web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akka Nasi Lemak Popular Selepas Video Jualannya Tular

Usahawan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 11:31AM

Tangkapan layar video TikTok @rv_chandran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga nasi lemak berbangsa India menjadi tumpuan selepas video pelbagai hidangan dijualnya viral menerusi platform dalam talian, sehingga pelanggan beratur ratusan meter hanya untuk mencuba menu disediakannya.

Penjual dikenali Sangeetha itu mengusahakan gerai kecil di Seri Kembangan, Selangor dan memiliki pelanggan setia yang sanggup beratur berjam lamanya untuk mencuba nasi lemak serta lauk dijual wanita terbabit, antaranya sambal sotong, rendang ayam dan sambal telur puyuh

Walaupun Sangeetha yang menggelarkan dirinya ‘Akka Nasi Lemak’ (Kakak Nasi Lemak), membuka kedai di kawasan itu kira-kira sedekad lalu, ia semakin meraih populariti selepas blog makanan KL Foodie menyiarkan video di TikTok mengulas mengenai masakan tempatan.

Video itu kemudian dikongsi ke Twitter oleh pengguna @jllmisai dan menerima lebih 1,560 ulang ciap dan hampir 5,000 tanda suka setakat jam 8 pagi ini.

Ketika segelintir warga maya meluahkan kegembiraan mereka atas sokongan diterima peniaga itu daripada orang ramai, beberapa netizen melahirkan rasa terkejut kerana ada pelanggan sanggup beratur dalam tempoh sangat lama.

Ia termasuk perkongsian dibuat menerusi TikTok pengguna bernama @meerasha2 mengenai pengalamannya menunggu lebih 11 jam untuk menikmati nasi lemak di gerai itu, manakala seorang lagi pengguna, @haxrexnaxxiax_08 mengatakan, dia beratur tujuh jam untuk membeli nasi lemak popular berkenaan.

@meerasha2 finally gt our nasi lemak after waiting almost 7 hours☺️… #akkakadainasilemak #akkanasilemakserikembangan #nasilemakviral #nasilemakserikembangan #akkanasilemakserikembangan @Akka Nasi Lemak Seri Kembangan @Black Mafia ♥️? ♬ The Monster (KGF) - Rosh Blazze
@haxrexnaxxiax_08 : Finally , After 7 Hours ? . #akkanasilemak #serikembangan ♬ original sound - : HaareeNambiar ?? .

Pengguna Twitter @pereira9403 pula berkata, dia mengharungi hujan lebat untuk turut beratur pada jam 4.30 pagi, sebelum gilirannya tiba pada jam 8.45 pagi.

Menerusi video berasingan disiarkan @mynewshub, ia menunjukkan ramai pelanggan tidak sabar-sabar, dengan kebanyakannya beratur di tepi jalan menuju ke gerai Sangeetha yang dilihat melayani pelanggan berbilang kaum dan bahasa.

Berikutan populariti diraih Sangeetha, pegawai khas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, iaitu Thiban Subbramaniam berkata, beliau akan memastikan penjual itu mempunyai dokumen diperlukan untuk berniaga secara sah

Mengulas mengenai lawatannya ke gerai Sangeetha minggu lepas, Thiban yang juga Timbalan Setiausaha PKR berkata, beliau diiringi wakil daripada pentadbiran Selangor dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Beliau juga berkata, Rafizi sudah mengarahkan pasukannya untuk membantu Sangeetha yang juga ibu kepada dua anak dan pencari nafkah tunggal untuk keluarganya mendaftar di bawah program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), bertujuan membasmi kemiskinan serta meningkatkan pendapatan rakyat.

“Beliau sangat teruja apabila kami menjelaskan mengenai program itu, (yang membolehkannya) menjual nasi lemaknya melalui mesin layan diri.

“Tidak lama lagi, nasi lemak akan tersedia di mesin layan diri!”,” katanya teruja menerusi ciapan Twitter yang turut menyaksikannya berkongsi video perbualannya dengan peniaga itu.

Sejak itu, Sangeetha membuka akaun TikTok sendiri untuk memastikan pengikutnya mengetahui perkembangan perniagaannya, dengan video terbarunya disiarkan pada Rabu lalu, menyatakan bahawa dia akan berehat kerana bekalan air tidak stabil di kawasannya.

Bagi mereka yang berminat mencuba nasi lemak Sangeetha, boleh ke gerainya di hadapan Hong Leong Bank di Jalan PUJ3/2 di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, dengan waktu operasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari. – The Vibes, 28 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon