web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sushi Nasi Lemak, Makanan Jepun Selera Malaysia

Hidangan tersebut mempunyai lima variasi sambal dan jenis sushi berbeza termasuk sambal tumis udang, ikan bilis dan rendang dengan harga antara RM1.20 hingga RM2.50.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 10:00AM

Peniaga Zara Sushi dan Nasi Lemak Mohd Syauqi Mustapa menunjukkan hidangan sushi nasi lemak pada Karnival Nasi Lemak Murai.my di pasar raya Mydin semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA - Sekali pandang hidangan ini kelihatan seperti sushi biasa, namun apabila diteliti, keunikan terletak pada intinya yang serupa dengan makanan tradisi nasi lemak.

Peniaga Mohd Syauqi Mustapa, 42, berkata idea untuk menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia dengan meletakkan inti seperti sambal, ikan bilis, kacang dan telur rebus itu, tercetus atas permintaan pelanggan.

“Pada mulanya saya menjual sushi dan juga nasi lemak bungkus daun pisang di gerai.

“Mungkin sebab letak kedua makanan bersebelahan, ramai minta kami jual sushi mengikut ‘tekak’ (selera) Malaysia ini,” katanya ketika ditemui pada Karnival Nasi Lemak Murai.my berlangsung di pasar raya Mydin di sini hari ini.

Mohd Syauqi yang mula memperkenalkan hidangan itu pada Mac tahun ini berkata hidangan tersebut mempunyai lima variasi sambal dan jenis sushi berbeza termasuk sambal tumis udang, ikan bilis dan rendang dengan harga antara RM1.20 hingga RM2.50.

Beliau berkata makanan tersebut mendapat sambutan hangat pelanggan dan mampu dijual sekitar 1,500 unit sehari di tiga gerai dan sebuah restoran dinamakan Zara Sushi dan Nasi Lemak, terletak di sekitar ibu negara antaranya di Dataran Pandan Prima dan Setapak Jaya.

Sementara itu, penganjur acara Shahful Shaffiq Mohd Salleh berkata program sehari bermula 9 pagi hingga 5 petang itu, mengumpulkan lapan vendor yang mengusahakan nasi lemak bagi mempromosi dan meraikan makanan yang menjadi identiti serta lambang perpaduan masyarakat berbilang kaum dan bangsa di negara ini.

Katanya matlamat program antara lain untuk menjadikan makanan sebagai medium menyatupadukan kepelbagaian bangsa di Malaysia, terutama pada kehangatan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disambut 16 September lepas.

“Rakyat Malaysia tak kira bangsa memang sinonim dan suka nasi lemak, jadi kita kumpulkan peniaga terkenal bertapak sekitar Lembah Klang yang menawarkan makanan sama (nasi lemak) tapi rasa berbeza dan mempunyai keunikan masing-masing,” katanya yang berhasrat menganjurkan acara serupa pada skala lebih besar pada masa akan datang.

Shahful Shaffiq berkata selain masyarakat tempatan, acara itu juga diharap mampu menarik perhatian pelancong dari luar negara, untuk mencuba sendiri keunikan makanan yang menjadi kebanggaan negara itu.

Selain jualan makanan, acara juga dimeriahkan demo masakan oleh Chef Dr Ezani Farhana Md Monoto serta persembahan daripada penyanyi muda yang semakin meningkat naik Aisha Retno. - Bernama

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 2 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh