web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proton Iriz 2022 – Nafas Baharu

Baca ulasan lanjut mengenai Proton Iriz 2022 dari Shazreeq Alhadi.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengeluar kereta tempatan, Proton telah melancarkan Proton Iriz terbaharu, yang dikenali dengan nama Proton Iriz 2022, bulan lepas.

Keluaran edisi baharu ini menawarkan reka bentuk terkini dengan ciri-ciri yang telah diperbaharui dan dipertingkatkan. Penambahan ini termasuk warna baharu serta lebih keselesaan dan ciri keselamatan.

Proton Iriz 2022 didatangkan dalam tiga varian iaitu Iriz 1.3L Standard CVT, Iriz 1.6L Executive CVT dan Iriz 1.6L Active CVT.

 

PRESTASI & PEMANDUAN

Varian Executive dan Active menjana 107hp serta 150nm daripada enjin 1.6L VVT manakala varian Standard pula mempunyai 94hp dan 120nm daripada enjin 1.3VVT. Ketiga-tiga varian menggunakan sistem kotak gear CVT.

Gabungan suspensi MacPherson Strut (depan) dan Torsion Beam (belakang) memberi kelebihan dalam pemanduan lebih-lebih lagi dengan penggunaan tayar bersaiz 185/55R16 (1.6L VVT) dan 185/55R15 (1.3VVT).

Selain daripada itu, Mod ECO juga didatangkan bagi menggalakkan pemandu memandu lebih cekap dan mengurangkan penggunaan bahan api.

 

KESELAMATAN

Proton Iriz 2022 diberi pengiktirafan ASEAN NCAP sebanyak 5-bintang dan dilengkapi dengan ciri keselamatan yang komprehensif seperti struktur badan yang diperkuat menggunakan keluli Hot Press Formed (HPF) steel, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Bantuan Pegun Bukit (HHA).

Ciri-ciri keselamatan lain yang terdapat pada Proton Iriz 2022 ini ialah enam beg udara untuk model 1.6 dan empat beg udara untuk model 1.3, ABS/EBD, Stability Control, Alarm, Immobilizer dan Isofix untuk kerusi kanak-kanak.

 

KABIN

Kesemua varian Iriz menerima kelengkapan asas seperti hubungan Bluetooth pada radio dan kawalan pengdingin hawa digital dan juga tombol gear ala X70 balutan kulit.

Model 1.3 memperoleh dua pembesar suara dan tempat duduk balutan fabrik, manakala kedua-dua model 1.6 didatangkan dengan penderia parkir hadapan.

Perubahan paling ketara adalah pada penambahan unit infotainment 8-inci terapung dengan fungsi arahan suara yang kini mampu mengawal penyaman udara dan tingkap sebelah pemandu.

Ditempatkan pada bahagian atas panel tengah untuk akses mudah, unit infotainment dipadankan dengan lubang udara yang baru dan kawalan penyaman udara yang kini mempunyai paparan digital serta penapis udara N95.

Model 1.6 juga terdapat fungsi Smart Key serta Push Start Button. Kesemua varian dibekalkan dengan enam port USB, iaitu tiga di depan dan dua di belakang, serta satu lagi pada cermin pandang belakang untuk kegunaan kamera pemuka (dashcam).

 

REKA BENTUK

Reka bentuk bumper Proton Iriz 2022 berbeza berbanding model terdahulu. Bumbung dihitamkan dan dipasangkan rel bumbung baharu. Rupa luaran menampilkan rekaan gril Infinite Weave dalam bingkai Ethernal Bow tampak lebih kemas.

Bagi model 1.6 Active, ia dilengkapi dengan body kit istimewa. Ianya kelihatan seakan-akan gaya crossover di mana terdapat pelapik gerbang roda dan skirt sisi plastik.

Untuk bahagian lampu, model 1.3 Standard dan 1.6 Executive diberikan headlights jenis halogen berserta dengan Daytime Running Lights. Manakala model 1.6 Active, lampu utama adalah jenis LED.

Harga bermula pada RM40,300 atas jalan (tanpa insurans) bagi varian 1.3 Standard, manakala 1.6 Executive pula RM47,800 dan varian tertinggi 1.6 Active pula dijual pada harga RM54,000. Warna-warna yang ditawarkan: Passion Red, Citric Orange, Ocean Blue, Armour Silver, Snow White, Ruby Red dan Jet Grey.

Untuk lebih info, layari https://www.proton.com/ - Getaran, 4 September 2021

Gambar: Proton.com

Isu Pada

Cinta Dan Cita Amelia Henderson

04 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa