Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Krusye Bukan Sekadar Hobi, Malah Terapi Jemari

Walaupun membuat krusye hanyalah sekadar hobi yang dilakukan pada masa lapang, namun ia juga mendatangkan pendapatan buat Puan Sri Zaleha serta membantu masalah artritisnya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 8:00PM

Puan Sri Zaleha Musa - Gambar oleh Ellyna Ali

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada usia yang sudah mencecah usia 77 tahun, jari-jemari Puan Sri Zaleha Musa yang sudah dimamah usia kelihatan sungguh pantas menggunakan batang jarum krusye atau crochet hook untuk menyiapkan baju musim panas untuk cucu perempuannya. 

Menjahit, mengait dan menyiapkan krusye adalah minat dan hobi Zaleha yang telah dipupuk sejak dari zaman kanak-kanaknya lagi. 

Puan Sri Zaleha Musa bersama koleksi bebenangnya
Puan Sri Zaleha Musa bersama koleksi bebenangnya

“Saya mula belajar menjahit sewaktu bersekolah di Convent Sentul dan kemudian Convent Kluang apabila mengikut keluarga yang berpindah ke sana atas tugasan kerja bapa. 

“Waktu itu sekolah Convent bukanlah sekolah yang berada di bawah seliaan kerajaan Malaysia. Sebaliknya, diselia oleh biarawati. 

“Jadi, pada waktu itu, memang ada subjek khas yang wajib diambil iaitu menjahit. Di situlah saya mula belajar pelbagai jenis jahitan baju, mengait, membuat krusye serta quilt,” katanya kepada Getaran. 

Sejak daripada itu, kata Zaleha, menjahit, mengait serta membuat krusye telah menjadi minat dan hobinya yang dilakukan pada waktu lapang. 

“Apabila saya berpeluang menetap di Amerika Syarikat pada 1964 kerana mengikuti arwah suami menyambung pengajian di sana, saya mula mendalami teknik dan ilmu mengait dan membuat krusye. 

Batang jarum krusye atau 'crochet hook'
Batang jarum krusye atau 'crochet hook'

“Melalui beberapa kenalan warganegara di sana, saya diajar untuk memahami kod-kod mengait dan krusye dan kegunaan jarum-jarumnya serta crochet hook

“Akhirnya, saya ambil keputusan untuk menyertai kelas mengait dan membuat krusye secara formal. 

“Kebetulan waktu itu, saya dan suami menetap di Wisconsin. Cuaca di sana sentiasa sejuk. Jadi, dengan apa yang saya pelajari dan dalami, saya pun mengait bermacam  baju panas, topi dan sarung tangan untuk kegunaan arwah suami dan diri saya sendiri,” katanya. 

Pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun menetap di Amerika Syarikat, Zaleha masih meneruskan minat dan hobinya itu walaupun sibuk mengusahakan pelbagai perniagaan termasuk perniagaan stesen minyak dan makanan. 

“Saya tidak tahu apa sebabnya saya minat menjahit, mengait dan membuat krusye. Tapi, ia semacam satu terapi serta kepuasan bagi saya. 

“Saya puas apabila melihat sesuatu yang saya cetuskan itu menjadi,” katanya sambil tersenyum. 

Pada usia yang seperti ini, Zaleha mengakui, dia lebih senang menumpukan perhatian kepada pembuatan krusye. 

“Mengait memerlukan kita menggunakan dua batang jarum. Kalau krusye pula hanya menggunakan sebatang yang mempunyai cangkuk di hujung. 

“Proses membuat krusye lebih mudah daripada mengait. Sebab itulah saya lebih suka buat krusye daripada mengait,” katanya. 

Memandangkan dia juga menghidap penyakit artritis yang menyebabkan jari-jemarinya menjadi bengkok, Zaleha memberitahu doktor turut menyarankannya supaya jangan berhenti membuat krusye. 

“Ia bagaikan satu latihan tangan untuk saya. Dengan sisa waktu terluang yang banyak di hari-hari tua ini, saya pun buatlah krusye topi beanie, poncho, cadar bayi, sun hat, jumper bayi, set baju bayi (termasuk topi, sarung tangan dan sarung kaki), cadar bayi, selipar rumah serta sarung kotak tisu,” katanya. 

Apa yang tidak disangka Zaleha, hasil kerja tangan krusyenya itu telah berjaya dikembangkan menjadi sebuah perniagaan kecil. 

“Bila teman-teman dan saudara-mara melihat barangan krusye yang saya hasilkan, mereka pun tertarik untuk meminta saya membuatnya untuk mereka pula. 

“Akhirnya, dari mulut ke mulut, saya mendapat beberapa tempahan krusye untuk orang lain pula,” katanya yang turut memiliki Instagram perniagaannya dengan nama @nookgranny. 

Setiap barangan krusyenya dijual pada harga serendah RM26 sehinggalah RM100. 

Set baju bayi misalnya saya jual pada harga RM45, sarung kotak tisu (RM26) beserta dengan satu kotak tisu percuma di dalamnya. Poncho pula dijual harga RM65 dan cadar bayi (RM85). - Getaran, 26 Jun 2022

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 8 bulan yang lalu

Kalau Sedang Stres, Jom Masak Untuk Legakannya

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Tinggal Serumah Bersama 20 Ekor Haiwan Eksotik

3

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Mel Muzammil Obses Dengan Jenama Barbie Dan Britney Spears 

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hobi Tangkap Anak Ikan Kelah Sumber Duit Poket Tiga Sahabat

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA