 ekor haiwan terdiri daripada antaranya spesies Western Hognose Snake dan Cornsnake (ular) serta Sailfin Dragon, Blue Tongue Skink dan Leopard Gecko (cicak).

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 2:23PM

Muhammad Helmi Izzuddin Yusof, 35, bersama dua ekor cicak spesis Sailfin Dragon peliharaannya sambil diperhatikan isterinya Zulfarina Zulkifli ketika ditemui pemberita dirumahnya di Taman Rusa, Gua Musang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula dengan sekadar hobi, sepasang suami isteri kini membiak lebih 10 jenis haiwan di rumah mereka di Taman Rusa, Gua Musang. 

Muhammad Helmi Izzuddin Yusof, 35, dan isteri Zulfarina Zulkifli, 35, berjaya menguruskan 20 ekor haiwan eksotik seperti ular, katak, cicak tokek harimau dan labah-labah tarantula.

Zulfarina berkata mereka memiliki permit dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk memelihara haiwan eksotik berkenaan.

"Kami bersama seorang anak lelaki kini tinggal bersama lebih 20 ekor haiwan terdiri daripada spesies Western Hognose Snake dan Cornsnake (ular); Sailfin Dragon, Blue Tongue Skink dan Leopard Gecko (cicak); Tarantula (labah-labah) serta Pacman Frog dan Pixie Frog (katak).

"Saya bukan hanya membela, namun turut menjualnya secara dalam talian kepada orang ramai yang berminat," katanya ketika ditemui pemberita, baru-baru ini.

Zulfarina berkata mereka memiliki permit dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk memelihara haiwan eksotik berkenaan
Zulfarina berkata mereka memiliki permit dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk memelihara haiwan eksotik berkenaan

Zulfarina berkata walaupun perniagaan yang diusahakan ini hanya dibuat di beberapa platform jualan dalam talian, sambutan yang diterima amat menggalakkan. 

“Kami dalam proses membuka premis jualan haiwan eksotik, makanan dan ubat-ubatan haiwan olahan kami sendiri, jadi buat masa ini tempahan dan maklumat boleh disalurkan ke Facebook rasmi kami, Raptor Riot Malaysia HQ,” katanya. 

Sementara itu, Muhammad Helmi berkata hobi membela dan mengumpul haiwan eksotik itu bermula ketika menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) 11 tahun lepas, sebelum menjalankan pembiakan spesies haiwan itu untuk dijual kepada mereka yang berkongsi hobi sama.

“Walaupun membiak haiwan ini dengan sendiri, kami akan pastikan kesemua induk melalui proses pembiakan dengan baik dan sempurna sebelum sedia untuk dijual. 

“Penjagaan untuk semua haiwan ini tidaklah terlalu rumit, misalnya untuk ular ia hanya perlu diberi makan sekali seminggu jadi peruntukan untuk mereka tidak mahal,” katanya. 

Tidak hanya melakukan pembiakan, pasangan ini mengambil pendekatan memudahkan pemilik haiwan eksotik lain dengan menghasilkan makanan ular yang siap diproses dan dijual sejak empat tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Dalam Kenderaan

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

10,000 Orang Asli Temiar Di 7 Penempatan Terputus Hubungan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kusangkakan Ular, Rupanyaaa...

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN