Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nasi Lemak, Durian Jadi 'Rebutan' Pada Minggu Makanan Malaysia Di Beijing

Antara menu yang turut dihidangkan sepanjang minggu makanan berkenaan ialah nasi tomato, nasi ayam Ipoh, rendang daging, roti jala, roti canai, ais kacang, kuih ketayap, kuih seri muka dan kuetiau goreng.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 11:39AM

Nasi lemak, durian dan sate antara makanan popular Malaysia yang menjadi ‘rebutan’ pada ‘Malaysia Truly Asia Festival 2022 Food Week’ di Beijing - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nasi lemak, durian dan sate antara makanan popular Malaysia yang menjadi ‘rebutan’ rakyat China khususnya di Beijing dan komuniti kedutaan pada ‘Malaysia Truly Asia Festival 2022 Food Week’ di Beijing bermula semalam.

Zhou Xin, 55, dari Beijing yang mengetahui program berlangsung hingga Selasa ini daripada rakannya berkata beliau rambang mata apabila melihat pelbagai jenis makanan yang baginya kelihatan menarik dan mempunyai rasa berbeza. 

Sambil teruja menunjukkan sebiji durian, Zhou turut menyatakan hasratnya untuk berkunjung ke Malaysia selepas sempadan negaranya dibuka sepenuhnya.

"Saya tidak pernah ke Malaysia. Ke mana sahaja saya pergi, saya akan cuba menikmati setiap makanan di tempat itu. Saya sangat teringin ke Malaysia. Jika rakan rakyat Malaysia boleh membantu saya mencari makanan di sana nanti, saya rasa kunjungan saya sememangnya berbaloi,” katanya yang sempat menikmati nasi ayam dan nasi lemak.

Kira-kira 200 orang menghadiri program di China World Hotel, di tengah-tengah kota Beijing itu semalam dengan lebih 50 aneka makanan dan kuih-muih tradisi Malaysia dihidangkan secara bufet.

Duta Austria ke China Andreas Riecken mendapati produk berasaskan durian seperti aiskrim dan tiramisu sangat sedap dan unik serta harus dicuba - Gambar Hiasan
Duta Austria ke China Andreas Riecken mendapati produk berasaskan durian seperti aiskrim dan tiramisu sangat sedap dan unik serta harus dicuba - Gambar Hiasan

Antara menu yang turut dihidangkan sepanjang minggu makanan berkenaan ialah nasi tomato, nasi ayam Ipoh, rendang daging, roti jala, roti canai, ais kacang, kuih ketayap, kuih seri muka dan kuetiau goreng. 

Duta Austria ke China Andreas Riecken berkata beliau mendapati produk berasaskan durian seperti aiskrim dan tiramisu sangat sedap dan unik serta harus dicuba rakyat China yang datang ke minggu makanan berkenaan.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin yang melancarkan program itu berkata ia merupakan jendela untuk rakyat China mengenali Malaysia dengan lebih dekat terutama dari aspek makanan. 

“Kita mahu mereka merasakan makanan yang betul-betul asli dan boleh membangkitkan hasrat mereka untuk datang ke Malaysia setelah sempadan China dibuka sepenuhnya,” katanya. 

Minggu makanan berkenaan merupakan sebahagian daripada program Malaysia Truly Asia Festival 2022 yang dianjurkan Kedutaan Malaysia di China, Tourism Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia (MAYCHAM) di China bermula 15 hingga 31 Ogos ini bersempena Hari Kebangsaan. 

Selain minggu makanan, antara program lain yang telah dianjurkan ialah Pameran Seni Peranakan serta Forum Kesihatan dan Nutrisi Minyak Sawit ke-17 manakala majlis resepsi bersempena Hari Kebangsaan pula akan diadakan pada 31 Ogos ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

3

Rencana 1 bulan yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

China Sokong Keanggotaan Penuh Palestin Dalam Majlis Keselamatan PBB

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi