web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Nasi Lemak Paling Popular Dan Viral Di i-City Hujung Minggu Ini

Makan nasi lemak, masuk Waterworld, i-City secara percuma selama dua hari 

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2023 1:13PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Makanan adalah ejen yang paling berkesan untuk menyatukan hati rakyat Malaysia. Sebagai sebuah negara berbilang kaum, kita mempunyai pelbagai jenis makanan yang menambat selera. Nasi lemak merupakan salah satu hidangan yang tidak mungkin boleh dipisahkan. 

Jadi, jika anda salah seorang pencinta nasi lemak, hujung minggu ini luangkan masa ke acara ‘Makan Sama-Sama’ (edisi nasi lemak) pertama anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang akan diadakan di CityWalk, i-Cit, Shah Alam selama dua hari bermula 28 Oktober hingga 29 Oktober. 

Sepanjang tempoh dua hari ini, pengunjung berpeluang menjamu selera dengan lebih daripada 10 nasi lemak paling popular dan viral di Malaysia. Ini termasuklah Nasi Lemak Village Park, Nasi Lemak Akka, Nasi Lemak Pak Naser, dan Nasi Lemak Vegetarian Ru Yi. 

Bagi membolehkan rakyat Malaysia mencuba sebanyak mungkin nasi lemak ketika tempoh acara, menu Rahmah akan dijual pada harga di antara RM1 hingga RM5. Persembahan menarik lain dalam acara ini termasuk aktiviti ‘Sambal Smackdown’ dan pertunjukan fesyen pakaian tradisional kanak-kanak.

Nasi Lemak Village Park akan turut serta dalam acara makan-makan ini
Nasi Lemak Village Park akan turut serta dalam acara makan-makan ini

Selaras dengan acara ini, i-City juga akan membenarkan pengunjung masuk secara percuma tanpa had ke Waterworld@i-City bermula jam 12 tengahari. Taman tema air ini terletak bersebelahan dengan tapak acara. Jadi, inilah masanya untuk membawa seisi keluarga untuk menghabiskan hujung minggu dengan sesuatu yang menggembirakan. Kenyang perut, suka hati!

Pas percuma ini diberikan sempena program tanggungjawab sosial korporat One Shah Alam, One Destination yang dilaksanakan oleh Central i-City Mall, DoubleTree by Hilton i-City, i-City and Mercu Maybank.

Program tersebut berpaksikan konsep kesatuan (Oneness) dan rakan kerjasama program tersebut berhasrat untuk mewujudkan satu platform yang saksama bagi setiap individu, komuniti dan perniagaan di Shah Alam agar rakyat Malaysia akan terus maju dan melestarikan keamanan dan keharmonian negara, selaras dengan konsep Malaysia Madani. - Getaran, 25 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Usahawan 3 tahun yang lalu

Akka Nasi Lemak Popular Selepas Video Jualannya Tular

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Song Ji-hyo Teruja Sambutan Peminat Malaysia, Janji Nak Masak Nasi Lemak

3

TARA 3 tahun yang lalu

Sushi Nasi Lemak, Makanan Jepun Selera Malaysia

4

Selera 3 tahun yang lalu

Nasi Lemak, Durian Jadi 'Rebutan' Pada Minggu Makanan Malaysia Di Beijing

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia