web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Pentas Tenaga Milo' Perkasa 200 Belia Menerusi Kisah Ketabahan Dan Minat 

Inisiatif dilancarkan di Taylor’s University ini bertujuan untuk menginspirasi belia manfaatkan kelebihan diri, tabah menghadapi cabaran dan mengejar matlamat serta cita-cita.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2024 12:45PM

Inisiatif Pentas Tenaga MILO dilancarkan di Taylor’s University Julai lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Milo® berjaya melancarkan inisiatif Pentas Tenaga MILO® yang dinanti-nantikan di Taylor’s University pada Julai lalu, sekali gus menyemarakkan semangat dalam  kalangan 200 belia menerusi siri bicara inspirasi.

Sebagai sebahagian daripada kempen Skuad Tenaga Malaysia Milo®, Pentas Tenaga Milo® berfungsi sebagai sebuah platform dengan tujuan untuk menginspirasi dan memberikan suara kepada golongan belia terus mengejar matlamat dan cita-cita mereka.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo®, Ng Su Yen berkata, “Pentas Tenaga Milo® merupakan bukti kukuh terhadap komitmen kami.

“Menerusi inisiatif ini, kami berhasrat untuk menginspirasi para belia supaya memanfaatkan kelebihan diri mereka, menghadapi cabaran dengan tabah dan mengejar matlamat dengan keazaman tinggi dalam setiap aspek kehidupan.”

Katanya, Milo® sentiasa komited dalam memastikan juara-juara muda mendapat khasiat secukupnya serta memperkasakan mereka dengan teras nilai hidup.

“Setiap produk Milo® dalam rangkaian kami diperakui Pilihan Sihat, kriteria nutrien yang ketat untuk kategori produk ini.

“Dengan itu, produk kami bukan sahaja membekalkan tenaga untuk gaya hidup aktif tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan para pengguna kami; dari segi fizikal, mental dan rohani,” tambah beliau.  

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Taylor’s University, Ben Foo pula berkongsi, “Di Taylor’s, kami mengutamakan kecemerlangan akademik dan perkembangan kendiri.

“Inisiatif Pentas Tenaga Milo® menawarkan pelajar kami pandangan dan inspirasi berharga daripada pakar dalam pelbagai bidang untuk membantu mencapai matlamat mereka.”

Pada acara yang berlangsung pada Julai lalu, beberapa panel jemputan berpengaruh telah dijemput dan mereka telah berkongsi kisah sebenar hidup mereka. Ia mengenai keazaman dan daya tahan dalam bidang masing-masing.

Pelakon popular Nadhir Nasar (tengah) antara yang hadir.
Pelakon popular Nadhir Nasar (tengah) antara yang hadir.

Antara yang hadir ialah pelakon popular Nadhir Nasar. Pada usia 28 tahun, dia bukan sahaja cemerlang sebagai seorang pelakon, tetapi juga bercita-cita untuk menceburi bidang pengarahan dengan matlamat  untuk membawakan impak yang signifikan dalam industri  filem.

Pemain skuasy kebangsaan, Sivasangari Subramaniam juga turut meluangkan masa. Sebagai pemain yang mencapai kedudukan ke-10 di pentas dunia pada usia 25 tahun, kejayaan Sivasangari amat membanggakan.

Beliau telah menerima penghormatan sebagai Atlet Bulanan oleh The World Games bagi pencapaian kemenangan beliau yang mengagumkan di London Classic. 

(Dari kiri) Sivasangari Subramaniam, Nadhir Nasar dan Kim May Chee.
(Dari kiri) Sivasangari Subramaniam, Nadhir Nasar dan Kim May Chee.

Kim May Chee, usahawan wanita yang berjaya menempa nama dengan melancarkan bar blow-dry pertama Malaysia, COCOdry pada usia 26 tahun, turut berkongsi kisah yang mempamerkan semangat keusahawanan dan inovasi yang luar biasa.

Kisah suara-suara muda ini menjadi bukti kukuh kepada mesej teras kempen bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk mengatasi kesusahan mereka dan memberi impak yang signifikan. 

Pada acara tersebut, Milo® turut berinteraksi dengan para pelajar dan mengedarkan 5,000 cawan Milo®, serta mengedarkan produk-produk di bawah jenama ini.  – Getaran, 23 Ogos, 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

2 Hari Siapkan ‘Kitalah Juara’, Ayda Jebat Mahu Bikin Lagu Untuk Penyanyi Lain

2

TARA 4 tahun yang lalu

5 Hidangan Enak Berasaskan Malt Coklat

3

Video & Galeri 5 tahun yang lalu

Selera Di Getaran - EP.10 Dalgona Milo Milkshake

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi