Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2 Hari Siapkan ‘Kitalah Juara’, Ayda Jebat Mahu Bikin Lagu Untuk Penyanyi Lain

Pertama kali bergandingan dengan Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna dalam lagu terbaharu, Ayda tidak menolak jika ada rezeki untuk menghasilkan lagu buat mereka di masa depan.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 9:00PM

Ayda Jebat punya dua hari sahaja untuk menyiapkan lagu tema Malaysia Boleh Bersama MILO bertajuk 'Kitalah Juara'. - Gambar ihsan MILO

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan jadual harian yang padat, penyanyi Ayda Jebat hanya mempunyai tempoh masa dua hari sahaja untuk menyiapkan lagu tema Malaysia Boleh Bersama MILO bertajuk 'Kitalah Juara'. 

Lagu untuk acara terbesar MILO sempena hari Malaysia itu telah dihasilkan Ayda Jebat manakala untuk bahagian rap bahasa Cina dan India dibantu Jestinna Kuan dan Rabbit Mac. 

Persembahan lagu tersebut turut dinyanyikan bersama-sama Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan yang mencerminkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

“Sebenarnya jadual saya sangat penuh. Jadi bila Milo minta saya untuk berkolaborasi, saya terima tawaran itu dan siapkan lagu ini dalam tempoh dua hari sahaja. 

Bahagian lagu berbahasa Melayu dalam Kitalah Juara ditulis sepenuhnya oleh saya manakala untuk rap bahasa Cina dan India dibantu oleh Jestinna dan Rabbit Mac,” katanya ketika ditemui Getaran di program Malaysia Boleh Bersama MILO baru-baru ini.

Sebelum ini, Ayda Jebat banyak menyanyikan lagu yang dihasilkan sendiri. Hasilnya, lagu-lagunya selalu tular dengan rentak pop catchy yang mudah diingati pendengar. Ditanya adakah penyanyi itu bakal bertukar angin untuk menjadi seorang komposer yang menghasilkan lagu untuk artis lain di Malaysia, Ayda tertawa.

“Boleh Insya Allah! Memandangkan semua lagu sebelum ini saya yang buat dan nyanyikan sendiri. Kalau Jestinna dan Amir nak lagu, saya boleh buatkan ya,” katanya tersenyum sambil mengerling ke arah Jestinna dan Amir yang duduk di sebelahnya.

Bercerita lebih mengenai lagu 'Kitalah Juara', Ayda pada awalnya ingin menulis lirik yang cenderung ke arah patriotik. Namun, setelah dibaca ulang dan melalui beberapa fasa ubah suai, akhirnya lagu ini ditukar kepada sebuah lagu semangat. 

“Bila fikir balik kita sudah ada banyak lagu patriotik, jadi saya buat lagu semangat pula agar ia boleh dinyanyikan walaupun di luar acara Hari Malaysia,” tambah Ayda.

Bukan itu sahaja, lagu ini dihasilkan individu yang telah bersama membesar dengan MILO dan mempercayai semangat 'Malaysia Boleh' yang telah diketengahkan jenama tersebut sejak tahun 1993.

Penghasilan lagu ini diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan harmoni.

‘Kitalah Juara’ akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 23 September 2022 di semua platform. Untuk muzik video boleh tonton dari Youtube Channel Rasmi Ayda Jebat pada hari yang sama.

Terdahulu, MILO menganjurkan Kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO dengan sasaran menyatupadukan rakyat untuk melangkah jauh berbekalkan kebaikan tenaga MILO. - Getaran, 19 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 bulan yang lalu

Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Kandungan Berusia 5 Bulan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lagu Malaysia MADANI Diperdengar, Susuli Konsep Pentadbiran Kerajaan Perpaduan

3

TARA 1 tahun yang lalu

Makanan Halal Dan Mesra Muslim Yang Boleh Anda Cuba Di Taiwan

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Walau Diselubungi Kontroversi, Sissy Iman-Naim Daniel, Fyna-Ayda Jebat Berjaya Mara Ke Final

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Selebriti 23 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar