Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Memorabilia Metallica Bukti Peminat Tegar

Mengumpul barangan berkaitan kumpulan rock heavy metal Metallica menjadi hobi Mohd Hazri Shihabuddin sejak remaja sehingga menjangkau usia 40-an.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 4:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minat serta hobi mengumpul sesuatu barang atau objek sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu.

Dari zaman dahulu lagi kita pasti pernah mendengar kisah orang yang suka mengumpul wang syiling, setem, poskad dan macam-macam lagi objek yang menyimpan nilai seni tersendiri.

Hari ini, selain objek sedemikian, banyak selebriti mempunyai jenama khas mereka. Dari jenama-jenama ini pula lahir pelbagai barangan dan cenderahati yang memaparkan jenama tersebut hingga menjadikannya memorabilia.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, 'memorabilia' merujuk kepada sesuatu yang sangat menarik dan patut dikenang terutamanya berhubung dengan orang atau peristiwa yang masyhur. 

Bagi Mohd Hazri Shihabuddin, 41 yang bertugas sebagai Pengurus Artis dan Kerjasama Jenama, hobi mengumpul memorabilia merupakan sesuatu yang sudah beliau mulakan sejak zaman remaja lagi.

Beliau yang merupakan peminat tegar kumpulan rock heavy metal, Metallica, mempunyai pelbagai memorabilia Metallica yang dikumpul dari aneka negara.

Minggu ini kami bertanya apa yang mendorongnya untuk mengumpul objek-objek ini.  

Sejak bila anda meminati kumpulan Metallica?

Saya pernah tinggal di Amerika Syarikat sewaktu kecil dan mula mengenali kumpulan ini pada tahun 1988 semasa saya bersekolah di sana.

Saya pernah meminta ibu saya membelikan kaset ini pada tahun tersebut dengan menggunakan wang saku persekolahan yang ada.

Namun saya benar-benar mula meminati kumpulan ini pada tahun 1991 ketika saya pulang ke Malaysia dan mendapat tahu bahawa ramai juga kawan-kawan yang menyukai muzik kumpulan ini.

Kenapa anda meminati kumpulan ini? 

Ia mungkin agak subjektif namun saya memang menyukai genre muzik mereka selain lirik dan cara persembahan kumpulan ini.

Tambahan pula, mereka sudah bersama selama 40 tahun sejak bermula pada tahun 1981. Metallica juga merupakan salah satu kumpulan rock terawal yang saya dengari.

Malah daripada kumpulan Metallicalah saya belajar tentang irama rock.

Apa yang membuat anda ingin membeli dan mengumpul memorabilia kumpulan ini?

Pada mulanya saya hanyalah peminat muzik mereka dan ingin melihat mereka membuat persembahan secara langsung.

Namun semasa mereka mengadakan konsert jelajah di Asia Tenggara pada tahun 1993, mereka membuat persembahan di Singapura, Jakarta, Manila dan Bangkok tetapi tidak di Kuala Lumpur.

Gara-gara itu saya begitu terkilan serta sedih kerana tak sempat menyaksikan mereka beraksi di pentas. Sejak itu, saya nekad bercita-cita  mula mengumpul apa sahaja barangan dengan jenama mereka menggunakan wang yang ada.

Apakah barang-barang memorabilia Metallica yang telah anda kumpul selama ini?

Pelbagai. Saya ada aneka cakera padat single, pita kaset, video, kemeja-T, piring hitam DVD Blu Ray, poster, kole, cawan, buku, majalah, seluar malah stokin Metallica juga saya ada.

Saya juga pernah memiliki gitar Metallica namun saya terpaksa menjualnya di satu saat ketika saya agak terdesak memerlukan wang.  

Apakah memorabilia Metallica paling mahal yang ada miliki?

Saya rasa album Black dalam set kotak ulang tahun ke-30 mereka adalah yang paling mahal saya miliki pada harga RM1100 selain beberapa kemeja-T vintage yang berharga dalam lingkungan RM300 hingga RM500.

Saya juga pernah menjual gitar Metallica pada harga RM2,000 walaupun harga belinya sebenarnya lebih mahal.  

Memorabilia yang mana anda beli di luar negara?

Set kotak album Ride The Lightning sempena ulang tahun mereka yang ke-30 saya beli di Amerika Syarikat. Ada juga beberapa cakera padat single yang saya beli di London, United Kingdom.

Tidak ketinggalan aneka album, poster, serta kemeja-T yang dibeli di Amerika Syarikat. Setiap kali ke luar negara saya pasti mencari barangan Metallica.

Berapa lama anda ingin menyimpan serta mengumpul barang-barang memorabilia ini?

Saya akan menyimpannya selagi saya masih hidup. Ada beberapa di antaranya yang bernilai tinggi jika dijual di laman eBay dan seumpamanya. Selagi saya mampu, saya akan beli dan kumpul.

Adakah anda akan menjual memorabilia yang berharga tinggi? 

Sudah tentu jika saya benar-benar perlukan wang. Selain gitar yang saya sebutkan tadi, saya pernah menjual beberapa piring hitam namun saya hanya akan menjual yang lebih murah kerana sayangkan memorabilia yang mahal gara-gara nilainya.

Apabila anda tiada nanti, anda pasti akan mewariskan semua ini kepada anak-anak. Adakah anda akan biarkan mereka untuk menjualnya atau mahu ia diwariskan ke generasi berikutnya?

Saya harap mereka akan mengenang dan menghargai apa yang telah saya kumpul dan sedar betapa bernilainya koleksi ini.

Saya juga harap mereka akan sentiasa ingat bahawa ayah mereka peminat Metallica yang sejati. Saya sangat berharap mereka akan menyimpannya selama yang mungkin dan tidak akan menjualnya.

Namun jika terdesak dan benar-benar perlukan wang, saya harap mereka akan jual pada harga yang mahal kerana objek-objek ini mempunyai nilai simpanan yang sangat tinggi di masa hadapan.

Pesanan anda buat mereka yang ingin memulakan koleksi memorabilia seperti ini.

Jika berminat mengumpul sesuatu memorabilia, mulalah secara kecil-kecilan. Bila sudah mempunyai wang yang lebih, baru besarkan koleksi anda.

Cuba rundingkan harga sebaik mungkin. Janganlah bazir wang dan bayar terlalu mahal. Biar berpatutan dan berbaloi.

Sebagai contoh saya tidak akan membayar lebih dari RM500 untuk sesuatu objek biasa walaupun ia agak lama dan dianggap vintage.

Anda harus tahu apa yang anda kumpul. Ia adalah hobi yang menyeronokkan dan jika anda peminat sesuatu jenama, ia akan memberikan anda kepuasan tersendiri.

Selamat mengumpul! - Getaran, Oktober 2021.

Semua gambar: Mohd Hazri Shihabuddin

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Tinggal Serumah Bersama 20 Ekor Haiwan Eksotik

2

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Mel Muzammil Obses Dengan Jenama Barbie Dan Britney Spears 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Krusye Bukan Sekadar Hobi, Malah Terapi Jemari

4

TARA 1 tahun yang lalu

Menggilai Koleksi 'Hot Wheels' Dari Sekolah Rendah Hingga Dewasa

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi