Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Sarapan Popular Sekitar Asia Tenggara

Minggu ini, kami senaraikan tujuh sajian sarapan paling popular di beberapa negara Asia Tenggara. Pernahkah anda mencuba semuanya?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 3:41PM

Gambar: Ivan Torres, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pintu sempadan antarabangsa sudah mula dibuka sedikit demi sedikit untuk tujuan pelancongan. Jadi anda sudah boleh mula merancang percutian ke negara-negara jiran yang terdekat.

Namun berlibur bukan soal jalan-jalan sahaja. Alas perut juga perlu diberi keutamaan, khasnya sajian sarapan pagi yang dianggap paling penting untuk memulakan hari.

Minggu ini kami senaraikan tujuh sajian sarapan paling popular di negara-negara Asia Tenggara.

 

Nasi Lemak – Malaysia

Nasi lemak pandan. Gambar fail
Nasi lemak pandan. Gambar fail

Begitu sinonim dengan rakyat Malaysia, nasi lemak bisa jadi sajian sarapan paling popular di negara kita.

Dianggap agak berat oleh beberapa warga asing kerana kandungan lemak dan lauknya namun ia masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia tiap pagi.

Berpaksikan nasi yang dimasak dengan santan ia kemudian dihidang dengan sambal, bersama telur rebus atau goreng, beberapa potong timun dan juga sedikit kacang goreng serta ikan bilis.

Kerap dibungkus dalam daun pisang dan kertas, harganya biasanya agak murah dan cukup untuk memulakan hari anda. Namun awas jangan makan terlalu banyak kerana kandungan santan boleh membuat anda mengantuk.

 

Pulut Panggang – Brunei

Jika di Malaysia kita biasanya memakan pulut panggang untuk hidangan petang atau sajian sampingan, di Brunei Darussalam menu ini adalah salah satu menu sarapan pagi yang sangat popular.

Tidak banyak beza dengan yang dihidangkan di Malaysia, pulut panggang diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan santan dan dimasukkan inti berupa kelapa bersama dengan ikan serta udang kering (mengikut selera masing-masing).

Ia kemudian dibungkus dengan daun pisang yang sudah dilayur atau diasapkan dan kemudian dipanggang seperti namanya.

 

Bubur Ayam – Indonesia (Kemboja, Laos dan Thailand)

Namanya agak jelas menerangkan sajiannya. Bubur Ayam adalah salah satu menu sarapan yang paling dikenali di negara jiran kita, Indonesia.

Ia merupakan bubur nasi yang biasanya dimasak bersama bawang merah, bawang putih, kunyit dan juga daun ketumbar.

Semestinya ia dihidang dengan hirisan ayam yang digoreng atau dikukus (mengikut pilihan tukang masak), keropok udang, kicap cair dan juga daun bawang.

Kadangkala disajikan bersama tempe serta tauhu goreng mengikut selera. Resipi ini turut dikongsi sebagai sarapan di Kemboja, Laos dan juga Thailand.

 

Roti Bakar dan Telur Separuh Masak - Singapura  (dan Malaysia)       

Dikenali gara-gara budaya kopitiam di Malaysia dan juga Singapura, sarapan ini agak popular kerana mudah disediakan dan sangat murah. Ia hanya terdiri daripada roti putih yang biasanya sudah dipotong dan kemudian dibakar di dalam pembakar roti.

Ia kemudian disapu dengan mentega dan kaya atau mentega sahaja serta gula mengikut selera. Pasangannya pula adalah sebiji atau dua biji telur separuh masak yang disaji bersama kicap cair atau kicap manis.

Malah ramai juga yang meletakkan telur separuh masak di atas roti tadi dan ada juga yang mencecahkan roti ke dalam adunan telur. Apapun cara dinikmati, ia tetap lazat dan menyelerakan.

 

Telur Dadar Goreng – Thailand

Jika orang Sepanyol terkenal dengan Telur Dadar Sepanyol mereka atau Spanish Omelette, warga Thailand juga ada telur dadar versi mereka.

Ia juga kadang dipanggil telur bungkus di negara kita kerana ia sebenarnya merupakan telur dadar yang dibungkus dengan aneka ramuan di dalam.

Biasanya telur dadar Thailand mengandungi bahan seperti daging (ayam dan seumpamanya), sayuran seperti bawang, lobak merah dan kadangkala timun atau kacang hijau. Kerap dihidang bersama nasi untuk menambahkan perisa.

 

Banh Mi – Vietnam (Sandwic Vietnam)

Gambar: Amy Tran, Unsplash
Gambar: Amy Tran, Unsplash

Selain daripada pho atau mi sup yang sangat sinonim dengan warga Vietnam, salah satu hidangan sarapan popular mereka adalah banh mi. Ia diilhamkan dari para penjajah Perancis yang pernah mentadbir Vietnam dahulu.

Banh Mi merupakan sejenis sandwic yang biasanya menggunakan roti Perancis iaitu ‘baguette’ dan berintikan daging serta sayuran.

Biarpun roti baguette dianggap lebih keras daripada roti biasa, namun kombinasi ini memang menjadi dan memberi kepuasan kepada yang menikmatinya.

Kini di Vietnam terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan halal serta menjual hidangan ini. Jadi kalau ke sana, pastikan anda mencuba hidangan ini.

 

Mohinga – Myanmar

Sarapan popular dari Myanmar ini mungkin akan mengingatkan sesetengah orang Malaysia kepada Laksa Penang gara-gara resipi dan juga baunya yang sangat mirip dengan sajian tersebut.

Karbohidrat utamanya adalah mi atau kuetiau yang dihidang bersama kuah khas yang dimasak dengan ikan (biasanya ikan keli) yang dihancurkan berserta bawang putih, bawang merah, serai, pes ikan dan juga halia.

Ia kemudian disajikan dengan daun bawang, sos ikan, hasil parutan kulit limau, bawang goreng, ketumbar sedikit cili untuk kepedasan, serta telur rebus dan fishcake.

Bukan sahaja dijual waktu sarapan malah boleh didapati sepanjang hari di Myanmar. Selain ramuannya yang halal, harganya juga tidak mahal sama sekali.  

 

Nasi Goreng – Filipina

Seperti kebanyakan negara di Asia Tenggara, secara umumnya sarapan paling popular di Filipina juga berasaskan nasi. Dan yang paling popular adalah nasi goreng bawang putih yang dihidang bersama telur mata lembu dan juga daging.

Kadang daging yang dimaksudkan adalah sosej daging, daging lembu konbif (corned beef) dan seumpamanya. Itu mungkin pengaruh daripada warga Amerika yang pernah membantu tadbir negara itu satu ketika dahulu.

Bergantung apa yang digunakan dalam sajian (sosej atau konbif), setiap sajian ini ada nama khasnya seperti tapsilog, cornsilog, hotsilog dan seumpamanya. - Getaran, 23 Oktober 2021

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Selera 5 bulan yang lalu

10 Nasi Lemak Paling Popular Dan Viral Di i-City Hujung Minggu Ini

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

4

TARA 7 bulan yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara