Berita Terkini

14 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 14 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 14 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 14 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 14 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


5 Hidangan Enak Berasaskan Malt Coklat

Kami senaraikan lima hidangan mudah berasaskan serbuk minuman malt coklat yang anda boleh buat sendiri di rumah atau boleh dapatkan di kedai makan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 5:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Milo, Ovaltine dan Vico adalah jenama-jenama minuman berasaskan malt berperisa coklat. Anda pasti sudah biasa melihat minuman ini dijual di kedai-kedai tempatan, sama ada dalam bentuk serbuk untuk dibancuh atau dalam tin, sedia untuk diminum.

Disebabkan kandungan malt daripada barli atau gandum, rasanya sangat berbeza dengan minuman berasaskan serbuk koko biasa. 

Berkat idea kreatif rakyat Malaysia, pelbagai hidangan inovatif sudah terhasil daripada malt coklat ini.

Malah apabila kita memesan minuman dan makanan di aneka kedai makanan dan gerai, ada banyak pilihan makanan dan minuman yang berasaskan malt coklat. 

Di sini kami senaraikan lima hidangan mudah berasaskan malt coklat yang anda boleh sediakan sendiri di rumah atau boleh dapatkan di kedai makan. 

 

Minuman Malt Coklat Tabur

Minuman coklat tabur adalah sejenis minuman yang perlu diminum sejuk. Ia tersedia apabila air coklat ais yang telah siap dibancuh, ditaburkan pula dengan serbuk minuman malt coklat pada permukaannya.

Serbuk malt coklat tidak larut kerana bancuhan asas dingin. Ini memberi peluang untuk penggemar merasai terlebih dahulu serbuk minuman coklat semasa menghirup minuman.

Tergantung jenama minuman malt coklat yang digunakan, sesetengah tempat memberikan nama seperti 'Milo Dinosaur' atau 'Milo Tabur' kerana ia menggunakan serbuk Milo.

Kuantiti yang ditaburkan berbeza-beza, mengikut tempat makan. Kebiasaannya golongan kanak-kanak akan tertarik dengan hidangan ini namun perlu diingatkan, penambahan serbuk malt coklat juga bermaksud penambahan kandungan gula dalam minuman. Jadi berpada-pada ketika meminumnya.

 

Neslo

Neslo adalah minuman yang menggabungkan serbuk Nescafe dan serbuk Milo. Ia dibancuh bersama dan dihidangkan secara sejuk atau panas.

Neslo mempunyai rasa manis dan rasa coklat Milo bersama rasa sedikit pahit dari Nescafe selain aroma enak yang datang dari campuran dengan susu pekat atau gula secukup rasa.

Kini di Malaysia, orang ramai boleh mendapatkan minuman ini di semua kedai makan malah anda sendiri boleh cuba membuatnya di rumah. Paling enak dinikmati di waktu pagi dalam bentuk panas.

 

Aiskrim Malt Coklat 

Sebagai rakyat Malaysia anda pasti mengenali ‘Aiskrim Malaysia’ yang merupakan manisan ais ciptaan warga tempatan.

Aiskrim Malaysia berperisa malt coklat adalah antara perisa favourite ramai dan boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan mudah. 

Jika tidak jumpa plastik aiskrim Malaysia, boleh juga gunakan acuan 'popsicle' atau aiskrim biasa yang boleh didapati di kedai-kedai biasa.

Anda hanya perlu bancuhkan serbuk malt coklat pilihan mengikut cita rasa anda dan masukkan ke dalam plastik aiskrim dan kemudian bekukannya dalam peti ais.

Ia boleh dihidangkan semasa majlis keraian atau dibawa untuk berkelah dan sebagainya. 

Tip kami-- jangan kedekut dengan serbuk malt coklat dan letakkan sedikit susu cair dan susu pekat dalam bancuhan aiskrim anda untuk menjadikan ia lebih enak. 

 

Roti Tabur Malt Coklat

Kebanyakan masyarakat dunia menjadikan roti sebagai makanan utama di waktu sarapan. Anda boleh mencuba untuk membuat roti tabur malt coklat.

Caranya mudah, gunakan roti buku biasa, lebih elok jika roti putih. Taburkan serbuk malt coklat dan tuangkan sedikit susu pekat di atasnya. Kalau mahu variasi, boleh tambahkan hirisan pisang atau sedikit mentega kacang.

Ia sesuai juga dibuat bekal untuk anak-anak ke sekolah mahupun anda yang mahu ke tempat kerja. Ringkas dan mudah untuk disediakan.

 

Kuih Berasaskan Malt Coklat

Kepada yang gemar membuat kuih, anda boleh mencuba untuk mengolah resipi kuih tradisional dan moden untuk menjadikan ia berperisa malt coklat. 

Sebagai contoh, kuih lapis malt coklat boleh dibuat menggunakan cara pembuatan yang sama seperti kuih lapis tradisional. 

Variasi kuih lain yang boleh dicipta berasaskan minuman malt coklat adalah puding coklat, dadih coklat dan sebagainya. Kuih-muih dan manisan ini menarik untuk dijadikan sajian minum petang anda. - Getaran, 13 November 2021

Semua gambar: Pexels dan Unsplash

Isu Pada

Metamorfosis Sherry Alhadad

13 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemain Industri Makanan Perlu Kerjasama Jayakan Pelaksanaan Menu Rahmah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Harga Makanan, Minuman Di Restoran Masih Tinggi Walaupun Harga Bahan Mentah Telah Turun - Rafizi

3

TARA 4 bulan yang lalu

Tak Sempat Nak Masak, 2 Resipi Mudah Ini Dicipta Untuk Mereka Yang Sibuk

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Produk Minuman Nutri Malt Keluaran Carlsberg Tiada Sijil Halal - JAKIM

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa