web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hobi Tangkap Anak Ikan Kelah Sumber Duit Poket Tiga Sahabat

Tiga sahabat dari Kampung Bukit, di sini menambah ‘duit poket’ bagi perbelanjaan ke sekolah sekali gus meringankan beban ibu bapa masing-masing.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 4:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hobi menangkap anak ikan kelah merah membolehkan tiga sahabat dari Kampung Bukit, di sini menambah ‘duit poket’ bagi perbelanjaan ke sekolah sekali gus meringankan beban ibu bapa masing-masing.

Kebiasaannya, Muhammad Syahrizal Aiman Abdullah, 14, bersama rakannya Muhammad Sharil Hakim Mat Nawang, 12 dan Muhammad Faizal Ikhwan Ismail, 11, akan keluar mencari spesies ikan sungai itu pada waktu petang selepas tamat waktu persekolahan.

Muhammad Syahrizal Aiman berkata mereka menggunakan penapis air bagi menyauk anak ikan kelah merah yang banyak terdapat di sepanjang Sungai Belukar Bukit, dan setiap seekor dijual antara 30 sen dan 40 sen bergantung kepada saiz.

“Jualan tak menentu tengok nasib berapa jumlah anak ikan yang berjaya ditangkap, paling banyak yang pernah saya dapat RM200 itupun setelah sehari suntuk menyauk ikan.

“Ramai pembeli yang dah kenal saya akan datang ke sini bagi mendapatkan anak ikan kelah. Biasanya ia dijual semula pada harga lebih tinggi untuk pasaran luar," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Muhammad Sharil Hakim pula berkata keghairahan mereka dengan hobi itu, bagaimanapun tidak menjejaskan pelajaran kerana aktiviti tersebut hanya dilakukan pada musim cuti sekolah, cuti umum atau waktu petang sahaja.

“Saya akan pastikan semua kerja sekolah siap, baru boleh keluar cari anak ikan di sungai. Emak dan ayah selalu ingatkan saya agar tidak terlalu leka dengan hobi ini," kata murid Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Betong di sini itu.

Sementara itu, Hafidah Othman, 48, ibu kepada Muhammad Faizal Ikhwan berkata dia memahami minat anaknya itu, namun sentiasa mengingatkan agar menitikberatkan aspek keselamatan sepanjang berada di sungai.

“Syukur, hobi ini sekurang-kurangnya dapat memberi pendapatan kepada dia bagi membeli apa sahaja yang diinginkan. Jumlah yang diperoleh bukan perkara utama.

“Hobi ini juga secara tidak langsung dapat menjauhkan mereka daripada gajet yang menjadi kegilaan anak-anak zaman sekarang, selain dapat mendidik mereka untuk menghargai alam semula jadi," katanya. - Bernama

Gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari